Hudud dikuburkan oleh Pas?
Kredit: TINTA MERAH.
ULASAN: Sejak berpuluh tahun lamanya Pas berjuang diatas dasar serta prinsip parti Pas yang ingin menegakkan Hukum Hudud diMalaysia. Hudud diibaratkan sebagai NYAWA Pas.
Sehinggakan pembawakan secara ekstremis diamalkan oleh Ketua Pemuda Pas, Hadi Awang pada tahun 80an lantaran terpengaruh dengan Revolusi Iran yang menyebabkan ahli Umno dan kerajaan Malaysia difitnah sebagai KAFIR. Lantaran itu tercetuslah titik hitam dalam Peristiwa di Memali dan di Sauk, Perak akibat terpedaya dengan fitnah Pas terhadap Kerajaan Malaysia yang berperlembagaan daripada Penjajah British.
Susulan daripada peristiwa Memali itu Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Kertas Putih sebab sebab kejadian dan kesannya. Seterusnya tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan serta Majlis Raja Raja Melayu telah bersidang dan memutuskan bahawa Amanat Hadi difatwakan dan diwartakan oleh JAKIM sebagai amalan sesat. Malah para mufti di seluruh Malaysia juga telah meminta Hadi untuk menarik semula fitnah terhadap ahli Umno sebagai KAFIR atau di kodkan sebagai Amanat Sesat Haji Hadi oleh kerajaan sebagai bercangah dan songsang.
Namun sehingga kini Hadi sebagai Presiden Pas tiada keberanian untuk menarik balik tuduhan dan fitnah tersebut walaupun kini Pas telah menjadi Kerajaan Pusat pada hari ini.
Dahulu sebelum Pru14 alasan Pas Keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) adalah kerana kononya PKR dan DAP menentang Hudud yang Pas perjuangkan. Walaupun justifikasi telah diberikan oleh PKR dan DAP sebagai rakan dalam PR bahawa amat tidak munasabah untuk melaksanakan hukum hudud diMalaysia yang berbilang kaum. Sedangkan itu semua adalah alasan semata mata Pas untuk menutup Isu Ana Tahu daripada ditahu oleh ahli Pas setelah menbuat pakatan sulit dengan BN, walaupun perkara UG ni amat ditentang serta ditegur oleh arwah Tok Guru Nik Aziz (ATGNA). Alasan penolakan oleh PKR dan DAP ini jugalah dimanupulasi oleh Hadi yang kemaruk kuasa Putrajaya untuk membuang kesemua penyokong setia ATGNA didalam Parti Pas semasa muktamar Pas secara terang terangan.
Akhirnya Hudud yang diperjuangkan Pas selama beberapa puluh tahun telah dikuburkan sendiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang semasa berucap dihadapan majoriti pengundi cina dalam Prk Tanjung Piai, bahawa Hudud adalah amat mustahil dapat dilaksanakan dinegara Malaysia ini disebabkan oleh populasi rakyat yang majmuk atau berbilang bangsa dan agama.
Patut ler 3 kali Hadi sendiri meminta ditangguhkan Ruu355 bila diberikan peluang oleh kerajaan untuk dibentang serta dibahas untuk diluluskan dalam sidang parlimen.
Setelah 2 bulan Pas menjadi Kerajaan pusat, MCA yang mempunyai 2 Kerusi Parlimen dibandingkan dengan Pas yang mempunyai 18 kerusi telah memberikan amaran keras kepada Pas supaya jangan sesekali melabelkan Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan Melayu Islam ditambah pula wakil kerajaan Sarawak yang sebahagian daripada kerajaan Pusat juga telah memberikan amaran keras kepada Pas supaya jangan memandai mandai/gatal tangan hendak usulkan atau laksanakan Hudud.
Malang sungguh para pejuang Pas atau ahli Pas yang telah ditipu oleh sang pemimpin demi Kuasa dan Mercedes-Benz semata mata.
Bila masa Pas tiada kuasa bukan main lantang lagi Pas bersuara kononya hendak tegakkan Hudud. Sekarang bila sudah ada kuasa ditangan laksanakan hukum Hudud yang Pas perjuangkan selama ini. Jangan disia siakan pengorbanan ahli Pas yang mati sia sia diMemali dan Sauk.