Lima parti pembangkang perlu dijemput bernaung dibawah ‘khemah besar’

 Lima parti pembangkang perlu dijemput bernaung dibawah ‘khemah besar’

Lima parti pembangkang perlu dijemput bernaung dibawah ‘khemah besar’. Pakatan Harapan (PH) perlu segera membuat jemputan rasmi kepada lima parti pembangkang sesuai dengan usaha menjayakan kerangka ‘Khemah Besar’.

Lima parti terbabit ialah Parti Warisan (Warisan), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Senator Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu berkata, PH harus berbuat demikian memandangkan jumlah 105 sokongan yang dimiliki oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak mencukupi.

Untuk rekod, Warisan diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempunyai lapan kerusi Dewan Rakyat manakala Pejuang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki empat kerusi.

Sementara itu, PSB mempunyai dua kerusi Parlimen manakala masing-masing satu kerusi milik Muda dan UPKO.

Dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah hari ini, mereka berpendapat PH perlu mengekalkan dan memperkasakan sokongan yang telah diperolehi daripada parti pembangkang yang lain.

“Jumlah sokongan 105 Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang dibuktikan pada 18 Ogos tempoh hari perlu dikekalkan dan diperkemaskan lagi dalam bentuk persefahaman yang lebih formal menuju Pilihan Raya Umum akan datang.

“Langkah ini juga amat bertepatan dengan hasrat dan pendirian yang telah dinyatakan oleh Harapan untuk membina kerjasama dikalangan parti-parti pembangkang mengikut kerangka ‘Khemah Besar’,” kata ketiga-tiga pemimpin wanita itu.

Mereka juga menyifatkan kebersamaan blok pembangkang perlu diikat kemas supaya sokongan padu dan kekuatan angka 105 dapat menyakinkan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bahawa Harapan merupakan pilihan paling tepat untuk memimpin Malaysia.

No comments: