Teka teki terjawab, KM kata PRN Melaka selepas Johor dan Negeri Sembilan


 


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini memberi bayangan bila pembubaran DUN Melaka akan diumumkan.

Menurut beliau, Pilihan Raya Negeri itu hanya akan dilakukan selepas selesai PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Beliau tidak memperincikan lanjut bila tarikhnya namun media melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan pilihan raya akan diadakan menjelang September tahun ini.

“Tempoh habis penggal DUN Melaka hanya berakhir pada hujung tahun ini dan dalam tempoh berkenaan, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa.

“Justeru, sebelum sampai waktunya (pembubaran DUN), kita akan terus menjalankan urusan kerajaan dan menyantuni rakyat sehingga satu tarikh yang akan diumumkan secara rasmi kelak,” katanya memetik Harian Metro.

Hari mengundi PRN Johor adalah pada 11 Julai, manakala Negeri Sembilan pula pada 1 Ogos.

Untuk rekod, sebelum ini PRN Melaka adalah pada November 2021.




No comments: