KEJAYAAN MEMPERLUASKAN PERANAN PETRONAS...DULU DULU PEMIMPIN GUNA DUIT PETRONAS BAILOUT PENIAGAAN ANAK PINAK DAN DUIT DOK SAKAW BILA ADA MASAALAH.

 



Kejayaan memperluas peranan PETRONAS dalam sektor tenaga Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap tenaga global.










Perkembangan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan Malaysia serta rekod cemerlang PETRONAS yang telah bertapak dan beroperasi di Turkmenistan selama tiga dekad.


Lawatan ini turut menyaksikan pemeteraian pelbagai dokumen kerjasama dalam bidang pendidikan, latihan diplomatik, penerbangan, sains dan pembangunan modal insan.


Saya yakin kesepakatan yang dicapai akan mengangkat hubungan Malaysia-Turkmenistan ke tahap yang lebih kukuh demi kemakmuran rakyat dan kepentingan negara.


🇲🇾🇹🇲


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#YakinMADANI

#DiplomasiMADANI





INI LAH PEMIMPIN PAS.


 

SAPA RAKYAT KEDAH YANG NAK DUDUK DENGAN ROGHIYA.


 

INI CARA YANG DI LAKSANAKAN KERAJAAN MADANI. KDN BERHATI HATI DALAM MELAKSANAKAN SESUATU


 

WALAUN CUBA NAK KAITKAN DENGAN KERAJAAN MADANI HARI INI.


 

PENYELESAIAN CARA PAS...NEGARA PUN BOLEH GADAI..NI KAH WALAUN NAK PILIH..


 

Dapat RM11.43 bilion, kenapa ada dakwa Johor dianak tirikan?


 


Dakwaan bahawa Johor tidak menerima pulangan setimpal daripada Kerajaan Persekutuan disifatkan tidak selari dengan rekod pelaburan dan pembangunan yang dicapai negeri itu dalam tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Ammar Atan, berkata Johor bukan sahaja muncul sebagai penerima pelaburan diluluskan terbesar negara pada 2025, malah terus menerima peruntukan pembangunan infrastruktur bernilai berbilion ringgit daripada Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, dakwaan bahawa kerajaan pusat hanya mengembalikan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion kepada Johor tidak menggambarkan keseluruhan sumbangan yang disalurkan kepada negeri tersebut.

“Johor hari ini merupakan antara negeri paling pesat membangun di Malaysia. Negeri ini juga menjadi pengeksport kedua terbesar negara serta mencatat rekod pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara pada tahun 2025,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ammar berkata Kerajaan Persekutuan turut membiayai pelbagai projek strategik di Johor termasuk Sistem Transit Rapid (RTS), Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan pelbagai kemudahan awam lain.

Katanya, angka RM2 bilion hingga RM3 bilion yang sering diperkatakan juga tidak mengambil kira kos operasi tahunan yang ditanggung kerajaan pusat seperti pembayaran gaji guru, anggota polis, tentera, petugas kesihatan dan kakitangan agensi persekutuan yang berkhidmat di Johor.

Beliau turut merujuk kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Disember 2025 yang memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM11.43 bilion bagi projek pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam di Johor sepanjang tahun lalu.

Selain itu, Ammar mengingatkan bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sendiri pernah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan MADANI pada 2024 selepas 510 projek pembangunan bernilai RM4.7 bilion diluluskan untuk negeri berkenaan.

Menurutnya, pencapaian tersebut membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan Johor termasuk menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka membuka peluang ekonomi baharu kepada rakyat negeri itu.

“Jika benar timbul persoalan bahawa Johor tidak menerima pulangan yang setimpal selama ini, adalah tidak adil untuk meletakkan tanggungjawab tersebut kepada Kerajaan MADANI yang belum pun menamatkan satu penggal pentadbiran.

“Hakikatnya, parti yang memimpin Kerajaan Negeri Johor hari ini juga telah menerajui kerajaan negeri dan Persekutuan bagi sebahagian besar tempoh sejak merdeka,” katanya.

Beliau menegaskan Kerajaan MADANI akan terus komited memastikan pembangunan yang seimbang dan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan tanpa mengira negeri atau parti yang mentadbir sesebuah negeri.



Anwar sampaikan pendirian Malaysia, Rohingya perlu dihantar pulang secara selamat ke Myanmar


 


Situasi di Myanmar termasuk perkembangan berkaitan krisis Rohingya menjadi antara fokus perbincangan dalam pertemuan dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman.

Anwar berkata, Malaysia kekal berpendirian bahawa penyelesaian terbaik dalam krisis membabitkan etnik Rohingya adalah dengan menghantar pulang mereka secara selamat ke Myanmar.

“Kami memberi fokus kepada situasi di Myanmar, termasuk perkembangan berkaitan krisis Rohingya, serta menegaskan kepentingan meneruskan usaha damai melalui penglibatan menyeluruh semua pihak berkepentingan. 

“Saya menghargai komitmen Bangladesh dalam membantu komuniti Rohingya dan Malaysia kekal berpendirian bahawa penyelesaian terbaik ialah penghantaran pulang mereka secara selamat ke Myanmar,” kata beliau dalam pertemuan empat mata dengan PM Bangladesh hari ini.

Perbincangan turut tertumpu kepada usaha mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang antaranya perdagangan dan pelaburan, tenaga, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, pendidikan, pembangunan modal insan, pertanian, industri halal serta pengurusan tenaga kerja. 

Kedua-dua negara turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang memerlukan pendekatan berteraskan dialog, keamanan dan saling menghormati.

Malaysia menzahirkan penghargaan terhadap Bangladesh sebagai rakan penting di Asia Selatan dan yakin masih banyak potensi kerjasama yang boleh diteroka demi kemajuan ekonomi serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

“Saya percaya kesepakatan yang dicapai hari ini akan terus memperkukuh hubungan Malaysia dan Bangladesh serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan,” ujar beliau di Facebook.




Benarkah Kerajaan Persekutuan Hanya Beri RM3 Bilion Kepada Johor?

 


Peningkatan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk di Johor kepada RM14.6 bilion membuktikan tiada unsur diskriminasi daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PENDAPAT, 22 Jun – Mengejutkan apabila ribuan netizen berani berbalas hujah dengan TMJ di media sosial.

Secara peribadi, saya rasa keadaan seperti ini tidak baik untuk mana-mana institusi istana. Kita mahu Raja-Raja Melayu terus dihormati dan disanjung rakyat, bukan terheret ke dalam pertikaian politik yang akhirnya membuka ruang kepada pelbagai komen melampau.

Sebab itu sejak dahulu ramai berpendapat institusi diraja lebih baik kekal berada di atas politik kepartian.

Berhubung kenyataan bahawa Johor hanya menerima sekitar RM2 hingga RM3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan, rakyat sebenarnya boleh menyemak sendiri data yang tersedia secara terbuka.

Fakta yang mudah dicari menunjukkan peruntukan Persekutuan kepada Johor meningkat daripada sekitar RM10.2 bilion pada tahun 2022 kepada RM14.6 bilion pada tahun 2026, iaitu peningkatan kira-kira 43%.

Malah bukan Johor sahaja. Hampir semua negeri turut menerima peningkatan peruntukan dalam tempoh yang sama.

Ini bukan bermaksud Johor tidak boleh menuntut lebih banyak pembangunan atau layanan yang lebih adil. Itu hak mana-mana negeri dalam sistem Persekutuan.

Tetapi apabila bercakap soal angka dan peruntukan, kita perlu berpijak pada data yang boleh disemak, bukan sekadar persepsi.

Saya percaya rakyat Malaysia cukup matang untuk menilai.

Hormati institusi diraja.

Hormati juga fakta.

Kerana akhirnya, fakta tidak berpihak kepada sesiapa. Fakta hanya berpihak kepada kebenaran.

Google ada. Data ada. Semak sendiri. 👍🏻



Ini baharu betul boleh lawan Ah Long! Adun Duyong puji pinjaman TEKUN lulus 24 jam


 


Langkah TEKUN Nasional mempercepatkan kelulusan pinjaman sehingga RM20,000 dalam tempoh 24 jam menerima pujian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang menyifatkannya sebagai antara pendekatan terbaik untuk membantu usahawan kecil dan mengekang kebergantungan kepada Ah Long.

Menurut beliau, inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu memberi peluang kepada golongan peniaga dan usahawan mikro mendapatkan akses pembiayaan yang lebih cepat serta mudah.

“Terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atas inisiatif TEKUN Nasional yang membolehkan proses kelulusan pinjaman RM20,000 ke bawah dibuat dalam tempoh 24 jam, jika pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Bagaimanapun, beliau berharap proses pengeluaran dana kepada peminjam yang telah diluluskan turut dapat dipercepatkan supaya manfaat tersebut benar-benar dirasai rakyat.

“Cuma kalau boleh, proses nak lepaskan duit pinjaman itu janganlah sampai 24 hari pula. Kalau boleh 24 jam juga lebih baik,” katanya berseloroh.

Mohd Noor Helmy turut berpandangan bahawa penilaian terhadap rekod kewangan pemohon menerusi sistem CTOS dan CCRIS perlu dibuat secara lebih menyeluruh serta mengambil kira latar belakang individu berkenaan.

Menurutnya, terdapat pemohon yang mempunyai rekod kredit kurang baik bukan kerana sikap culas membayar hutang, sebaliknya disebabkan kesukaran hidup yang pernah dihadapi.

“Perlu dinilai sama ada rekod yang tidak cantik itu berpunca daripada kesusahan hidup atau memang tabiat peminjam. Dalam perkara ini, mungkin boleh ada sedikit kelonggaran dalam penilaian,” katanya.

Beliau turut memuji usaha Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang menurutnya telah memulakan beberapa langkah bagi mempermudah urusan rakyat mendapatkan bantuan dan kemudahan kerajaan.

Dalam masa sama, Mohd Noor Helmy menggesa kerajaan memperketat kawal selia terhadap industri pemberi pinjam wang berlesen bagi mengelakkan penyalahgunaan dan eksploitasi terhadap peminjam.

Beliau berkata, Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), yang diterajui Hannah Yeoh, boleh memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan pemegang lesen mematuhi syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan bukan sahaja perlu lebih berhati-hati dalam meluluskan lesen baharu, malah perlu memastikan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dibuat secara konsisten terhadap setiap aduan yang diterima.

“Jangan mudahkan pemberian lesen. Jika lesen sudah diberikan, pantau sungguh-sungguh. Setiap aduan perlu disiasat dan tindakan diambil tanpa memihak kepada syarikat,” katanya.

Beliau percaya gabungan akses pembiayaan mikro yang cepat, mudah dan sah di samping penguatkuasaan lebih tegas terhadap pemberi pinjam wang akan menjadi senjata paling berkesan dalam membendung kegiatan Ah Long yang terus membebankan rakyat.





Mekanisme ASEAN Diguna Malaysia-Bangladesh Tangani Rohingya – PM Anwar

 


BUKAN MACAM NI NAK BAGI KERAKYATAN PADA PENDATANG..APA LA LEKEH PAS...MELINGKUP NEGARA KALAU BAGI LAGI.










Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya Tarique Rahman dari Bangladesh di Bangunan Perdana Putra pada 22 Jun 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 22 Jun – Pengukuhan kerjasama melalui mekanisme ASEAN antara Malaysia dan Bangladesh akan digunakan bagi membantu mencari penyelesaian tuntas terhadap isu pelarian etnik Rohingya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, usaha itu termasuk meneruskan libat urus dengan pihak berkuasa Myanmar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya Tarique Rahman dari Bangladesh di Bangunan Perdana Putra pada 22 Jun 2026. Foto PMO

“Kita turut bekerjasama dalam usaha menangani isu pelarian, khususnya etnik Rohingya di Bangladesh dan Malaysia.

“Melalui pejabat Menteri Luar dan mekanisme ASEAN, kita akan terus berunding dengan pihak berkuasa Myanmar bagi membantu menyelesaikan sebahagian isu terbabit,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya Tarique Rahman dari Bangladesh di Bangunan Perdana Putra pada 22 Jun 2026. Foto PMO

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman, sempena lawatan rasmi rakan sejawatnya itu ke Malaysia, di sini, hari ini.

Sementara itu, Tarique turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap nasib masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya Tarique Rahman dari Bangladesh di Bangunan Perdana Putra pada 22 Jun 2026. Foto PMO

Beliau berkata, Bangladesh menghargai sokongan berterusan Malaysia dalam usaha memastikan etnik Rohingya dapat pulang ke Myanmar.

“Saya menyatakan kebimbangan mendalam terhadap nasib masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya Tarique Rahman dari Bangladesh di Bangunan Perdana Putra pada 22 Jun 2026. Foto PMO

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas sokongan berterusan bagi memastikan mereka dapat pulang ke Myanmar secara selamat, bermaruah dan berkekalan,” katanya.

Berhubung krisis di Asia Barat pula, Anwar menjelaskan Malaysia dan Bangladesh berpendirian semua kekejaman terhadap penduduk Gaza oleh rejim Zionis Israel perlu dihentikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya Tarique Rahman dari Bangladesh di Bangunan Perdana Putra pada 22 Jun 2026. Foto PMO

“Mengenai isu global seperti Palestin, kekejaman yang sedang dilakukan terhadap penduduk Gaza oleh rejim Zionis Israel, serta sokongan terhadap keamanan yang berkekalan antara negara Teluk dan Iran, pendirian kita adalah sehaluan.

“Kita akan terus bekerjasama dengan semua rakan antarabangsa bagi memastikan keamanan dapat dicapai,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya Tarique Rahman dari Bangladesh di Bangunan Perdana Putra pada 22 Jun 2026. Foto PMO

Tarique pula menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta organisasi antarabangsa lain berhubung isu berkenaan.



PAS NI JADI KERAJAAN LAMA GAK...APA PAS BUAT APA PUN TARAK...NAK BAGI LAGI KAH.?

 


POLIS KENA BUANG KERJA NI MANA ADA KERJA LAIN..MAKAN HASIL NAJIS ORANG BAGI GAMAKNYA


 

PMX PAKAI OTAK UNTUK NAK BAGI SENANG RAKYAT. TAPI JENI TAK BERAPA CERDIK NI DIA BAGI PUN DIA MAKI, NAIK OUN DIA MAKI.


 

BERANAK TUA TUA...MEZAH NGAN TAMBHI KECIK GANG DULU ULU DOK FITNAH ANWAR...








BERSATU BERANAK buat tua tua dah. Berbeza PKR beranak wat muda muda.



AKU DAN SESIAPA PUN TAK MAHU LA CERITAKAN KISAH RAHIM TAMBI CHIK NI



Che Ibrahim




Ambo hanya nak tahu apa status seorang MP Bebas bila joint parti lain di segi Akta Lompat Parti??? 


Rafizi dan Nik Nazmi baru ni melepaskan dulu jawatan mereka sebagai MP baru joint parti Bersama.




KEDAH DARUL RONGHIYA....RAKYAT KEDAH AYAQ TAK ADS DI SESETENGAH KAMPUNG...TAPI RONGHINYA DAPAT KAWASAN PENEMPATAN..


 

JANGAN KATA APA...KATA KESIAN CUKUP .LITA ORANG CERDIK. KITA BUKAN WALAUN MAKI HAMUN


 

DALAM GROUP PENUNGGANG 4X4 PULA, PENURUNAN DIESEL DIKAITKAN DENGAN PILIHANRAYA...PILIHANRAYA INI TIDAK AKAN MENJATUHKAN KERAJAAN , PILIHANRAYA UMUM LAMBAT LAGI. PATUT TAK CERDIK.

 


Alhamdulillah di Bintulu tadi, saya telah umumkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula Julai ini. Penurunan harga diesel ini akan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara melalui penggunaan MyKad.





Tatkala dunia masih bergelut dengan krisis bekalan global, Kerajaan MADANI memilih untuk memastikan hasil reformasi, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara dipulangkan semula kepada rakyat melalui penurunan harga diesel bersubsidi ini, di samping mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter.


Insya-Allah, Menteri Kewangan II akan memaklumkan perincian mengenai pelaksanaan subsidi diesel ini esok.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#YakinMADANI



WALAUN BODO KATA ANWAR TAK HEBAT SEBAB KENA KE NEGARA ORANG...AKU KATA KO LAPAQ NAK MAMPOS BERAS TAK ADA ,KO NAK AKU PI BAGI MAKAN PADA KO..KIOK.



 Saya dan PM Tarique Rahman kemudian mengadakan pertemuan empat mata dan seterusnya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang berlangsung dalam suasana penuh hormat.











Perbincangan tertumpu kepada usaha mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang antaranya perdagangan dan pelaburan, tenaga, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, pendidikan, pembangunan modal insan, pertanian, industri halal serta pengurusan tenaga kerja. 


Kami juga memberi fokus kepada situasi di Myanmar, termasuk perkembangan berkaitan krisis Rohingya, serta menegaskan kepentingan meneruskan usaha damai melalui penglibatan menyeluruh semua pihak berkepentingan. 


Saya menghargai komitmen Bangladesh dalam membantu komuniti Rohingya dan 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐌𝐲𝐚𝐧𝐦𝐚𝐫.


Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang memerlukan pendekatan berteraskan dialog, keamanan dan saling menghormati.


Malaysia menzahirkan penghargaan terhadap Bangladesh sebagai rakan penting di Asia Selatan dan yakin masih banyak potensi kerjasama yang boleh diteroka demi kemajuan ekonomi serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.


Saya percaya kesepakatan yang dicapai hari ini akan terus memperkukuh hubungan Malaysia dan Bangladesh serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.


🇲🇾🤝🇧🇩


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI

#DiplomasiMADANI





DEKAT PILIHANRAYA..USTAZ SIBUK BERKEMPEN SELAIN JIMAKNISTERI.

 



Ustaz, sentiasa mendapat pesanan dari kaum wanita, walaupun jam subuh ketika bersama isteri.. Ustaz insan yg mudah simpati - Ustaz Mat Idris Al Saguni





PN LEBIH BERMASALAH JIKA BERSATU TERUS ADA DI DALAMNYA



22 Jun 2026


Menjelang mesyuarat tergempar PN malam ini, beberapa rakan serta kenalan menghubungi saya dan bertanya soalan - adakah Bersatu akan dikeluarkan daripada gabungan itu?


Sebenarnya saya tidaklah ada jawapan yang tepat lagi pasti bahawa Bersatu benar-benar akan dipecat, walaupun kecenderungan PAS yang kini menerajui PN, terlihat begitu kuat ke arah itu.


Sebabnya kadang-kadang PAS juga akan pertimbangan sendiri yang mungkin berbeza dengan apa yang kita fikirkan dan berlawanan dengan kecenderungan yang terpampang di depan mata.


Cuma, kepada mereka yang menghubungi saya itu, saya dengan jujur mengatakan PN akan lebih bermasalah jika Bersatu terus  ada dalam gabungan itu, selain akan juga menjadikan PAS tidak lagi dipercayai.


Pertama, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar beberapa hari sebelum ini telah memberhentikan dua pemimpin Bersatu daripada PN - Dr Radzi Jidin sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya dan Azmin Ali sebagai Timbalan Setiausaha Agung.


Pemberhentian itu secara mudah difahami adalah untuk mengurangkan wakil Bersatu dalam PN supaya apa-apa tindakan yang ingin diambil terhadap Bersatu - termasuk pemecatan - lebih mudah untuk dilakukan.


Ini kerana tidak seperti BN yang memerlukan konsensus 100%, sebarang tindakan dalam PN memadai dengan hanya sokongan majoriti saja.


Jika akhirnya Bersatu tidak dipecat daripada PN, untuk apa dua pemimpin Bersatu itu diberhentikan oleh Dr Ahmad Samsuri?


Tidakkah jika tiada apa-apa tindakan atau Bersatu masih kekal dalam PN selepas mesyuarat tergempar malam ini, ia hanya akan menyebabkan PAS tidak lagi dipercayai?


Apabila PAS tidak lagi dipercayai, bagaimanakah parti itu dan PN mampu untuk memenangi lebih banyak kerusi?


Kedua, Bersatu yang ada sekarang bukan lagi Bersatu seperti yang dahulu.


Bersatu sekarang lebih cenderung untuk bermusuh daripada berkawan.


Selain dengan Kumpulan Hamzah Zainuddin yang dianggap musuh dan mahu dikeluarkan daripada PN, dengan PAS juga Bersatu suka mengambil sikap ingin bermusuh.


Sejak Muhyiddin tidak lagi menerajui PN, Bersatu ternampak lebih ghairah mahu menunjuk mereka lebih hebat, lebih pandai dan ingin menguasai gabungan itu.


Lihat saja kebelakangan ini bagaimana ada satu dua pemimpin tertentu Bersatu yang setiap  hari dan secara bersiri kerjanya asyik menghentam PAS dan pemimpinnnya, termasuk Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS sendiri.


Gelaran yang jelek dan tidak sewajarnya sebagai parti rakan juga kerap dilemparkan kepada Ahli Parlimen Marang itu.


Sepatutnya dalam keadaan sekarang di mana Bersatu seperti berada di pergentingan, parti itu lebih menunjukkan sikap tawaduk dan merendah diri, bukan makin galak ingin bermusuh.


Seharusnya Bersatu sedar di mana kedudukan mereka sekarang ini.


Dalam keadaan sebegeni, bagaimana PN mampu jadi harmoni, stabil dan ada harapan yang lebih baik untuk menang PRU16 akan datang jika Bersatu masih ada sebagai komponennya?


Bukankah disebabkan sikap Bersatu dan perangai satu dua pemimpin tertentu itu hanya menyebabkan parti itu lebih elok dikeluarkan daripada PN demi memastikan ia dapat terus bergerak ke hadapan untuk matlamat menawan mengambil alih kerajaan?


Kesimpulannya, setelah PAS kini menerajui PN, apa yang penting ialah mereka mesti mewujudkan perpaduan yang lebih kukuh dan menjadikan gabungan itu sebagai harapan rakyat dengan sikap dan pendiriannya yang terbuka dan sedia menambah ramai kawan lagi.


Berbalik kepada keputusan mesyuarat tergempar malam ini, apa pun keputusannya nanti, cuma PN amat kerugian jika melepaskan begitu saja peluang untuk membuang beban dan gangguan dalaman yang ada di dalamnya.


Pun begitu, adalah suatu sikap terpuji jika Bersatu dapat memahami realiti dan lebih dulu membawq diri keluar daripada PN sebelum “pintu keluar” ditunjukkan kepadanya. - ShahbudinHusin 22Jun2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1317285497061233&id=100063393840098



INI LAH DIA...NAK BELA PEMFUTNAH MINTA AHLI..PEMFUTNAH NAIK KETA HEBAT..TAPI WALAUN...SEDIH.











Inilah PUNCA ISLAM dihina, minta sumbangan dihina seolah tidak ada rasa keperi kemanusian terhadap perjuangan Islam, bertaubatlah yang Hina Islam, Allah Maha mengampuni hambaNya - Ustaz Mat Idris Al Saguni




BUANG KARAN JA...HANTAQ PI PALESTIN JA PUAK PUAK BEBAL NI.



Idris Al Saguni






JENTERA pilihanraya PAS Pahang telah bersedia untuk dihantar berjuang diJohor dan N.Sembilan..


Kami tidak akan pulang, selagi misi memenangkan PAS tidak berjaya - Ustaz Mat Idris Al Saguni




KISAH MAHATHIR PUTIN..GINI...


Alex Ibrahim



 Ramai pentaksub Mahathir mula menyebar foto lama 20 tahun lalu selepas melihat DSAI dijemput Putin.




Ceritanya macam ni...


Waktu gambar ini diambil, Mahathir dah pun bersara sejak 2003. Putin datang berjumpa Mahathir di rumah pada 2005 atas dasar hubungan peribadi yang sudah lama terjalin. Masa tu PM kite pon Arwah Pak Lah, bukan lagi Mahathir.


Ibarat kita sendiri yang dah bersara, tiba-tiba rakan sekerja lama telepon ajak lepak ngopi. Itu perkara biasa. Lagipun, tengok gambar ni. Walaupun di rumah, kedua-duanya masih berpakaian kemas dan mengikut protokol.


Hari ini, hubungan Putin dan DSAI masih dalam kapasiti rasmi dalam membincangkan urusan perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan dan isu antarabangsa.

Manela tau, bila DSAI dah bersara nanti, kalau mereka masih panjang umur dan diberi kesihatan yang baik, mungkin mereka nak jumpa kat warung kopi je... 


pakai selipar Jepun 😁




DIPLOMASI OK.

 


JADUAL TERKINI BOLASEPAK

 


GEMPAK! PRN JOHOR! BENARKAH KERAJAAN PUSAT HANYA PULANGKAN 2 KE 3 BILION?


 

TERBAIK PMX


 

TAK FITNAH BUKAN PAS LA.


 

KEH KEH KEH..SEWEL


 

AKHIRNYA DIA TUMBANG DAN DUA DUA MELINGKUP


 

LEKEH AIHH PHd MACAM NI..


 

USAHA STRATEGIK MEMBUAHKAN HASIL UNTUK NEGARA

 



Usaha strategik beliau menyaksikan pemeteraian perjanjian baharu PETRONAS, sekaligus memperkukuh pelaburan bernilai RM52.73 bilion yang telah dibina sejak 30 tahun lalu.






Apakah impak usaha PMX ini kepada rakyat Malaysia?


1. Keuntungan hasil pelaburan global Petronas ini dipulangkan semula kepada negara dalam bentuk dividen. Dana inilah yang digunakan oleh kerajaan untuk membiayai subsidi rakyat, membina hospital, sekolah, dan menaik taraf infrastruktur.


2. Membuka ruang lebih luas untuk profesional dan anak tempatan (jurutera, teknisyen, pakar geologi) bekerja dan menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.


3. Penerokaan sasar kepada rizab gas asli Turkmenistan yang merupakan antara yang terbesar di dunia seterusnya menjamin kedudukan Malaysia dalam rantaian tenaga global, Sekali gus melindungi ekonomi domestik daripada unjuran harga tenaga dunia yang tidak menentu.


#MCNSarawak #MalaysiaMADANI #Anwarlbrahim #Petronas