Panas! Mukhriz dicadang ganti Anwar sebagai ketua pembangkang
“Tok bos for ketua pembangkang?”
Di dalam Parlimen skrg terdapat 3 blok iaitu Kerajaan, PH dan Bebas. Seperti yang kita sedia maklum, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen kini disandang oleh DS Anwar Ibrahim dari PH.
Waima begitu, jawatan Ketua Pembangkang sebenarnya juga boleh dilantik dari kalangan Ahli Parlimen pembangkang dari blok Bebas. Ia bukan jawatan hakiki untuk blok PH. Antara nama yang ada ialah DS Shafie Apdal & DSU Mukhriz Mahathir.
Oleh itu, tidaklah salah jika kami dari Parti Pejuang Tanahair Johor Bahru ingin mencadangkan agar DSU Mukhriz Mahathir untuk dipertimbangkan sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan penyandang sedia ada.
Berbekalkan pengalaman dan keupayaan beliau selama ini, kami yakin beliau dapat menggalas tanggungjawab dengan baik dan kekal berprinsip. Ia juga bakal memberikan nafas baru kepada dinamika Pembangkang di Malaysia.
Dari kami jual nama orang lain, baik kami jual nama Presiden parti kami sendiri.
Tak gitu ka?
TMOfficial
Sumber | Facebook Zainal Nor Official