
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Menara Kidurong, Bintulu bagi merasmikan Pelabuhan Bintulu yang kini secara rasminya diserahkan kepada Kerajaan Sarawak selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 21 Jun 2026. Foto PMO
BINTULU, 21 Jun – Majlis Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di sini, hari ini membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan memenuhi tuntutan yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Perjanjian Penyempurnaan dan penyerahan cek bernilai RM1.8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri mencatat sejarah apabila disaksikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini menandakan pengesahan penukaran rasmi status berkenaan.

Premier Sarawak berkata, pengambilalihan itu dilaksanakan menerusi persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, termasuk pembayaran pampasan yang dipersetujui bagi mengambil alih aset pelabuhan berkenaan.
Menurut beliau, Pelabuhan Bintulu pada asalnya berada di bawah bidang kuasa negeri, namun diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada era 1970-an bagi membolehkan pembangunan pelabuhan tersebut dibiayai menerusi pinjaman yang dijamin kerajaan pusat.

Dalam pada itu, Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam sektor tenaga global menerusi kerjasama strategik dengan beberapa negara pengeluar utama, bagi menjamin bekalan tenaga jangka panjang.
Perdana Menteri berkata, pendekatan diplomasi yang terbuka dan berkecuali membolehkan Malaysia membina hubungan baik dengan pelbagai kuasa dunia, sekali gus melindungi kepentingan negara dalam sektor tenaga yang semakin mencabar.

Beliau berkata, hasil pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin baru-baru ini, Malaysia memperoleh jaminan bekalan tenaga berterusan bagi memenuhi keperluan domestik serta komitmen eksport tenaga ke beberapa negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
“Jaminan jangka panjang ini penting kerana keperluan kita dalam isu tenaga bukan hanya untuk kegunaan domestik, tetapi juga bagi memenuhi perjanjian jangka panjang dengan beberapa negara yang membeli tenaga dari Malaysia.

“Presiden Putin dalam pertemuan dengan saya, memberi jaminan akan mewujudkan pengaturan dan perjanjian jangka panjang bagi memastikan bekalan tenaga berterusan kepada Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment