PULUH TAHUN JADI WAKIL RAKYAT...AIR PUN TAK ADA LAGI


1. Berpuluh Tahun DS Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan, Pernah menjadi MB Pahang, 9 tahun menjadi PM. Apabila datang PRK Dun Chini, sibuk menjelajah seluruh kawasan Dun Chini menabur janji.

2. Dalam masa yang sama berpuluh tahun warga Chini dilanda pelbagai masalah dan isu - masalah sentiasa terputus bekalan air, masalah perumahan generasi kedua, masalah pengangguran, masalah pencemaran alam sekitar akibat perlombongan dan pembalakan haram, masalah bekalan lampu jalan yang tidak ada sedangkan peneroka membayar setiap bulan secara potongan, jalan yang berlubang-lubang, masalah tanah dan penempatan penduduk perkampungan Orang Asli, masalah kemudahan asas dan kebajikan penduduk kampung dan lain-lain.

3. Masalah-masalah ini tidak selesai dan semakin merumit. Semasa berkuasa malah berada di puncak kuasa selaku PM, apa yang dilakukannya terhadap warga Chini? Masalah warga Chini tidak pernah selesai. Setiap kali datang pilihan raya janji ditabur.

4. Apa pula yang boleh diberi oleh Tengku Dato' Hisham (TDH) sekiranya diberi mandat oleh pengundi Chini? Beliau berulang kali mengulangi berkata tidak mahu berjanji apa-apa selaku Calon Bebas. Ahli politik datang dan pergi. Menabur janji di sana sini. Namun bagi TDH beliau hanya meletakkan dirinya selaku pembawa suara rakyat Chini.

5. Beliau amat diyakini akan dapat membawa suara hati warga Chini. Amat dikenali seorang yang amat tegas dalam menangani isu-isu rakyat apabila berurusan dengan pihak kerajaan. Beliau amat disegani oleh pemimpin negeri dan daerah.

6. Oleh itu TDH adalah pilihan tepat utk pengundi Dun Chini selaku wakil rakyat. Suara beliau adalah suara rakyat Chini.

ISTANA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
TDH - SUARA RAKYAT CHINI

Calon Bebas (No 1)
Logo Rumah

Salam hormat,

Aki Rock @ Zaidi Ahmad
Pengarah Pilihan Raya
PRK N.23 CHINI
TENGKU DATO' ZAINUL HISHAM TENGKU HUSSIN

No comments: