Mitos Islam terancam dan air suam
Saya nampak yang seronok dengan rejim Bani Melayu ni cuma para pembenci Anwar, pendengki Amanah dan pewirid DAP je.Paling teruk, pewirid DAP,tapi sayang DAP dah pulang "Paku buah keras",dah diulang banyak kali sudah.Terlopong dan malu akhirnya.
Adapun rakyat yang rasional dapat melihat bahawa rejim PN ini beroperasi tanpa mandat, tanpa manifesto, tanpa halatuju, tanpa common platform, tanpa wawasan, tanpa KPI, dan yang paling menjolok mata … tanpa maruah.Bab maruah ni, boleh dibeli. kalau dulu apa sahaja yang dibuat PH ada sahaja yang tak kena. Akhirnya sekarang semua itu berpatah balik. Misalnya paling ketara jika dulu ada Mat Maslan dengan masak nasi goreng dan GST untungkan rakyat, Dalam PH ada menteri kereta terbang, habis 20 juta kereta terbang asal drone, dah merambus dah masuk PN, dan sekarang paling lucu dan memalukan negara ialah menteri air suam. Bayang kan sampai dunia jadikan teori mat jenin beliau sebagai bahan lawak dalam berita. Mana la nak letak muka. Dah lah jadi kerajaan kudeta, hanya Indonesia sahaja dan Spore sahaja yang hantar ucapan tahniah..lantak kau..masa untuk menghentam sebenarnya..syukur bukan masa PH lagi...
Menteri-menteri dilantik bukan kerana merit, tetapi sekadar untuk membeli kesetiaan politik dan kuasa. Tak cukup jawatan menteri, jawatan GLC difaraid macam cerita P Ramlee, “satu untuk engkau, dua untuk aku”.Hah, bab ini kalau kita kaji antara lantikan PH, boleh google dan sudah tentulah berbeza dari lantikan politik. Misalnya akan jadilah macam menteri buloh yang kuat menganjing Teressa Kok, malangnya semua idea dia disapu dari cina DAP . Dia la mengajar walaun dia mengejek tentang buloh .Pada hal bangsa cina yang berniaga melihat bahawa keluasan tanah itu boleh digunakan untuk mengayakan bangsa pemalas yang jual buah sawit bahagi dua dengan pengait yang kebanyakkannya bangsa indonesia yang kuat bekerja.Mereka boleh hidup dengan mengambil upah mengait kelapa sawit, sedangkan anak generasi 3-4...hanyut jadi doktor dalam kebun sawit. Entah berapa harga sawit sekarang.Seingat aku harga dah mula naik sebelum PH dijatuhkan keangka 500 pertan. Hah apa khabar yang melahu di kampung kampung, Minyak dah murah, tapi bukan sebab PN perintah, sebab tinggal 24 plus 6 dollar tong.
Satu demi satu gelagat sang menteri menjadi bahan lelucon rakyat. Dari kisah Menteri Doremon, Menteri Teletubies, Menteri Air Suam, Menteri MEWA Air Kumbahan, Menteri Agih GLC, Menteri Rambut Longkang, Menteri SengHeng, Menteri Air Suam, dan pelbagai lagi gelagat yang memualkan.
Retorik Islam Melayu hanya indah khabar. Setelah kuasa ditangan tiada apa lebihnya rejim baru ini dari sudut Melayu dan Islam. Malah satu demi satu para penunggang agama menjilat ludah dan kahak mereka tanpa segan silu.Hah masa inilah nak hentam perawi DAP, dan peratib selawat DAP.manakan tidak,asal sahaja bertentangan di gelarnya PANDAP,Anjing DAP, nah...sekarang tiba pula giliran diluku oleh MCA..maka jadilah paku buah keras dengan panggilan barua MCA...sedap juga bunyinya...haa....pulang balik la bab paku buah keras ini..masa inilah silap sikit Pas akan dapat bahana..sebut apa sahaja Pas tunggang agama...
Industri arak terus dibela. Judi bertambah. Pemandu mabuk tetap sama walaupun waktu PKP. UEC diiktiraf. Sekolah vernakular berjalan macam biasa. Pembunuh Adib masih bebas. Hudud tak payah cerita laaa … langsung hilang dari radar.
Dari sudut ekonomi, kerajaan baru juga kelihatannya sudah hilang kawalan. Muhyidin terpaksa mengambil semula falsafah pentadbiran Najib iaitu ‘cash is king’. Rakyat digula-gulakan dengan pemberian tunai sehinggakan orang kaya pun layak mendapat bantuan wang tunai. Samada kelangsungan kewangan negara berupaya atau tidak dari sudut jangka panjang itu bukan lagi perkara penting. Pengukuhan kuasa politik buat masa sekarang adalah segala-galanya buat rejim baru ini.
Untungnya rejim baru ini ialah sikap PH sebagai pembangkang yang professional dan bertanggungjawab. Mereka tidak memainkan sentimen perkauman dan kebencian agama sepertimana ketika Bani Melayu menjadi pembangkang sebelumnya. Mereka tidak menyebar fitnah dan pembohongan. Mereka mengkritik dengan hujah dan fakta. Mereka turut memainkan peranan aktif memberi kesedaran kepada rakyat agar mematuhi peraturan PKP dan membantu rakyat yang memerlukan.
InsyaAllah … rakyat mampu menilai dengan adil.akhir kata ....TAKDIRRRRRR