KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI
HUBUNGAN ERAT PERSEKUTUAN-NEGERI DIPERKUKUH DEMI KEMAJUAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT JOHOR
Saya menghadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di Kuala Lumpur hari ini dalam suasana mesra dan harmoni.
Pertemuan ini memberikan ruang yang baik untuk bertukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara terkait kebajikan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di negeri Johor Darul Ta’zim.
Kami turut membincangkan perkembangan semasa dan perancangan berterusan Kerajaan MADANI dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.
Tunku Mahkota Ismail dan saya juga sepakat untuk terus mengekalkan hubungan yang baik, selain mengukuhkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor.
ANWAR IBRAHIM
22 Jun 2026
No comments:
Post a Comment