((GEMPAR)) DATO KAMAL: UMNO AKAN KELUAR KERAJAAN 25 APRIL? KERAJAAN PN T...

KEH...KEH...KEH....YANG INI PALING DEEP.....

 

“Bila Pas tadbir ingatkan dapat RUU355, tapi dapat GDBET 333”

PH Sarawak kini sokong Anwar selepas Shafie kalah, kata penganalisis

 

Penganalisis Awang Azman Awang Pawi berkata, keputusan DAP menyokong Anwar Ibrahim mungkin dapat meyakinkan pengundi bahawa PH Sarawak tiada masalah dengan kepimpinan di peringkat nasional.

KUCHING: Penganalisis politik berkata, Pakatan Harapan (PH) Sarawak, khasnya DAP, tiada pilihan kecuali menyuarakan sokongan untuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri untuk pilihan raya umum ke-15.

Penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata, keputusan itu tidak semestinya dapat membantu mereka mendapat lebih banyak undi, tetapi dapat meyakinkan orang ramai bahawa mereka tiada masalah dengan kepimpinan di peringkat nasional.

Awang Azman Awang Pawi

“Sukar untuk PH mendapat sokongan kuat di Sarawak kerana mereka gagal memenuhi manifesto PRU14 mereka, khasnya selepas janji untuk meningkatkan bayaran royalti minyak kepada 20%.

“Selain itu, rakyat ‘tidak selesa’ dengan seorang pemimpin DAP yang berkata Sarawak akan bankrap dalam tiga tahun,” katanya kepada FMT yang jelas merujuk kepada bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.

Awang Azman mengulas kenyataan Setiausaha PH Sarawak dan senator DAP, Alan Ling bahawa PH negeri itu akan menyokong Anwar serta berharap pengundi akan memberi gabungan itu satu lagi peluang pada PRU15.

Bagaimanapun, tahun lalu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dilaporkan berkata, mereka akan menyokong ketua menteri Sabah ketika itu, Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri, walaupun Anwar ialah pilihan Majlis Presiden PH.

Awang Azman berkata, keputusan itu menyebabkan “hubungan dingin” antara DAP dan PKR di Sarawak.

“DAP sekarang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, ketika PKR semakin kuat di Semenanjung, jadi mereka mahu menunjukkan PH bersatu di peringkat negeri dan nasional.”

Azmi Hassan

Seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan turut bersetuju bahawa PH Sarawak tiada pilihan lain, kecuali memberi sokongan kepada Anwar selepas Warisan dan sekutunya kalah dalam pilihan raya negeri di Sabah tahun lalu.

“Untuk Sabah dan Sarawak, sudah tentu Shafie ialah pilihan lebih baik, tetapi beliau mempunyai pengaruh terhad di Semenanjung.

“Tambahan, beliau sudah kalah di Sabah – yang mungkin antara alasan PH Sarawak memutuskan untuk menyokong Anwar sekarang.”

Azmi berkata, Anwar kekal sebagai pemimpin paling berkebolehan dalam PH untuk jawatan perdana menteri kerana DAP tidak mungkin mencalonkan individu bukan Melayu bagi jawatan itu.

“Jadi, penting untuk semua parti dalam PH mempunyai kata sepakat mengenai calon mereka pada PRU15.

“PH Sarawak kini menyokong Anwar sepenuhnya walaupun mereka memilih Shafie sebelum ini.”



Ahli Parlimen Batu puas hati respons positif Datuk Bandar KL mengenai masalah penduduk

 



Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran berpuas hati dengan respons positif dalam mesyuarat bersama Datuk bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Menurut Prabakaran, perjumpaan bulanan itu tertumpu kepada permasalahan perumahan PPR Batu Muda dan PPR Sri Aman.

"Pelbagai masalah perumahan yang dihadapi oleh penduduk PPR di kawasan Parlimen Batu telah diketengahkan oleh saya kepada Datuk Bandar.

"Dalam perjumpaan ini juga saya sempat menghantar satu memorandum kepada Datuk Bandar mengenai isu yang dialami oleh peneroka bandar Kampung Peel yang terjejas dengan projek pembangunan syarikat UDA Holdings Berhad.

"Saya telah membawa isu Kampung Peel atas kapasiti saya sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan," katanya.

Kata Prabakaran lagi, perjumpaan yang berlangsung selama lebih kurang satu jam itu telah memberikan peluang kepada beliau untuk berbincang secara terbuka masalah-masalah rakyat di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dengan campurtangan serta bantuan dari pihak Datuk Bandar, beliau mengharapkan masalah yang dibawa akan mendapat perhatian dalam waktu terdekat.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen dari blok pembangkang yang menghadapi pelbagai kesukaran dari segi komunikasi dengan jabatan kerajaan dan dari segi dana, saya tetap akan berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan penuh dedikasi.

"Terima kasih kepada Datuk Bandar kerana meluangkan masa mendengar permasalahan penduduk Kuala Lumpur terutamanya penduduk kawasan Parlimen Batu," katanya lagi.



HARGA AYAM SUSAH NAK KAWAL, BAGAIMANA NAK KAWAL EKONOMI NEGARA


BERAPA KOS MAJLIS IFTAR PR1MA, PEMBELI TERUS ‘IKAT PERUT’?


Tular tangkap layar kerjasama Malakat Mall dengan GM Klang, relevan lagi ke kempen BMF?

 


Tular tangkap layar kerjasama Malakat Mall dengan GM Klang, relevan lagi ke kempen BMF?

Pernah aku pergi ke Malakat Mall tu. Terus-teranglah, aku pergi bukan untuk membeli-belah, tapi sekadar untuk melihat-lihat.

Kalau betul-betul nak shopping, aku akan ke tempat lain. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Aku nampak, ada juga (semasa itu, sekarang aku tak tahu) barang-barang “non Muslim” tapi diletak di rak yang berbeza atau di lapisan bawah rak.

Ringkasnya, ada “kasta”. Kasta BMF dan non BMF. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Aku ronda-ronda seluruh mall. Barang-barangnya tersusun rapi. Pekerjanya agak ramai. Semuanya Melayu Muslim. Beruniform.

Secara asasnya, dari sudut susunan, menarik dan kemas. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.


Kebanyakan produk BMF adalah produk makanan. Ya, itulah yang orang kita pandai buat terutama makanan sejuk beku dan makanan segera.

Aku beli juga roti canai segera. Belilah, dah pergi. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Semua orang tahu, walaupun namanya produk Muslim, tapi bahan mentah terutama bahan utama, pengeluar Muslim membelinya daripada non Muslim juga.

Ringkasnya, jenama dan pembungkusan memang “Muslim” tapi sebahagian besar bahan mentah “non Muslim”. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Di luar premis, dilekatkan gambar pahlawan Melayu dengan kata-kata hikmat masing-masing. Mungkin bertujuan untuk mengambil semangat Melayu untuk melariskan bisnes.

Aku tumpang bangga dan bersemangat dengan gambar pahlawan itu. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Hari ini aku terbaca mall berkenaan bekerjasama dengan syarikat non Malay (berdasarkan gambar), GM Klang. Pengarah Urusan GM Klang ialah Lim Sek Kok (2015).

Nama sebegitu, rasanya bukan nama Melayu Muslim. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Kemana perginya BMF? Dulu, sesiapa tak setuju BMF dimaki, dituduh tak bantu orang Islam. Ada mufti yang turut terpengaruh dan tumpang sekaki berkempen.

Kini, kerjasama dengan bukan Melayu Muslim, masih relevankah kempen itu? Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Aku nak cerita apa? Aku nak cerita, aku tak sokong kempen BMF. Itu saja. – MHD







JUDI – KENAPA SUARA PAS BERBEZA BILA SUDAH JADI KERAJAAN?


 Selama ini, Pas selalu menampakkan mereka adalah parti yang paling kuat menentang judi.

Semua judi, tidak setakat haram, bahkan mahu diharamkan terus operasinya oleh Pas.

Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, perkara itu memang sesuatu yang wajar, malah cukup mulia.

Ketika berada sebagai pembangkang, Pas bukan saja bercakap dan membangkitkan penentangan terhadap judi di Parlimen dan Dun serta di pentas-pentas ceramah, malah sehingga ke mimbar khutbah di masjid-masjid di mana saja mereka ada peluang berbuat demikian.

Video Player
00:00
05:40

Seolah-olah gambarannya, apabila Pas ditakdirkan ada kuasa, maka bersihlah negara ini daripada segala bentuk perjudian.


Tetapi, sejak berada di dalam kerajaan bersama PN, suara Pas berkaitan judi nampaknya kian tenggelam dan menghilang.

Di mana sekarang suara-suara Pas mahu mengharamkan semua bentuk judi, kasino genting dan segala macam judi berlesen dan tidak berlesen yang sering mereka ucapkan di ceramah-ceramah sebelum ini?

Bukankah ketika sudah berada dalam kerajaan ketika ini ia merupakan masa paling sesuai untuk Pas, selain terus bersuara, bahkan menggesa kerajaan yang mereka sendiri adalah sebahagiannya agar judi diharamkan sama sekali?

Yang lebih buruk, di samping suara mengharamkan judi tidak lagi kedengaran, jumlah cabutan khas judi yang bertambah daripada 8 kepada 22 setahun di era PN ini pun ternampak Pas tidak mampu lagi berbuat apa-apa.

Apakah Pas dan para pemimpinnya tidak takut lagi kepada Tuhan sebagaimana mereka menjunjung tinggi perintah Tuhan sewaktu jadi pembangkang dulu?

Ketika baru-baru ini heboh mengenai isu promosi judi dalam iklan Hari Raya, yang digesa dan dibantah pun hanyalah tentang mengiklankan judi dalam talian yang dianggap tidak wajar dan menghina umat Islam saja.

Kenapa tiada desakan daripada Pas agar judi dalam talian itu sendiri diharamkan terus atau disekat oleh kerajaan sebagaimana sekatan dilakukan terhadap laman-laman lucah?

Kalau berkaitan SugarBook, bukan main lagi Pas menentang agar iklan promosi dan laman web itu diharamkan, tetapi kenapa dalam isu judi dalam talian, tiada gesaan lantang agar kerajaan menyekatnya sama?

Apa sudah jadi dengan Pas?

Apakah sebagaimana manusia biasanya jadi malas dan asyik nak tertidur bila kekenyangan, Pas juga jadi sedemikian setelah kenyang dengan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan PN sekarang? 


(Shahbudindotcom 21/04/2021)





Pemimpin PH halang rancangan Dr M pecat Yeo, dakwa Chin Tong



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah bercadang memecat Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar. Perkara itu didedahkan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dalam kandungan buku baru tulisan beliau berjudul 'Lim Kit Siang: Patriot, Leader, Fighter'. Kata Liew, Mahathir bercadang membuat sedikit rombakan dengan menggantikan Yeo ketika mesyuarat kabinet berlangung pada 21 Ogos 2019. Bagaimanapun katanya, pemimpin PH berjaya menghalang Mahathir daripada melaksanakan rombakan kabinet itu dan Yeo kekal menjadi menteri berkaitan.




Kenapa perlu ‘jarah’ dana amanah untuk vaksin, soal Najib

 

Najib Razak berkata ketika beliau menjadi perdana menteri Kumpulan Wang Amanah Nasional berkembang hampir empat kali ganda menjadi lebih RM16 bilion.

PETALING JAYA: Najib Razak mempertikaikan perlunya dana tambahan untuk membeli vaksin susulan ordinan darurat baharu diluluskan yang membolehkan kerajaan menggunakan kumpulan wang amanah kebangsaan bagi tujuan itu.

“Saya tiada masalah jika pindaan pada Akta KWAP hari ini adalah untuk tujuan vaksin Covid namun saya ada keraguan apa yang terjadi kepada peruntukan sebanyak RM3 bilion dalam belanjawan tahun 2021 yang diluluskan dalam Parlimen pada tahun lalu,” kata bekas perdana menteri di Facebook.

Kenyataannya itu merujuk kepada jumlah yang telah diperuntukkan bagi pembelian vaksin.

Menurutnya, Putrajaya sebelum ini berkata peruntukan RM2 bilion itu mencukupi untuk memvaksin 83% rakyat Malaysia, manakala RM1 bilion akan digunakan untuk menyimpan dan mengagihkan vaksin berkenaan.

Bagaimanapun, selepas darurat diisytiharkan, peruntukan RM3 bilion untuk vaksin ditambah kepada RM5 bilion atas alasan kerajaan mahu mempercepatkan sasaran untuk memvaksin 80% daripada 32 juta penduduknya sebelum Disember dan bukan Februari 2022 seperti dirancang.

Najib menyoal kenapa tambahan RM2 bilion diperlukan untuk memendekkan tempoh vaksin itu sekadar dua bulan.

“Apa telah terjadi dengan peruntukan asal RM3 bilion untuk vaksin dalam bajet 2021, dana dari hasil penjualan aset negara (dan) rizab-rizab tunai kerajaan lain… sehingga dana KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara) perlu dijarah?” soalnya.

Najib berkata tiada pengeluaran KWAN ketika beliau menjadi perdana menteri, malah ia berkembang hampir empat kali ganda menjadi lebih RM16 bilion pada akhir 2017.

Kerajaan hari ini meluluskan ordinan darurat baharu yang meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 untuk membolehkannya digunakan bagi pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan.

Dana yang ditubuhkan pada 1988 dan diuruskan Bank Negara Malaysia itu dilaporkan mempunyai aset bernilai RM16.9 bilion setakat akhir 2017, dengan Petronas sebagai penyumbang paling penting.

Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini antara lain menyatakan dana itu boleh digunakan untuk pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan bagi epidemik sebarang penyakit berjangkit seperti dikhususkan di bawah Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)”.

Ordinan itu berkuat kuasa serta-merta.





PN Kerajaan gagal, Pas kerajaan IT (Ikut Terlintas) #tamatdarurat

EKONOMI MERUDUM BUKAN PEMBOHONGAN



"Memandangkan kewangan kerajaan sudah tegang dan hampir dengan had hutang yang meningkat sebanyak 60 peratus daripada KDNK," katanya. Fitch Solutions merupakan cabang firma penyelidikan Fitch Group yang ternama di seluruh dunia.



