Saya dan PM Tarique Rahman kemudian mengadakan pertemuan empat mata dan seterusnya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang berlangsung dalam suasana penuh hormat.
Perbincangan tertumpu kepada usaha mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang antaranya perdagangan dan pelaburan, tenaga, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, pendidikan, pembangunan modal insan, pertanian, industri halal serta pengurusan tenaga kerja.
Kami juga memberi fokus kepada situasi di Myanmar, termasuk perkembangan berkaitan krisis Rohingya, serta menegaskan kepentingan meneruskan usaha damai melalui penglibatan menyeluruh semua pihak berkepentingan.
Saya menghargai komitmen Bangladesh dalam membantu komuniti Rohingya dan 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐌𝐲𝐚𝐧𝐦𝐚𝐫.
Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang memerlukan pendekatan berteraskan dialog, keamanan dan saling menghormati.
Malaysia menzahirkan penghargaan terhadap Bangladesh sebagai rakan penting di Asia Selatan dan yakin masih banyak potensi kerjasama yang boleh diteroka demi kemajuan ekonomi serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Saya percaya kesepakatan yang dicapai hari ini akan terus memperkukuh hubungan Malaysia dan Bangladesh serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.
🇲🇾🤝🇧🇩
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#DiplomasiMADANI






No comments:
Post a Comment