Berbagai cara pihak musuh PH untuk menimbulkan keraguan kepada Anwar bagi melindungi kebebalan kabinet kerajaan pintu belakang sekarang.
1. Tuduhan kononnya Anwar yang mahu sangat untuk bertemu PM. Hakikatnya, PM yang memanggil Anwar selaku Pengerusi PH untuk bertemu dengannya bagi membincangkan dua perkara penting iaitu COV19 dan Persidangan Parlimen.
2. Anwar dituduh menemui PM tanpa memaklumkan kepada pimpinan PH yang lain. Anwar telah jelaskan bahawa pertemuan itu diketahui oleh pimpinan PH bahkan selepas pertemuan tersebut Majlis Presiden PH telah bermesyuarat dan dimaklumkan butir-butir perbincangan kedua mereka. Tiada rahsia seperti pertemuan Azmin dengan beberapa MP dari Umno di rumahnya sebelum "langkah Sheraton".
3. Tuduhan kononnya pertemuan Anwar dengan PM itu adalah 'rundingan sulit' di antara mereka untuk membawa PH ke dalam kerajaan pintu belakang sekarang tanpa Dap. Hakikatnya, usaha ini telah berjalan sewaktu kemelut berlaku sebelum kerajaan pintu belakang menduduki Putrajaya lagi. Anwar bahkan Tun M sendiri waktu itu ditawarkan untuk bersama puak mereka asalkan tinggalkan Dap.
Alhamdulillah, maruah Anwar terpelihara dari kerja jijik dan khianat itu. Jika Anwar mahu khianat, beliau boleh lakukan waktu itu lagi dan mungkin beliau mendapat kedudukan yang tinggi di dalam kerajaan tanpa mandat rakyat ini. Anwar bukan seperti Muhyidin atau Azmin, jauh sekali Zahid atau Hadi.
Jelas sekali, usaha jahat mereka itu hanyalah untuk melindungi kebobrokan kerajaan pintu belakang yang kini para menterinya setiap hari akan mementaskan lawak jenakanya kepada rakyat.
WFAUZDIN NS