KENALI ANWAR DAN PERJUANGAN KEMISKINAN

Penjelasan..

Memandangkan atas dasar privacy, aku tak akan dedahkan nama nama pegawai dan individu ketika aku dijemput ke pejabat DS Anwar Ibrahim beberapa tahun yang lalu..tapi aku ada kongsikan gambar perjumpaan tersebut di FB ini, korang cari lah kalo nak tengok.. hihi..

Pertemuan aku dgn DSAI adalah di SUK, Shah Alam.. ketika itu DSAI adalah penasihat ekonomi kerajaan N.Selangor. Aku sewa keta dan memandu dari Kelantan sehinggalah ke Shah Alam.

Pegawai DSAI menyambut aku dan bawa kepejabat, beliau masih berkhidmat sekarang sebagai CEO sebuah anak syarikat kerjaaan Negeri Selangor bukan lagi sebagai pegawai DSAI.. Minuman dah disediakan.. sambil tu kami berbual bual , pelbagai isu yang disentuh termasuklah politik, isu semasa, luarnegara, serta dasar dasar dan polisi  kerajaan pusat dan negeri selangor  sehinggalah isu KEMISKINAN...

Antara sebab utama aku menyokong DSAI sebagai Perdana Menteri kerana isu kemiskinan yang menjadi dasar penting yang akan diberi perhatian jika di pilih jadi Perdana Menteri.. DSAI memang telah melihat, merangka dan merancang langkah yang perlu dilakukan untuk membasmi kemiskinan dikalangan rakyat dinegara ini..cuma belum dapat di implimentasikan lagi..

Disebalik riuh rendah politik negara, beliau mempunyai misi dan visi yang jelas dalam membebaskan rakyat negara ini dari rantai kemiskinan samada dibandar, desa  mahupun pendalaman jauh di Sabah dan Sarawak..

Aku percaya, untuk membantu orang Melayu khasnya bukanlah dengan janji manis atau bercerita isu hak Melayu dan menuding pihak lain sebagai punca masalah melayu. tapi membawa dasar yang benar benar dapat membantu rakyat dalam kategori miskin sehingga akhirnya mereka dapat membantu golongan yang senasib dengan mereka..

Berapa ramai pemimpin politik yang mahu membebaskan rakyat dari kemiskinan..?  Yang ramai adalah mereka yang sibuk bercerita kononnya merekalah payung bangsa dan agama, tapi ada rakyat yang hidup dikandang lembu... ni bukan rekaan tapi berlaku di Kelantan..

Kerana itu aku memilih  Anwar Ibrahim sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA.. nothing personal nor ada agenda tertentu, tapi kerana beliau pemimpin yang mahu membela rakyat dinegara ini..tanpa mengira bangsa, agama, latarbelakang, dibandar, didesa mahupun yang tinggal jauh dipendalaman di Sabah dan Sarawak...

Janganlah halang sesorang yang mahu membantu rakyat, sedangkan pemimpin sedia ada hidup mewah tapi mahu terus berpolitik..jika ada keperluan akan ada PART II nanti..

Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.
RMS.

No comments: