Seorang wartawan menulis di laman Facebook peribadinya, ‘wujud tetamu yang tidak penting, tetapi merasakan dirinya penting’ semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kedah.
Wartawan tersebut, Kumaran Rajamoney yang bertugas untuk Buletin Utama TV3 menzahirkan rasa geram apabila orang-orang yang ingin ‘kredit tunjuk muka’ berada di sekitar Perdana Menteri.
Untuk kisah lanjut, berikut adalah penulisan yang dipetik daripada Facebook Kumaran Rajamoney mengenai pengalaman membuat liputan Ismail Sabri dan rasa geram yang timbul :
BILA TETAMU TAK PENTING RASA DIA PENTING
Semalam, tugasan rasmi pertama Perdana Menteri DS Ismail Sabri dimulakan di Kedah. Pengalaman karier beliau sebagai menteri bermula dari masa aku menjejak kaki ke dunia kewartawanan.
Jadi, sedikit sebanyak perjalanan ini melihat juga gerak beliau dalam penjawatan kerajaan. Jujur tak pernah jangka rezeki beliau akan bergelar Perdana Menteri. Orangnya memang dari dulu mesra media, mudah bagi kerjasama. Tahniah la ya Pak Mail. Kekal menjadi Pak Mail yang kami kenal.
Apa yang ingin dikongsi disini adalah, pengalaman semalam. Aku ingin zahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan media PM yang sebenarnya mudah cara urusan kami. Soalan tak disekat. Ruang diberikan. PRO bagus. Senang kami buat kerja. Tenang saja. Makasih! Juga harap kekal begitu selalu.
Cuma geramnya ni, yang merosakkan imej PM ni pun ramai juga. Kalangan orang-orang yang nak kredit “tunjuk muka”. Orang ni tak perlu dan tak penting pun dalam ini cerita.
Taulah ini lawatan rasmi beliau yang pertama, apalagi pada hari pertama beliau bertugas rasmi. Tak payahlah sampai satu batalion nak ikut sampai rosak soal SOP. Dia sendiri dalam PC sebagai Menteri Pertahanan sebelum ni ulang beribu kali minta patuh SOP.
Sekali, dia mai hangpa dok mengekoq dia macam tak jumpa-jumpa dah. Takkan hangpa nak suruh dia teguq hangpa kat situ. Jatuhlah ayaq muka hangpa. Kang sentap pulak. Sedaq sendiri la. Hang tu siapa…
Kalau takat jawatan politik, tak yah la ikut. Dok ja tepi. Tunggu kena masa, jumpa sembang la. Apa perlunya hang ikut sampai setiap sudut dia nak pi hang kena ada.
Pastu bila media teguq.. bebai ngan media. Ulang, hangpa ni siapa?? Galak sangat no hangpa nak masuk muka kat Paper dengan TV sampai penjawat awam hat yang kena bagi briefing kat PM dok mana hala dah.
Gamak hangpa buat perangai lagu tu.Toksah dok kata kat orang la kalau hangpa sendiri perosak imej. Pakat dok beringat na…. nak habaq tu ja. Sekian. Malaih nak bebel panjang… kang kata kita ni anti orang ni anti orang tu.