Ribut Hieneken landa negara

Ribut Hieneken landa negara



Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor, Azli Yusof menggambarkan suasana ketika ini sebagai ribut ‘Hieneken’ yang sedang melanda negara.
Azli berkata, Perikatan Nasional (PN) yang dahulunya semasa menjadi pembangkang, riuh meminta Pakatan Harapan (PH) menutup kilang arak dan melarang anjuran Oktober Fest.
Namun katanya, selepas kuasa bertukar tangan, PN pula ibarat tidak sabar menunggu untuk menyambut ‘April Fest’ yang merujuk kepada kekecohan Hieneken pada ketika ini.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) keluar surat kebenaran kilang arak beroperasi. Alasan kerana (ianya) bekalan keperluan sepanjang tempoh perintah PKP.
“Sempat salahkan PH, kenapa tak tutup kilang semasa berkuasa. Dah tak ada hujah, sebut lah apa pun penyedap kata,” katanya dalam satu kenyataan.
Azli turut membangkitkan, terdapat juga beberapa pihak yang cuba mendakwa surat kebenaran berkenaan tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Namun katanya, akhirnya kerajaan membatalkan kebenaran tersebut atas alasan Menteri tidak tahu mengenai perkara tersebut.
“Nak salahkan Ketua Setiausaha kementerian lah tu. Menteri KPDNHEP masih tetap membisu.
“Inilah kerajaan PN yang tuan-tuan tak pilih. Ribut tak habis-habis,” katanya.


No comments: