TEPAT SANGAT LA PAK LONG..LANTIK DIA BUAT PEGHABIH BERAS RAKYAT SAJA

 

Panas! Peja bagi bayangan tidak terpilih sebagai TPM

Panas! Peja bagi bayangan tidak terpilih sebagai TPM


Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, beliau sama sekali tidak bersedih jika tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ini adalah kerana fokusnya kini tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab hakiki sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang.

“Will i be sad? (Adakah saya akan bersedih?). Semua sedia maklum walaupun saya pernah jadi Menteri Besar Perak dan sekarang tidak lagi pegang jawatan itu, saya percaya semua orang boleh nampak yang saya tidak bersedih.

“Malahan saya tambah semangat untuk memberi khidmat kepada rakyat dalam apa juga kapasiti, sekarang saya kembali dalam kapasti sebagai Ahli Parlimen Tambun dan ADUN Chenderiang.

“Dua tanggungjawab ini pun sudah cukup besar dan banyak dan kadang-kadang tak cukup masa untuk saya berikan perkhidmatan yang sebaik mungkin, jadi saya fikir untuk menjawab soalan itu, saya tak rasa saya akan sedih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang media secara maya selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.

Selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu, tumpuan negara kini terarah pada susunan Jemaah Menteri.

Pelbagai spekulasi mula dicanang dalam kalangan ahli politik berhubung senarai nama menteri Kabinet termasuk kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pada Isnin, Ismail Sabri memaklumkan, senarai nama menteri Kabinet beliau akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, beliau akan tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam menerajui pentadbiran negara.

“Saya sangat gembira apabila Perdana Menteri dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil, kerajaan yang boleh mengeluarkan negara kita daripada kesengsaraan ekonomi dan kesusahan dalam perihal sosial yang tidak dapat bergerak bebas.

“Saya akan tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Ismail Yaakob sebagai Perdana Menteri yang akan menubuhkan barisan Kabinetnya… saya akan sentiasa memberi kerjasama penuh kepada sesiapa juga yang bakal dilantik,” katanya lagi.


Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini

 

asimi Muhamad

Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan memutuskan Ketua Pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama kesemua parti pembangkang dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR: Wakil pemimpin Pakatan Harapan (PH) dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri pada pukul 2 petang Rabu.
Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan atas jemputan Pejabat Perdana Menteri itu disertai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam perkembangan sama, Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan telah memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama kesemua parti pembangkang dalam masa terdekat.

Semua salah kerajaan PN: Umno tidak pernah sertai kabinet Mahiaddin?

 


Sebaik sahaja Perdana Menteri (PM) dari parti Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan, naratif pemimpin dan media pro Umno tiba-tiba berubah terburu-buru menyalahkan pentadbiran PM Mahiaddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di atas segala masalah yang berlaku di Malaysia.



Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Johor, Faezuddin Puad, tindakan Umno ini merupakan usaha mengalihkan isu yang menghina tahap berfikir rakyat seolah-olah pemimpin Umno tidak pernah terlibat dalam kerajaan PN.



"Sangat tidak adil apabila Umno meletakkan kegagalan kerajaan PN hanya di bahu Mahiaddin seorang.



"Kerana selain pemimpin PN, pemimpin Umno turut berada dalam kabinet Mahiaddin, seramai 9 orang," katanya.



Beliau berkata, 9 orang tersebut adalah menteri kabinet dan timbalan menteri seperti Menteri Pertahanan - Ahli Parlimen Bera; Menteri Luar Negeri - Ahli Parlimen Sembrong; Menteri Kesihatan - Ahli Parlimen Tenggara; Menteri Sains & Teknologi - Ahli Parlimen Rembau; Menteri Pengajian Tinggi - Ahli Parlimen Parit Sulong; Menteri Perpaduan - Ahli Parlimen Kuala Pilah; Menteri Belia & Sukan - Ahli Parlimen Kepala Batas; Menteri Tenaga & Sumber Asli - Ahli Parlimen Lenggong dan Menteri Wilayah Persekutuan - Ahli Parlimen Ketereh.



Menurut Faezuddin, dengan jumlah sebanyak itu tidak masuk akal sekiranya kegagalan kerajaan PN hanya terletak di tangan Bersatu, Pas, GPS, MIC dan MCA sahaja, tidak dikongsi bersama para pemimpin Umno.



"Semua dasar, undang-undang, SOP dan lain-lain perkara diputuskan secara kolektif dalam mesyuarat kabinet. Semua ahli kabinet terlibat.



"Ini bermakna, sekiranya Mahiaddin daripada parti PN gagal bermakna parti Umno pun turut sama gagal.



"Mana boleh Umno lepas tangan begitu saja. Rakyat tak lupa, dengan sokongan Umnolah, Mahiaddin boleh menjadi PM ke 8.



"Itulah sebabnya para menteri mengundurkan diri bersama Mahiaddin. Kerana segala musibah yang sedang negara tanggung hari ini akibat kegagalan kerajaan PN adalah tanggungjawab bersama PN dan Umno," katanya.



Malah kata Faezuddin lagi, isu yang bermain di fikiran rakyat ketika ini adakah bekas menteri yang gagal dalam kerjaan PN selain Ismail akan dilantik semula sebagai menteri atau apakah yang boleh dilakukan oleh Ismail yang telah gagal untuk sebaliknya mencipta kejayaan memerintah negara.



"Sekarang mantan Menteri Pertahanan merangkap mantan Timbalan Perdana Menteri kerajaan gagal sedang mengepalai negara.



"Tak mustahil pula kita akan dapat kerajaan Gagal 2.0. Jadi bersiap sedialah," katanya lagi.


Adakah apa-apa menggembirakan daripada PM baharu sebelum Merdeka?

 

Sambutan hari kemerdekaan Malaysia tinggal lima hari namun tiada apa-apa berita gembira yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak mengangkat sumpah jawatan.

Supremo DAP, Kim Kit Siang berkata, rakyat sepatutnya beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara selepas Hari Kebangsaan ini dengan memenuhi tiga syarat iaitu, kurang daripada 500 kes baharu Covid-19, jumlah katil unit rawatan rapi yang mencukupi dan 60% populasi dewasa telah menerima vaksin.

Namun hal berkenaan, jelasnya, tidak kelihatan akan berlaku dalam tempoh terdekat.

"Sejak pengumuman Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021, negara kita tidak pernah mencapai syarat pertama; kurang daripada 4,000 kes harian menjelang hujung bulan Jun, memandangkan selain daripada dua hari pada 21 dan 22 Jun di mana kita mencatatkan 4,611 dan 4,743 kes, kita telah mencatatkan di antara 5,150 kes pada 16 Jun sehingga 9,353 kes pada 7 Julai sebelum mula mencatatkan kes harian dalam julat lima angka dengan angka tertinggi mencecah 23,564 kes pada 20 Ogos 2021.



"Apa yang jelas Pelan Pemulihan Negara mereka yang bertanggungjawab terhadap perang melawan wabak Covid-19 ini tidak menjangkakan langsung angka kes harian akan mencapai lima angka, kerana mereka menjangkakan penurunan di bawah 500 kes sehari selepas Hari Kebangsaan.

"Perkara ini adalah satu pengajaran amat mahal yang kita perlu insafi, daripada 15 Jun sehingga hari ini, terdapat 925,726 kes baharu yang memberikan purata sebanyak 13,224 kes sehari 10,484 kematian akibat Covid-19, purata sebanyak 150 kematian sehari, dan bukannya penurunan kepada julat di bawah 500 kes sehari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Kit Siang, dari segi penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) pula, kadar pesakit ICU masih lagi melebihi empat angka, perkara ini pertama kali dicatatkan pada 26 Julai 2021, dengan jumlah kes aktif mencapai kemuncak baharu 262,713 kes

Hanya kadar vaksinasi dalam Pelan Pemulihan Negara, katanya yang kelihatan boleh dicapai, terutamanya di negeri seperti Labuan (92.4% divaksinasi sepenuhnya), Sarawak (85.4%), Lembah Klang (85.2%), Negeri Sembilan (72.3%), Perlis (62.4%), sementara di negeri-negeri lain, kadar vaksinasi masih rendah seperti Pulau Pinang (47.1% ), Melaka (46.8%), Terengganu (42.7%), Perak (41.4%), Johor (38.8%), Kedah (38.3%), Kelantan (37.6%) dan Sabah (31.4%) yang memerlukan pecutan segera program vaksinasi.

"Tetapi, angka ini hanya mewakili populasi dewasa, iaitu mereka yang berusia 18 tahun ke atas yang terdiri daripada kira-kira 70% jumlah populasi negara.

"Oleh itu, keadaan buruk Covid-19 di negara kita memerlukan dasar, strategi, dan pendekatan baharu yang mesti melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat”.

"Memandangkan negara kita bakal memecahkan siling 1.6 juta kes terkumpul Covid-19 hari ini, dan bakal menyambut Hari Kebangsaan ke-64 yang amat suram dalam masa seminggu lagi, dengan lebih daripada 1.7 juta kes Covid-19 dan hampir 16,000 kematian akibat Covid-19 ini meletakkan Malaysia di tangga ke-23 di dunia, dengan jumlah kes terkumpul tertinggi," katanya.

Dalam pada itu, Kit Siang mahu PM baharu lebih peka dalam melantik pasukan yang lebih baik menangani Covid dan tidak mengharapkan pasukan kabinet Mahiaddin lalu dan telah gagal melaksanakan tanggungjawab.

"Perdana Menteri ke 9 telah pun masuk ke pejabatnya dengan jangkaan terendah daripada rakyat, tetapi saya bersedia untuk menggantung penilaian saya kepada beliau untuk memberikan peluang membuktikan semua suara sinis tersilap dan beliau mampu mencipta keadaan untuk membolehkan satu konsensus kebangsaan baharu dibina, bagi membantu negara kita berhadapan cabaran yang dihadapi 12 ke 18 bulan mendatang untuk menyatukan semua rakyat sebagai satu “Keluarga Malaysia”," katanya lagi.

Bagai Kit Siang, ujian pertama kepada Ismail akan tiba apabila beliau mengumumkan senarai Kabinet dan tindakan-tindakan beliau sebelum undian sokongan majoriti di Parlimen pada bulan hadapan.


WOIII...NAK TUNJUK APA GAMAKNYA NIH...


HAMZAH RIE NA


Penunggang Agama, tunggang selagi boleh. Pemanipulasi media. Jatuh tersungkur baru tahu.
Banyak lagi daratan kering, jangan perbodohkan diri laaaaa.



 May be an image of sitting and text that says "Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Official. 9h Kami tak pernah tinggal solat berjemaah, walaupun di atas air terjun! Di dalam bekerja, tidak pernah melupakan ibadah kepada Yang Maha Esa. Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah #TerusBerbakti #TenteraBajuMerah"

DIA CADANG ITU DIA CADANG INI...JAGA JAGA PAK LONG MAIL...MASUK LOBANG KALAU IKUT ORANG NYANYUK...

 

Tun M kata tak perlu uji keabsahan PM di Parlimen menerusi undi percaya


Tun M kata tak perlu uji keabsahan PM di Parlimen menerusi undi percaya



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa gesaan sesetengah pihak bagi melaksanakan undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilakukan secepat mungkin di Parlimen, adalah sesuatu yang tidak wajar.

Menurutnya, ia akan memberi kesan kepada imej politik negara di mata dunia luar sekiranya terdapat keputusan luar jangkaan seperti Perdana Menteri tidak menerima sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat diperoleh selepas proses undi percaya terbabit.

“Saya tidak fikir (perlu dilaksanakan undi percaya kepada Perdana Menteri), kita tidak mahu ada pertukaran lagi sekali (bagi jawatan) Perdana Menteri.

“Jadi, kalau (bawa usul undi percaya) pergi ke Parlimen, (dan) dia (Datuk Seri Ismail Sabri) tak dapat majoriti, (kita) kena tukar lain (Perdana Menteri)… jadi dunia sedang ketawakan (negara kita), kita tidak ada (perancangan) nak bagi jatuh (kerajaan ini),” kata Ahli Parlimen Langkawi tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menyatakan bahawa pihaknya mengambil keputusan untuk melihat dahulu nama-nama individu yang dipilih menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) serta Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 sebelum membuat pertimbangan sama ada mahu menyertainya ataupun tidak.

Dr Mahathir turut menyifatkan pengenalan nama “Keluarga Malaysia” tidak akan memberikan makna yang signifikan sekiranya tiada sifat sayangkan negara wujud dalam diri pemimpin atau rakyat di negara ini.

“Kita nak, orang (atau pemimpin) yang betul-betul sayang kepada negara, boleh tunjuk (melalui) cara (atau tindakan) dia, kalau panggil nama (lain dan) tukar (banyak kali) sekalipun (tetapi) masih buat kerja macam (kerajaan lama), itu tak (memberikan kesan) berguna,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi sempena Program #PulangKeLangkawi pada Selasa.

Pada Isnin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera dilakukan di Parlimen.

Menurut beliau, undi percaya itu juga perlu dilakukan untuk memastikan keabsahan sekali gus membolehkan Perdana Menteri menerajui negara tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.



Panas! Media dedahkan wujud individu tak penting cuba rosakkan imej Ismail Sabri

 


Panas! Media dedahkan wujud individu tak penting cuba rosakkan imej Ismail Sabri


Seorang wartawan menulis di laman Facebook peribadinya, ‘wujud tetamu yang tidak penting, tetapi merasakan dirinya penting’ semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kedah.

Wartawan tersebut, Kumaran Rajamoney yang bertugas untuk Buletin Utama TV3 menzahirkan rasa geram apabila orang-orang yang ingin ‘kredit tunjuk muka’ berada di sekitar Perdana Menteri.

Untuk kisah lanjut, berikut adalah penulisan yang dipetik daripada Facebook Kumaran Rajamoney mengenai pengalaman membuat liputan Ismail Sabri dan rasa geram yang timbul :

BILA TETAMU TAK PENTING RASA DIA PENTING

Semalam, tugasan rasmi pertama Perdana Menteri DS Ismail Sabri dimulakan di Kedah. Pengalaman karier beliau sebagai menteri bermula dari masa aku menjejak kaki ke dunia kewartawanan.

Jadi, sedikit sebanyak perjalanan ini melihat juga gerak beliau dalam penjawatan kerajaan. Jujur tak pernah jangka rezeki beliau akan bergelar Perdana Menteri. Orangnya memang dari dulu mesra media, mudah bagi kerjasama. Tahniah la ya Pak Mail. Kekal menjadi Pak Mail yang kami kenal.

Apa yang ingin dikongsi disini adalah, pengalaman semalam. Aku ingin zahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan media PM yang sebenarnya mudah cara urusan kami. Soalan tak disekat. Ruang diberikan. PRO bagus. Senang kami buat kerja. Tenang saja. Makasih! Juga harap kekal begitu selalu.

Cuma geramnya ni, yang merosakkan imej PM ni pun ramai juga. Kalangan orang-orang yang nak kredit “tunjuk muka”. Orang ni tak perlu dan tak penting pun dalam ini cerita.

Taulah ini lawatan rasmi beliau yang pertama, apalagi pada hari pertama beliau bertugas rasmi. Tak payahlah sampai satu batalion nak ikut sampai rosak soal SOP. Dia sendiri dalam PC sebagai Menteri Pertahanan sebelum ni ulang beribu kali minta patuh SOP.

Sekali, dia mai hangpa dok mengekoq dia macam tak jumpa-jumpa dah. Takkan hangpa nak suruh dia teguq hangpa kat situ. Jatuhlah ayaq muka hangpa. Kang sentap pulak. Sedaq sendiri la. Hang tu siapa…

Kalau takat jawatan politik, tak yah la ikut. Dok ja tepi. Tunggu kena masa, jumpa sembang la. Apa perlunya hang ikut sampai setiap sudut dia nak pi hang kena ada.

Pastu bila media teguq.. bebai ngan media. Ulang, hangpa ni siapa?? Galak sangat no hangpa nak masuk muka kat Paper dengan TV sampai penjawat awam hat yang kena bagi briefing kat PM dok mana hala dah.

Gamak hangpa buat perangai lagu tu.Toksah dok kata kat orang la kalau hangpa sendiri perosak imej. Pakat dok beringat na…. nak habaq tu ja. Sekian. Malaih nak bebel panjang… kang kata kita ni anti orang ni anti orang tu.

BAB MEMBODEK NO WAHID...BIL LETRIK DAH BAYAR BELUM

 


Menjelang pengumuman Kabinet: Ulama Pas beri amaran jangan sesiapa jadi ‘abang long’

LAPORAN HARI PERTAMA PAK LONG MAIL

 




PANAS!! ISMAIL SABRI BAKAL DIJATUHKAN DALAM PARLIMEN?

RENTASAN 953 | LANGKAH 'KHEMAH BESAR': AKHIRNYA PEMBANGKANG TERBUKTI SEP...







MENARIK DALAM RENTASAN 953

1. TERIMA KASIH DAN TERUSKAN PERJUANGAN: MAJLIS PRESIDEN PH 2. MUDAH SAJA UNTUK SALAHKAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN 3. JIKA PAKATAN HARAPAN DILANGGAR TODAK



TPM – JIKA BERSATU CALONKAN AZMIN, TIDAK BERETIKA UNTUK ISMAIL SABRI MENOLAKNYA

 


Nama Azmin Ali semakin hangat disebut-sebut sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri untuk digandingkan dengan Ismail Sabri Yaakob bagi menerajui negara.

Meskipun keputusan melantik Timbalan Perdana Menteri adalah hak mutlak Ismail Sabri selaku Perdana Menteri, maklumat daripada pelbagai pihak dalam Bersatu mengesahkan hampir pasti nama beliau akan dicalonkan bagi jawatan tersebut oleh parti pimpinan Mahiaddin Md Yasin itu.

Di sebalik empat nama disebut-sebut dan berminat bagi jawatan nombor dua itu – Azmin, Hamzah Zainuddin dan Redzuan Mohd Yusof dan Ahmad Faizal Azumu atau Peja – perkembangan setakat ini memperlihatkan Ahli Parlimen Gombak itu sedang mendahului carta persaingan.

Dikatakan juga, Mahiaddin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi PN sendiri lebih cenderung dan berminat untuk meletakkan Azmin bagi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu.

Azmin, Hamzah dan Redzuan berjawatan menteri sebelum ini, manakala Ahmad Faizal adalah Timbalan Presiden Bersatu.

Dalam perjumpaan antara pemimpin Bersatu baru-baru ini, isu pengisian jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah antara topik yang diperbincangkan dengan panjang lebar.

Rata-rata yang hadir bersetuju, di sebalik ada empat calon yang berminat, tetapi Bersatu harus mencalonkan hanya satu nama saja kepada Ismail Sabri.

Tujuan mengemukakan satu nama itu adalah untuk memperlihatkan Bersatu tiada perpecahan, selain agar Ismail Sabri tidak boleh berdalih untuk menolak atau memilih calon lain.

Seorang pemimpin Bersatu yang sejak awal bersama parti itu ketika dihubungi selepas perjumpaan tersebut tanpa ragu-ragu menyatakan Azmin akan diputuskan sebulat suara untuk dicadangkan kepada Perdana Menteri bagi diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Lagi pun kita percaya Azmin sebagai menteri kanan era Mahiaddin adalah gandingan terbaik untuk dipasangkan dengan Ismail Sabri bagi menerajui negara ini,” kata pemimpin Bersatu itu lagi.

Dengan perkembangan ini, sekiranya tiada apa-apa perubahan di saat-saat akhir, dalam susunan kabinet yang akan diumumkan Ismail Sabri minggu ini, akan tercatatlah nama Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dengan kedudukan gabungan PN memiliki 50 kerusi Parlimen, Ismail Sabri tidak seharusnya cuba menolak nama yang dicalonkan Bersatu itu nanti, meskipun UMNO secara umumnya agak kurang senang dengan Azmin, khususnya dalam isu berkaitan video Haziq.

Jika Ismail Sabri menolak nama Azmin, ia bermakna beliau tidak menghormati serta mengenang jasa Bersatu dan PN yang merupakan penyumbang kerusi terbesar menjadikannya berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Sudahlah Mahiaddin sedia meletakkan jawatan dan menyokong Ismail Sabri sebagai penggantinya yang sekaligus menjadikan UMNO mendapat kembali kerusi Perdana Menteri yang hilang dalam PRU14 lalu, maka amatlah tidak wajar dan tiada etika jika beliau tidak sedia membalas budi baik itu dengan sekadar menggantikannya dengan jawatan lebih rendah iaitu Timbalan Perdana Menteri kepada Bersatu.

Lagi pun, lihatlah juga bagaimana Mahiaddin begitu murah hati memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO sebelum ini dalam keadaan UMNO tidak meminta dan tidak mencalonkan sesiapa bagi jawatan itu.

Maka, jika Bersatu sudah mencalonkan nama Azmin, tidak sepatutnya lagi ada dolak-dalik dalam pertimbangan Ismail Sabri untuk memutuskannya.

Tambahan pula, jika Ismail Sabri mahu benar-benar selamat dalam undi percaya di Parlimen nanti, melantik Azmin adalah pilihan yang tidak boleh sama sekali untuk ditolak. –

 ShahbudinHusin 25/08/2021.




Berakhirnya zaman PM berlagak presiden di Malaysia


Oleh Liew Chin Tong

(Pengerusi DAP Johor dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan)

Amalan Perdana Menteri berlagak “presiden” di Malaysia sudah berakhir. Perdana Menteri tidak lagi dapat berkuasa sepenuhnya dalam sistem politik kita.

Pilihan Raya Umum 2018 telah menamatkan pemerintahan satu-parti UMNO yang mentadbir Malaysia sejak 1955, dua tahun sebelum negara kita merdeka. Komponen utama kerajaan satu-parti adalah kuasa besar yang tertumpu di tangan seorang Perdana Menteri yang juga merupakan presiden parti dominan dalam gabungan kerajaan.

Pada tahun 1990-an, ahli-ahli politik pembangkang selalu berseloroh bahawa, sementara Britain menukar Perdana Menteri setiap lima tahun dan ratunya memerintah seumur hidup, di Malaysia, pemilihan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia dibuat setiap lima tahun tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah seumur hidup. Tentunya hal tentang Dr Mahathir hanyalah sekadar jenaka tetapi itulah tanggapan ketika itu.

Perdana Menteri yang dulunya terlampau berkuasa

Kedudukan Perdana Menteri sering dilihat sebagai jawatan yang dipegang seolah-olah buat selama-lamanya. Biasanya berjuta-juta keping gambar Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri diedarkan ke pejabat kerajaan, hotel malah kedai kopi untuk digantung di dinding.

Dengan itu, lebih baik jika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang telah mengangkat sumpah pada hari Sabtu lalu sebagai Perdana Menteri kesembilan dan yang ketiga dalam tempoh tiga tahun, menumpukan tugas-tugasnya tanpa peduli sangat dengan pengedaran gambarnya sendiri. Maklumlah, tempoh pentadbiran beliau mungkin tidak begitu lama sangat.

Di zaman kemuncak kerajaan satu-parti UMNO, Perdana Menteri juga merupakan Menteri Kewangan. Dua orang Menteri Kewangan pertama – Tun HS Lee dan Tun Tan Siew Sin – adalah presiden MCA, rakan gabungan UMNO dalam kerajaan Perikatan. Kemudian, jawatan ini disandang oleh pemimpin-pemimpin politik kanan UMNO seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Daim Zainuddin, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Selepas pemecatan Anwar yang penuh kontroversi pada 1998 dan penamatan khidmat Daim sebagai Menteri Kewangan pada tahun 2001, Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri turut memegang jawatan tersebut. Perdana Menteri berikutnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Razak juga meneruskan amalan itu.

Berlakunya skandal kewangan terbesar 1MDB adalah kerana setiap proses semak dan imbang dalaman telah dihapuskan berikutan semua kuasa berpusat di tangan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan. 

Apabila kerajaan mengubah langkah daripada amalan pasaran bebas laissez faire kepada mengambil peranan yang lebih aktif dalam menerajui pembangunan dan ekonomi sejak tahun 1970-an, kuasa Unit Perancang Ekonomi dalam Jabatan Perdana Menteri berkembang secara mendadak.

Kuasa yang ada di tangan Perdana Menteri untuk menganugerahkan projek mengikut budi bicaranya memberi beliau kelebihan berbanding saingan politik di dalam dan luar kerajaan. Perdana Menteri juga memastikan sokongan terhadapnya sentiasa berterusan menerusi pengagihan kontrak dan jawatan pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan  berkanun.

Kuasa untuk menyiasat mengikut kehendaknya, menahan dan menekan musuh politik yang tidak disukainya menerusi polis, LHDN, SPRM dan entiti kerajaan lain telah menguatkan lagi senjata politik Perdana Menteri yang mempunyai kuasa presiden ini. Krisis perlembagaan 1988 yang menyaksikan pemecatan hakim-hakim kanan mengakibatkan penghakisan kuasa dan kebebasan badan kehakiman.

Kedua-dua krisis perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993 telah mengurangkan pengaruh dan kuasa institusi Raja berbanding dengan kuasa Perdana Menteri. Parlimen pula dianggap sebagai cop getah pihak eksekutif sementara media ditekan dan proses pilihan raya dimanipulasi.

Sejak tahun 1960, UMNO tidak lagi mengadakan pemilihan parti di peringkat negeri dan menggantikannya dengan pelantikan Badan Perhubungan Negeri oleh presiden parti. Ini membolehkan presiden parti yang juga Perdana Menteri mengawal Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri bawah pemerintahan UMNO.

Era baharu yang merumitkan 

Semasa era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dari tahun 2018 hingga 2020, kuasa Perdana Menteri dikurangkan dengan ketara melalui penubuhan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi memastikan ia berada di luar kawalan Jabatan Perdana Menteri. Perdana Menteri juga tidak boleh lagi memegang jawatan Menteri Kewangan, malah tidak mempunyai sebarang portfolio tambahan.

Kuasa pentadbiran dikongsi bersama kalangan parti-parti rakan. Usaha memperbaiki isu-isu seperti integriti kehakiman, reformasi parlimen, dan pelantikan lebih banyak golongan profesional dalam GLC juga dijalankan.

Malangnya, walaupun Mahathir dan Anwar sebelum ini bersetuju untuk bekerjasama menentang kezaliman Najib dan Barisan Nasional, kedua-dua pemimpin veteran ini tetap sangsi antara satu sama lain.

Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri ketujuh pada tahun 2018 setelah mentadbir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri keempat di antara tahun 1981 dan 2003.

Penyokong Anwar ingin melihat berakhirnya pemerintahan Mahathir sementara para penyokong bekas Perdana Menteri itu pula bimbang kelangsungan politik mereka akan disekat apabila Anwar menjadi Perdana Menteri. Permusuhan ini masih berlanjutan hingga hari ini.

Dalam PKR, retaknya hubungan di antara Anwar dan Azmin Ali, mendorong bekas orang kuat Anwar itu bersekongkol dengan musuh politik untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

UMNO yang dipimpin oleh Ahmad Zahid Hamidi, dengan sokongan bekas bosnya Najib Razak, juga berusaha untuk kembali berkuasa melalui apa jua cara sekalipun.

Muhyiddin Yassin, seorang bekas pemimpin kanan UMNO yang bergabung dengan Mahathir untuk bersama Pakatan Harapan, memilih untuk mengkhianati kerajaan setelah 22 bulan memenangi kuasa demi mengejar jawatan Perdana Menteri kelapan – melalui kerajaan Perikatan Nasional yang baharu bersama UMNO. 

Langkah Sheraton pada Februari 2020 telah menyatukan kumpulan yang berbeza impian dalam satu gabungan sementara untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Mahathir.

Muhyiddin mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020. Pada 9 Mac, ketika Muhyiddin mengumumkan barisan kabinetnya, dalam satu rencana saya telah menulis: “Sekarang Perdana Menteri juga menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi, dalam erti kata yang sebenar. Kabinet ini dibentuk atas faktor ketakutan Muhyiddin. Beliau sedar kedudukannya sentiasa terancam. Oleh itu,  Muhyiddin harus mengawal portfolio kewangan dan hal ehwal ekonomi – alat yang sangat efektif untuk membantu dirinya untuk terus berkuasa.

“Ketakutan adalah faktor terpenting yang mempengaruhi pilihan kabinet Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri takut dengan parti kawannya sendiri, antaranya adalah rakan-rakannya yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini.”

Sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan, Azmin merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Sebagai salah seorang perancang utama Langkah Sheraton, beliau tentunya berharap dapat menjadi Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Menteri Kewangan dalam kerajaan Perikatan Nasional. Sebaliknya, beliau “diturunkan pangkat” ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Portfolio ekonomi dipulangkan semula kepada Jabatan Perdana Menteri. Lantikan seorang teknokrat, iaitu Tengku Zafrul Aziz yang merupakan seorang pegawai kanan bank ke portfolio kewangan membolehkan Perdana Menteri menguasai Kementerian Kewangan. 

Hubungan kuasa baharu

Ketika Muhyiddin mengumumkan barisan kabinetnya tahun lalu, gabungan pentadbirannya awal-awal lagi sudah menunjukkan tanda-tanda retak, walaupun ia mengambil masa 17 bulan untuk benar-benar tumbang. 

Sepantas kilat UMNO tidak lagi mengakui bahawa ia merupakan sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional walaupun para pemimpinnya menganggotai kabinet Muhyiddin.

Sehingga saat akhir pentadbirannya, Muhyiddin masih bermati-matian mahu bergayut kepada jawatan Perdana Menteri yang bersifat presiden, menutup parlimen dengan mengisytiharkan  darurat, bertelagah dengan istana, dan menekan parti lawan sesuka hatinya, di samping  mengagihkan kontrak dan jawatan dengan niat membeli sokongan.

Perdana Menteri yang baharu ini pula hanya mempunyai sokongan 114 daripada 220 orang Ahli Parlimen. Beliau akan menghadapi cabaran dalaman yang sama seperti  Muhyiddin.

Ismail Sabri harus mengambil iktibar kenyataan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Ogos supaya memastikan tiada lagi politik dominasi, iaitu  “yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua”.

Beliau mesti berusaha membuka ruang kompromi politik dalam kalangan barisan kerajaan dan juga pakatan pembangkang. Dengan menginsafi bahawa Perdana Menteri boleh mentadbir walaupun dengan batasan kuasa, ini dapat membantu kita membina institusi dan proses politik yang lebih baik bagi memacu Malaysia ke hadapan.

Dengan tamatnya era Perdana Menteri yang berkuasa seperti presiden, hubungan kuasa baharu dalam kalangan parti-parti politik kerajaan dan semua pemegang taruh perlu dibangunkan, terutamanya dengan pembangkang di parlimen, pihak istana dan kesemua kerajaan negeri.

Lima parti pembangkang perlu dijemput bernaung dibawah ‘khemah besar’

 Lima parti pembangkang perlu dijemput bernaung dibawah ‘khemah besar’


Lima parti pembangkang perlu dijemput bernaung dibawah ‘khemah besar’. Pakatan Harapan (PH) perlu segera membuat jemputan rasmi kepada lima parti pembangkang sesuai dengan usaha menjayakan kerangka ‘Khemah Besar’.

Lima parti terbabit ialah Parti Warisan (Warisan), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Senator Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu berkata, PH harus berbuat demikian memandangkan jumlah 105 sokongan yang dimiliki oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak mencukupi.

Untuk rekod, Warisan diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempunyai lapan kerusi Dewan Rakyat manakala Pejuang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki empat kerusi.

Sementara itu, PSB mempunyai dua kerusi Parlimen manakala masing-masing satu kerusi milik Muda dan UPKO.

Dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah hari ini, mereka berpendapat PH perlu mengekalkan dan memperkasakan sokongan yang telah diperolehi daripada parti pembangkang yang lain.

Untuk rekod, Warisan diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempunyai lapan kerusi Dewan Rakyat manakala Pejuang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki empat kerusi.

Sementara itu, PSB mempunyai dua kerusi Parlimen manakala masing-masing satu kerusi milik Muda dan UPKO.

Dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah hari ini, mereka berpendapat PH perlu mengekalkan dan memperkasakan sokongan yang telah diperolehi daripada parti pembangkang yang lain.

“Jumlah sokongan 105 Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang dibuktikan pada 18 Ogos tempoh hari perlu dikekalkan dan diperkemaskan lagi dalam bentuk persefahaman yang lebih formal menuju Pilihan Raya Umum akan datang.

“Langkah ini juga amat bertepatan dengan hasrat dan pendirian yang telah dinyatakan oleh Harapan untuk membina kerjasama dikalangan parti-parti pembangkang mengikut kerangka ‘Khemah Besar’,” kata ketiga-tiga pemimpin wanita itu.

Mereka juga menyifatkan kebersamaan blok pembangkang perlu diikat kemas supaya sokongan padu dan kekuatan angka 105 dapat menyakinkan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bahawa Harapan merupakan pilihan paling tepat untuk memimpin Malaysia.