PELABURAN TABUNG HAJI DI DALAM SYARIKAT ROTI SILVERBIRD: SAHAM DIBELI PADA PREMIUM 177%, KERUGIAN RM90 JUTA



FEBRUARY 23, 2016 RAFIZIRAMLI 1 COMMENT

Salah satu pelaburan Tabung Haji sebelum ini yang mengundang kontroversi ialah pembelian saham-saham di dalam syarikat pembuat roti Silverbird Group Berhad (pembuat roti High-5) di dalam tahun 2007 pada harga yang cukup tinggi sehinggakan menyebabkan kerugian apabila syarikat itu akhirnya diisytiharkan tidak mampu menampung perbelanjaan perniagaan dalam tahun 2012.

Tabung Haji mula membeli saham-saham Silverbird secara agresif dalam masa sebulan di antara September hingga Oktober 2007 sehingga melonjakkan harga saham Silverbird dari 39 sen sesaham (awal September 2007) kepada RM1.08 sesaham pada 16 Oktober 2007. Kesemua saham-saham Silverbird dibeli oleh Tabung Haji dalam tempoh tidak sampai 1 bulan sehingga ia muncul sebagai pemegang saham terbesar Silverbird pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007,


No comments: