KEBODOHAN APAKAH INI? (Bahagian II)



1. Perdana Menteri melantik Tan Sri Dr Jeemilah Mahmood selaku Penasihat Khas beliau berkaitan kesihatan awam sedangkan beliau baru sahaja membentuk Kabinet dengan melantik seorang Menteri Kesihatan dan dua orang Timbalan Menteri. Apakah ketiga-tiga mereka tidak boleh menasihat Perdana Menteri?

2. Perdana Menteri melantik Haji Hadi Awang selaku Duta Khas bertaraf Menteri ke Timur Tengah sedangkan Malaysia mempunyai ramai Duta yang sedang bertugas di negara-negara berkenaan.

3. KPDNHEP telah meluluskan operasi kilang arak Heineken sepanjang tempoh PKP dengan alasan kilang tersebut memenuhi kriteria pengeluaran makanan/minuman yang sangat diperlukan oleh rakyat sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

 4. Perdana Menteri memberi jaminan bekalan makanan negara mencukupi sepanjang tempoh PKP. Namun rakyat yang bekerja kampung, kerja gaji harian, peniaga dan penjaja kecil tidak dibenarkan bekerja dan berniaga telah hilang pendapatan. Apa guna bekalan makanan cukup tetapi rakyat tiada wang untuk membelinya?

5. Rakyat dilarang keluar lebih dari seorang untuk membeli barang keperluan tetapi Perdana Menteri keluar berdua-duaan dengan isteri membeli belah.

6. Perdana Menteri mengumumkan pakej ransangan ekonomi bagi mengimbangi kesukaran waktu wabak COVID-19 namun enggan membawanya ke Parlimen untuk dibahas.

7. Penyokong Perikatan Nasional terutama dari PAS berkata rakyat amat bersyukur di atas rampasan kuasa yang berlaku. Tetapi akhirnya Perdana Menteri membuat pengakuan terbuka bahawa kerajaan PN adalah kerajaan yang bukan rakyat undi dalam pilihanraya.

8. Mufti Kerajaan Perlis menyatakan sokongan beliau kepada Perdana Menteri dan Perikatan Nasional kerana kerajaan ini sah mengikut Perlembagaan Negara. Pakatan Harapan  menang PRU14 dengan sokongan majoriti rakyat dan membentuk kerajaan selepas itu tetapi sentiasa dikritik oleh Mufti ini. Apakah pada fatwa Mufti ini Pakatan Harapan bukan kerajaan yang sah mengikut Perlembagaan Negara sehinggakan beliau tidak menyokong PH sepanjang menjadi kerajaan?

Nota:
COVID-19 semakin menular dengan pertambahan pesakit positif dan kematian setiap hari. Virus ini amat merbahaya.  Bahayanya COVID-19 ini bukan sahaja  menyebabkan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri menjadi semakin BODOH, BANGANG dan BEBAL, malah turut menyebabkan Mufti menjadi SASAU dan GILA.

Kalau Takut Kepada Risiko
Usah Bicara Soal Perjuangan.

#KitaJagaKita

Salam Reformasi,

ZAIDI AHMAD
Pekan
6 April 2020
@12.50 pagi



No comments: