KISAH LEBAI LUPA PENGKHIANATAN YANG MEREKA SOKONG



W.Faudzin.

Seorang lebai dapat jawatan untuk menguruskan hal ehwal agama melalui kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat, apakah berkat dan diredhai oleh manusia dan oleh Tuhan?

Tidakkah itu satu penipuan maha besar kepada rakyat yang telah buat keputusan bukan kamu untuk menjadi kerajaan?  Tidakkah kamu pernah rasa sakit, marah, sedih kerana tertipu dan dikhianati sewaktu kerajaan kamu di Perak dulu tumbang angkara khianat?  Waktu kamu susah, kamu mohon doa dengan Allah agar musnahkan para pengkhianat yang zalim itu.

Nah, Allah uji kamu degan jawatan, kuasa dan kedudukan dalam kerajaan 'kudeta".  Khianatnya lebih besar dari apa yang berlaku di Perak pada tahun 2009 dahulu.  Kali ini sebuah kerajaan pusat yang dipilih oleh rakyat tumbang kerana bukan seekor dua pengkhianat, tetapi segerombolan pengkhianat yang berpakat. 

Pengkhianatan ini tidak akan berjaya tanpa dibantu oleh para-para lebai yang mengaku pejuang agama.  Pengkhianatan ini tidak mudah berlaku jika Mahathir tidak nyanyuk waktu itu.  Kesemua ini punca pengkhianat kini menjadi kerajaan.  Lebai pula lupa kepada pengajaran di Perak kerana jawatan dan kedudukan depan mata membuatkan mereka lupa kepada Maha Pencipta.  Kamu jawab nanti di hadapan Allah apakah kamu boleh menipu Allah dengan seribu dalih?



No comments: