KESAN ROYALTI DAN EKONOMI LEPAS PKP

sham ghaz

Sekadar pandangan kecil saya bab minyak jatuh, dulu sempat lah minat n fight untuk royalti Kelantan, Terengganu.
Minyak Jatuh dan Kesan Kepada Malaysia, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak?
Yang jatuh tu adalah WTI - West Texas Intermediate (WTI) keluaran US. Harga minyak Brent keluaran Shell Uk masih dalam $25 dan minyak keluaran Malaysia, masih $28, jatuh dalam 1.7% sahaja. Paling teruk sejak 25 tahun lepas, kesan Corona Virus. Semua berkait dengan demand n supply, banyak Negara kena Lock Down, permintaan minyak berkurang.
Kejatuhan harga minyak hanya berlaku di US shja, sbb perjanjian Pengeluar (US) dengan syarikat2 minyak akan tamat 21 April 2020, untuk pembekalan Mei & Jun 2020. Perjanjian baru akan dibuat.
Royalti Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak akan terjejas? Ya.
Jika Pendapatan Negara Malaysia dalam bajet 2020 meletakkan harga minyak $62, sekarang $28, sangat banyak kesannya. Hasil Negara RM250B bergantung plus minus 20% daripada pengeluaran petroleum. Jelas pendapatan Malaysia pun akan terjejas.
Pembayaran Royalti 5% sepatutnya dibuat pada Mac dan September setiap tahun daripada jualan hasil yang dijual oleh syarikat pengendali (Petronas) secara fob.
Kesannya kepada rakyat? Negara dan Negeri pengeluar petroleum akan potong bajet, hasil royalti akan berkurang lebih 50%, nikmat yang sepatut rakyat rasa akan berkurang, projek pembangunan akan dikurangkan, ekonomi akan jatuh, peluang kerja dan niaga akan berkurang, pengangguran akan bertambah.
Letih juga Malaysia nak bangkit dengan Menteri Kabinet yang Incompetence ni. Kita tunggu dan lihat, macamana prestasi mereka nanti.
Syam Ghaz
Baca sini jika nak tahu lanjut;

No comments: