TUN TANDING 120 PARLIMEN UMPAN PERPECAHAN

 

May be an image of 2 people



NORMAN RADZUAN

Realitstik atau tidak PKR bertanding 222 Parlimen?

TUN TANDING 120 PARLIMEN UMPAN PERPECAHAN

Beberapa hari selepas kegagalan PH menjadi kerajaan sekali lagi bebanan tersebut diletakkan kpd Anwar Ibrahim. Yg sgt mengecewakan ia hadir daripada anak2 muda parti Melayu, Amanah. Ia suasana yg sungguh tidak 'harmoni', 'cetek ilmu sains politik' dan 'jenis mengharap kpd org lain'.

a)Kenyataan anak muda itu tidak harmoni dlm kepelbagaian parti dan disiplinnya ( tidak menghormati parti kawan dan tidak menghormati kepimpinan ). Jika profesional atau ada jiwa pejuangan sepatutnya mereka mahu diperkuatkan parti (PH).

b)Lemah Sains Politik apabila mahu menukar pengerusi tapi mereka tidak mampu meletakkan siapakah calon yg mempunyai kualiti seperti yg kita ada skg ini. Mereka mudah terpedaya dgn Tun. Barangkali kerana kepimpinan mereka tidak jujur memberi alasan kenapa perlu bersama Tun yg menjatuhkan kerajaan PH

Kelmarin Tun beritahu Pejuang akn bertanding 120 kerusi Parlimen. Anda ingat ia realistik? Tanya saya ia sgt mengarut. Bersatu yg pernah menjadi kerajaan pun tidak mampu mempunyai grassroots yg hebat sepertimana UMNO, PAS, PKR dan DAP.... apatah lagi Pejuang. Jadi kenapa Tun keluarkan kenyataan itu?

Ia sebenarnya sebagai signal utk mengumpan kpd mana2 parti dlm PH utk bersamanya membentuk jajaran baru. Jgn terkejut jika Pejuang menawarkan 50 kerusi Parlimen kpd mana2 parti di dlm PH yg bersamanya. Ia umpama jerat tikus... mana2 tikus meleleh umpan yg diletakkan di dlm sangkar akn masuk perangkapnya.

Siapa tak mahu ada tajaan?... itu sekadar andaian saya. Pecah dan perintah memang kepakaran beliau. Ini pandangan politik saya kenapa beliau mahu bertanding 120 Parlimen. Kenapa 120? ... ia kawasan majoriti Melayu. Ia mahu penyokong atau pengundi PH terpecah dua. Beliau sendiri yg sinis sikap org Melayu apabila kecewa wujudkan parti baru sdgkan beliau sendiri berbuat demikian.

c) Pernah tak anda mempunyai rakan yg bersama sama ingin membuka peniagaan tetapi dia tidak mahu keluarkan modal tetapi mahu menjadi menjadi rakan kongsi?

Rakan kita ini tidak mahu menanggung risiko tetapi mengharap peniagaan yg dirancang itu berjaya. Jika sukses dia akn meminta share dlm company tapi jika gagal dia akn berkata, " Tu la aku tak mahu bagi modal. Hampa cakap aku tak mahu dengar. Ikut kepala hampa saja". Dia salahkan rakan2 tadi sdgkan dia modal pun tak keluar. Jenis manusia mcm ini mahu hidup senang cara mudah tanpa mahu berusaha atau mengambil risiko sendiri.

PKR bertanding 222 ibarat marah nyamuk kelambu dibakar

Saya agak skeptikal bila ada yg mahu parti (PKR) bertanding 222 Parlimen. Berbeza pandangan saling menegur ia perkara biasa dlm sesebuah organisasi apatah melibatkan parti2 yg berbeza di dlm PH. Sepatutnya pemimpin parti masing2 menunjukkan komitmen ke arah perpaduan perkuatkan parti dan bukan membiarkan perpecahan. Itulah silapnya pimpinan PH.

Cuma saya ingin menegur ramai juga ahli2 parti yg mahu PKR bersendirian bertanding 222 Parlimen. Bagi saya niat tersebut terlalu mengikut amarah hati. Saya ingin bertanya apa kekuatan PKR bertanding sindirian?

Sebenarnya PKR, DAP dan Amanah saling memerlukan sesama sendiri. Perpecahan berlaku bila hadirnya Tun. Sdgkn sejak 2008 PR/PH sudah solid. PAS ternoda dgn Najib dan skg Amanah dilihat ternoda dgn Tun. Jika PAS dahulu tidak terpedaya dgn Najib, mereka sudah menjadi sebahagian yg kukuh dlm kerajaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Malaysia.

Pandangan saya sikap Amanah dan DAP mahu bekerjasama dgn Tun bukan memperkukuhkan PH tapi memecah belahkan sahaja. Saya masih boleh terima jika ingin bekerjasama dgn Warisan tetapi utk bekerjasama dgn Tun memperlihatkan pemimpin tidak ada daya pemikiran yg kritis dan hidup terlalu bergantung dgn org lain.

Apakah Amanah dan DAP tidak yakin dgn PH? Di mana kekuatan Tun? Di kala Tun menjadi PM kita kalah berturut turut dlm PRK. Lojikkah umur 96 tahun mahu aktif dlm politik utk rakyat? Tun mahu buy time selagi dia bernyawa utk menidakkan Anwar menjadi PM.

Tanya saya, mengajak parti bertanding 222 Parlimen suatu perkara yg melucukan. Tiada asas... lagipun tiada parti dlm negara yg mampu berbuat demikian. Di mana asasnya kekuatan PKR bersendirian?

Simple matematiknya adakah PKR mempunyai 5 juta keahlian? Adakah PKR mempunyai dana ratusan juta ringgit utk menanggung kos PRU utk bertanding 222 Parlimen tersebut? Ia tidak boleh hanya ada dgn semangat sahaja tetapi kita mesti ada strategi.

Rasulullah saw walaupun tahu dan yakin bantuan Allah tapi baginda sebelum berperang bermesyuarat memasang strategi. Ada yg digali longkang, ada pasukan berkuda mengeliling bukit, ada skuad pemanah... malah baginda sendiri memakai lengkap pakaian perang. Rasulullah tidak berperang dgn takbir dan semangat begitu sahaja.

PKR, DAP dan Amanah masing2 tidak mampu bersendirian. Kita boleh menegur mana2 pimpinan yg tidak betul, tapi kita jgn berkata kita mampu sendirian walaupun PKR ini parti berbilang kaum. Ya benar PKR ada strong support from urban states seperti di Selangor, Penang, KL dan Johor. Tapi demografi Malaysia ini sgt unik.

Unity sahaja dari skg. Berbincang dari sekarang dgn Warisan. Warisan mampu berjaya dgn sokongan PKR dan DAP di Sabah. PH juga boleh berjaya dgn sokongan Warisan. Tapi jika Warisan masih mahu bersama Tun...tinggalkan mereka dan perkukuhkan saja PH. Kalau kita berpecah kita akan gagal... rasional dan percayalah bertanding 222 Parlimen itu adalah pilihan yg akn menghancurkan harapan rakyat.

 

No comments: