DI MANA BAHTERA PH AKAN BEELABUH ?


Miqdad Zakaria

Ana rasa ulasan Ustaz Che Ibrahim Mohamed ada benarnya.. Dan ada beberapa point dapat kita ambil untuk dijadikan sebagai renungan di manakah bahtera besar PH ini ingin berlabuh..?

.............................................................

KULIAH SEBELUM DHUHA(menggantikan kuliah dhuha) - Kisah bakal PM

DULU UMNO pernah berusaha nobatkan DSAI sbg PM ketika beliau di kemuncak karier politiknya sebagai TPM/Menteri Kewangan kepada kerajaan BN, namun akhirnya DSAI disinggkirkan dari UMNO dan dihumban ke penjara yang membawa lahirnya agenda REFORMASI.

DULU PAS beriya iya menobatkan DSAI sebagai PM sehingga berjaya menggerakkan pakatan pembangkang atas nama Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), namun akhirnya PR itu sendiri dikuborkan melalui agenda pelaksanaan hukum hudud dan propaganda DAP sebagai penghalang pelaksanaan hukum Islam dan ancaman kepada melayu yang akhirnya menjadikan Pas parti yang mesra UMNO/BN yang amat memusuhi DSAI.

DULU PH pernah menjanjikan DSAI sebagai pengganti PM selepas BN berjaya dikalahkan, namun akhirnya cadangan tersebut mengundang musuh musuh politik DSAI termasuk dari PKR sendiri menggagalkan janji yang termeterai melalui Langkah Sheraton yang membawa tumbangnya Kerajaan PH.

DULU PH pernah menamakan DSAI sebagai PM bagi menggantikan Tun Mahathir yang  meletak jawatan kerana dikatakan kecewa dengan pengkhianatan yang melahirkan Langkah Sheraton, namun akhirnya cadangan tersebut ditolak oleh YDPA kerana YDPA yakin DSAI tidak mempunyai sokongan majoriti MP yang akhirnya menyebabkan PH mencalonkan semula Tun Mahathir sebagai PM, namun langkah tersebut tidak " dilayan " secara yang sepatutnya.

Oleh itu sesiapa yang cuba mengkhianati langkah DULU DULU ini melalui opsyen opsyen lain adalah pengkhianat yang ternyata sekadar untuk menafikan DSAI sebagai PM dan sesiapa yang menyokong opsyen opsyen lain adalah golongan yang gila jawatan menteri atau apa apa lantikan politik.

Biarkan walaupun akhirnya PH terpaksa dihancurkan asalkan perjuangan DSAI sebagai PM kekal sampai bila bila.

Biarkan walaupun akhirnya UMNO terus berkuasa atau Pas terus menikmati perkongsian kuasa bersama UMNO dan mereka yang mengkhianati PH dari kita mengkhianati perjuangan menobatkan DSAI sebagai PM yang bermula sejak dulu dulu lagi.



No comments: