ADA SATU PUAK SAJA DALAM MEDSOS YANG TAK BERSYUKUR...BILA NAIK DIA KATA ZALIM...BILA TURUN DIA KATA PILIHANRAYA.HARI INI ATAS JALAN DAH BANYAK PUAK PUAK NI ATAS JALAN..PUAK PUAK NI GUNA 4X4 UNTUK MENGEBAT.

 

Penurunan Diesel RM2.10 Seliter Disambut Baik Pengguna Kenderaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter ketika berucap merasmikan Pelabuhan Bintulu yang kini secara rasminya diserahkan kepada Kerajaan Sarawak pada 21 Jun 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pengumuman Kerajaan MADAMI menurunkan harga bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai Julai ini disambut baik pengguna kenderaan diesel yang menyifatkan ia sebagai berita baik yang ditunggu-tunggu.

Beberapa pengguna yang ditemui menganggap langkah itu dapat mengurangkan beban kos bahan api yang ditanggung ketika ini.

Peniaga pasar malam di Shah Alam, Selangor Mohd Faizal Ahmad, 43, berkata penurunan itu banyak memberi penjimatan kepadanya.

Pengguna kenderaan diesel yang berniaga di pasar malam termasuk di Shah Alam mengalu-alukan penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 bermula Julai 2026. Foto

“Setiap hari saya ulang-alik dari rumah ke tapak niaga dengan membawa khemah serta barang jualan. Bila harga turun dan subsidi hanya untuk rakyat Malaysia, saya rasa lebih yakin bantuan itu sampai kepada golongan yang betul.

“Saya berharap proses menggunakan MyKad nanti akan mudah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kontraktor kecil dari Johor Bahru, Johor Tan Chee Keong, 52, yang menggunakan Toyota Hilux bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penghantaran bahan binaan menyifatkan langkah itu sebagai baik dan lebih adil.

“Kos bahan api antara perbelanjaan utama. Kalau sistem MyKad dapat memastikan subsidi tidak disalah guna, saya rasa itu langkah yang baik,” katanya.

Pengusaha kebun sayur dari Sungai Siput, Perak R. Mageswaran, 38, berkata penurunan harga diesel dapat membantunya mengurangkan kos operasi.

“Saya gunakan van untuk hantar sayur ke pasar dan kedai makan hampir setiap hari. Bila harga diesel lebih rendah, sedikit sebanyak dapat kurangkan kos operasi. Saya harap pelaksanaan menggunakan MyKad nanti berjalan lancar supaya orang yang benar-benar menggunakan diesel untuk cari rezeki dapat menikmati manfaatnya,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Menara Kidurong, Bintulu bagi merasmikan Pelabuhan Bintulu yang kini secara rasminya diserahkan kepada Kerajaan Sarawak selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 21 Jun 2026. Foto PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026 dan dilaksanakan selaras dengan pendekatan yang digunakan melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), iaitu dengan pengesahan melalui MyKad.

Anwar berkata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan memberikan penjelasan mengenai perlaksanaan harga baharu diesel bersubsidi esok.




No comments: