Benarkah Kerajaan Persekutuan Hanya Beri RM3 Bilion Kepada Johor?

 


Peningkatan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk di Johor kepada RM14.6 bilion membuktikan tiada unsur diskriminasi daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PENDAPAT, 22 Jun – Mengejutkan apabila ribuan netizen berani berbalas hujah dengan TMJ di media sosial.

Secara peribadi, saya rasa keadaan seperti ini tidak baik untuk mana-mana institusi istana. Kita mahu Raja-Raja Melayu terus dihormati dan disanjung rakyat, bukan terheret ke dalam pertikaian politik yang akhirnya membuka ruang kepada pelbagai komen melampau.

Sebab itu sejak dahulu ramai berpendapat institusi diraja lebih baik kekal berada di atas politik kepartian.

Berhubung kenyataan bahawa Johor hanya menerima sekitar RM2 hingga RM3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan, rakyat sebenarnya boleh menyemak sendiri data yang tersedia secara terbuka.

Fakta yang mudah dicari menunjukkan peruntukan Persekutuan kepada Johor meningkat daripada sekitar RM10.2 bilion pada tahun 2022 kepada RM14.6 bilion pada tahun 2026, iaitu peningkatan kira-kira 43%.

Malah bukan Johor sahaja. Hampir semua negeri turut menerima peningkatan peruntukan dalam tempoh yang sama.

Ini bukan bermaksud Johor tidak boleh menuntut lebih banyak pembangunan atau layanan yang lebih adil. Itu hak mana-mana negeri dalam sistem Persekutuan.

Tetapi apabila bercakap soal angka dan peruntukan, kita perlu berpijak pada data yang boleh disemak, bukan sekadar persepsi.

Saya percaya rakyat Malaysia cukup matang untuk menilai.

Hormati institusi diraja.

Hormati juga fakta.

Kerana akhirnya, fakta tidak berpihak kepada sesiapa. Fakta hanya berpihak kepada kebenaran.

Google ada. Data ada. Semak sendiri. 👍🏻



No comments: