*NASIHAT RAKYAT BIASA IPOHMALI KEPADA "ULAMA BESAR" DR MAZA*




Buka jer facebook tadi, Ada sahabat tag tulisan Dr Maza.. Selepas Ulama Dunia cuba menyucikan Kerajaan PN(Tebuk Atap) dengan warkah penuh dengan fitnah dan Kebencian kepada pemimpin gerakan Islam.. Kepanasan kelompok Agamawan atas dosa dosa mereka hari ini bertiup ke utara Tanah Air..

Kata Mufti Utara, Dia bukanlah menyokong Pengkhianat..Pelbagai Dalil dilontarkan..Membaca tulisan Utara Mufti Utara itu seolah olah jawapan seorang yang jahil dalam Agama, lebih rendah dari cara berfikir Guru KAFA dan Tok siak di Masjid.. Inilah Gambaran " Bebal Tak bertebing "

Jadi hari ini aku nak bicara dengan bahasa yang mudah difahami.. Pertama Menyentuh soal Perlantikan dan Kuasa YDP Agong, Apakah ada Tuan Mufti dengar Ada sesiapa dari kalangan pemimpin PH hatta DAP pertikaikan YDP Agong ? Tidak.. jadi tak perlu Tuan Mufti sentuh akan hal itu untuk menutup Kajahatan sendiri..

 Ini bukan soal Undang2..tetapi prinsilp Agama hatta moral seorang ahli Politik...Untuk Mudah faham..aku berikan contoh Mudah..

1- MUFTI DAN ULAMA YANG MELACURKAN AGAMA..

Satu contoh mudah, Bila ada kalangan rakyat mengatakan seorang Mufti dibelah Utara itu Ulama Jahat mahupun Ashabiyah .. Apakah mereka mempertikaikan kuasa Raja  melantik Mufti tersebut ? tidak... Apakah Rakyat yang mempertikai Kejahatan dan Asahbiyahnya Mufti tersebut membawa maksud Mereka mempertikai kuasa dan hak Raja  melantik seorang Mufti ? t

Sudah tentu tidak.. Rakyat mengkritik Mufti Utara sebut sebab mulutnya terlalu Jahat, ucapannya terlalu Ashabiyah hatta boleh ditakrif sebagai Racist.. Bila ada Tuan Mufti yang diberi amanah untuk melaksanakan kerja kerja Agama, Tapi dia buat Kerja Politik..Itu juga satu perbuatan Khianat..  Kalau ada rakyat yang mengkritik .. itu ada asasnya.. Perbuatan itu saja dan menyalahi prinsip Amanah dan Agama..

Jangan dimarah kepada mereka..Kritikan itu disebabkan peribadi dan cara Mufti itu sendiri..Tidak ada kaitan dengan kuasa Raja dan Sultan yang melantik Mufti Tersebut..dari sudut Undang2, Takda sapa kata Mufti tu Mufti yang tak sah..atau pertikai kuasa raja yang melantik Mufti tersebut..

2- CURANG DALAM PERKAHWINAN BUKAN SALAH TOK QHADI..

Contoh lagi mudah, Kuasa Majlis Agama dan Tok Qhadi menikahkah pengantin yang Jahat.. Itu bukan salah Tok Qhadi..hatta Majlis Agama.. Kalau ada Tok Lebai hatta Mufti yang bawa lari tunang orang..Atau pecah belahkan rumah tangga orang sehingga bercerai berai..Selepas itu dia Bernikah dengan bini orang Tu.. Pernikahan itu tetap sah disisi Undang2..tetapi menyalahi prinsip Moral dan Agama...

Itu bukan salah Tok Qhadi.. Salah majlis Agama , Bukan jadi kerja Tok Qhadi nak siasat pengantin itu goda Tunang atau bini orang... Itu Salah Tok Lebai dan Pak Mufti yang pergi sebat tunang dan Bini orang.. Kalau lah pengantin lelaki itu pandai baca Doa.. Sujud Syukur selepas Akad Nikah pun..ia tak menghilangkan Dosa dosa dia dan kerja jahat dia sebat Tunang dan bini orang..

Jadi bila orang kampung berkata kata pasal Perkahwinan dan kerja jahat pengantin Tok Lebai tu..Bukan orang kata kat Majlis Agama dan Tok Qhadi..orang kata kat Pengantin dan bini dia yang jahat tu..

3- BEZAKAN PRINSIP AGAMA DAN UNDANG2..

Sebagai Mufti dia kena membezakan antara prinsip agama dan Undang2..Seorang Mufti sebaiknya menjaga prinsip Agama terlebih dahulu dari Undang2.. Khianat tetap Khianat.. Bak kata orang putih.. "Legally Right But Morally Wrong ! "..kalau dalam kaedah Fiqh disebut.. الغاية لا تُبرر الوسيلة

 " Matlamat tidak menghalalkan cara.

Untuk Pengetahuan, Kerajaan PH kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat..ia diakui oleh Muhyidin Sendiri bahawa Kerajaannya bukan lah Kerajaan yang dipilih oleh rakyat..

Jadi tak perlulah Tuan Mufti bersungguh sungguh mempertahankan Pengkhianatan ahli ahli Politik.. Jangan disebabkan pelacur Politik, ada agamawan menjadi pelacur Agama sebagaimana diingatkan oleh Quran dan Nabi SAW...

Tak payahlah bicara soal Undang2..dikalangan pemimpin PH ramai dari kalangan mereka adalah pakar Undang dan Perlembagaan..

4- TAK PERLULAH MERUBAH DALIL..

Kalau Tuan Mufti nak Sokong PN, Sokong lah..Takda sapa marah..tak perlu dalil apapun.. kami tak perlu burukkan Mufti Utara yang sudah sedia buruk atas tingkah laku dan ucapan Ashabiyahnya sendiri..

Tak perlu bawa dalil taat kepada pemimpin hatta jika pemimpin dari hamba sahaya dari kalangan habsyi pun ..Sebelum inipun Kerajaan yang dan Menteri Kerajaan yang dapat perkenan YDP Agong..  tidak ada seorang pemimpin hatta pemimpin DAP yang memaksa Tuan Mufti kepada Maksiat.. tetapi Tuan Mufti lah yang menghasut Rakyat menumbangkan Kerajaan...

Cukuplah Tuan Mufti renungkan kembali dalil dalil Tuan Mufti itu sendiri yang mana suatu masa dulu mengharamkan perbuatan perbuatan jahat ini... tak perlu selak Kitab Hadis..,Cukup Untuk dengarkan kembali Kuliah Kuliah Tuan Mufti dulu yang mengkritik perbuatan perbuatan khianat ini..

 tak perlu Tuan Mufti Tunggu saat dan hari Tuan Mufti dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk ditontonkan semula psegala perbuatan ,Tuduhan dan Amalan Tuan Mufti.. Cukup search history Tulisan dan Post Tuan Mufti sendiri..

5- BENARLAH PERINGATAN SAID RAMADHAN AL-BHUTI

Inilah hikmah besar, Bila Allah menzahirkan yang yang menjadi rahsia Allah selama ini..sebagaimana Allah menguji Iblis untuk sujud kepada Adam untuk menzahirkan kebencian dan rasa bongkak si Iblis,,, Nabi pernah Ingatkan akan kemunculan kelompok yang dia lebih takutkan dari dajjal..

 Tapi Sheikh Said Ramadhan pernah ramalkan kemunculan kelompok Khawarij yang menisbahkan diri mereka sebagai kelompok Islamiyyin.. kata Sheikh kelompok ini dia akan mengubah fatwa mereka hanya untuk tujuan tujuan berpolitik.. Gambaran Ulama Jahat ini telah lama Sheikh said Ramadhan Al Bhuti..

Berkata said Ramadhan Al Bhuti dalam Khutbahnya..

وإذا هم اليوم يفتون بإباحتها، يفتون بصحتها، يفتون بجوازها، ونتساءل ألعل هنالك دليلاً غاب عنكم بالأمس وعرفتموه اليوم ومن ثم غيَّرْتم الحكم؟

Mereka(Islamiyyin) Pada Hari ini mereka Menghalalkannya.. Mereka hari ini fatwakan membolehkannya.. Kata Said Ramadhan, Kami Ingin Bertanya kepada Kelompok ini, Apakah Dalil dalil Ini tidak kamu jumpai waktu dulu, dan baru kamu dapati pada hari ini lalu kamu mengubah Hukumnya ?

لا. الحكم هو هو والدليل هو هو ولكن المصلحة السياسية هي التي اختلفت... "

Kata Said Ramadhan, Tidak...

" Hukumnya sama, Dan dalilnya tetap Sama.. Yang berubah adalah cita cita dan kepentingan mereka Di Dalam Politik.. "

Semoga Allah pelihara kita dari kemunculan Ulama jahat yang Nabi lebih takutkan dari kelompok dajjal..

Tazkirah Maghrib

05 APRIL 2020

Ipohmali