Zeti Bakal Di Dakwa? - Lokman Adam

RENTASAN 873 | PANAS!!! WUJUD CUBAAN SABOTAJ KERAJAAN NEGERI DAPATKAN BE...






MENARIK DALAM RENTASAN 873
1. KENAPA MALAYSIA GAGAL DALAM PERANG MELAWAN COVID-19? 2. ANTARA DUA DARJAT - PELAJAR MANGSA TERKINI 3. JANGAN PERLEKEH ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN 4. KARTEL POLIS - RAKYAT MOHON KETELUSAN!









KEH..KEH..KEH...JAWAPAN DIA NI MACAM TAHUN 80AN.....

 

Kadar pengangguran Malaysia tak seteruk negara lain, kata menteri

Tengku Zafrul Aziz berkata, kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan baru tahun ini.

PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz berkata kadar pengangguran 4.8% yang dicatatkan Malaysia pada Februari lebih baik daripada negara lain.

Beliau memberi contoh kadar pengangguran di Filipina pada tahap 8.7%, India (6.9%) dan malah Amerika Syarikat (6.2%).

Katanya, kadar itu lebih baik daripada 5.3% yang direkodkan pada Mei 2020 dan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menghadapi kemerosotan ekonomi pada 2020.

“Jika kita lihat pada 2020, sebenarnya ada 150 negara yang menghadapi penguncupan. Ini bukannya krisis ekonomi Malaysia, ini ialah krisis ekonomi global,” katanya dalam program “Bicara Naratif” RTM.

“Apa yang penting ialah melalui Majlis Pekerjaan Negara, kami cuba melakukan yang terbaik untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam negara,” katanya sambil menambah kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan baru tahun ini.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan mengumumkan jumlah individu yang diambil bekerja di Malaysia meningkat untuk tiga bulan berturut-turut, dengan 33,000 orang menyertai pasaran buruh Februari lalu.

Katanya, kadar pengangguran menurun kepada 4.8% pada bulan sama, iaitu berkurangan 0.1% berbanding Januari lalu.

Jabatan itu mendapati kadar pengangguran belia berusia 15 hingga 24 tahun meningkat sebanyak 0.4% kepada 13.9% atau 347,600 orang pada Februari lalu.

Ini ialah peningkatan sebanyak 52,400 orang berbanding 295,300 orang pada Januari lalu.



Anwar Ibrahim: Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa ...


KENYATAAN MEDIA - 21 April 2021 Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita merudum 18 anak tangga ke 119 dari 180 negara, menurut Indeks Tahunan Kebebasan Akhbar yang dijalankan oleh Reporters Without Borders’ (RSF). RSF mengaitkan penurunan ini dengan tindakan dan sikap kerajaan PN. Kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu telah diakui oleh RSF sebagai penanda aras bahawa aspek kebebasan media akan bertambah baik setelah rekod buruk di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Rekod dan pencapaian terbaik Malaysia adalah naik ke tangga 101 menurut laporan RSF tahun 2020 kesan dari agenda reformasi selama 2 tahun. Kembalinya pemerintahan kuku besi bersama dengan pendakwaan serta pelanggaran hukum dan etika kewartawanan menjadi antara sikap kerajaan PN yang terus mencemari reputasi kebebasan media di negara ini. RSF juga menyebut bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) hanya bertindak sebagai lidah propaganda kerajaan, serta Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terus menjadi senjata ampuh kerajaan untuk membungkam wartawan dan menjadi batu penghalang dalam menghidup serta menyemarakkan kebebasan media. Terkini, langkah dan tindakan agresif kerajaan yang berpangkal dari Pengisytiharan Darurat pada bulan Januari 2021 yang lalu nampaknya akan terus memburukkan rekod kita pada tahun 2021. Situasi ini sangat membingungkan tatkala kita tahu bahawa fungsi Darurat adalah untuk meningkat keupayaan negara dalam melawan penularan COVID-19. Namun, nampaknya ia tidak membantu malah gagal dalam mengurus dan mengemudi. Aspek kebebasan dan media yang terbuka adalah ciri penting mana-mana sistem demokrasi, termasuk kita. Pelecehan terhadap aspek ini tidak hanya mengukuhkan pandangan jelek kita terhadap kerajaan PN, malah ia akan menekan serta menginjak mandat dan suara rakyat. Tindakan dan sikap sebegini hanya akan menjatuhkan prospek Malaysia di peringkat antarabangsa, malah akan memberi kesan yang buruk pada usaha kita dalam memulihkan ekonomi yang saat ini sangat parah. Bakal pelabur dan rakan strategik dalam pelbagai sektor perniagaan mungkin akan memilih negara lain ketimbang Malaysia. ANWAR IBRAHIM




SINAR PM: Kerajaan Muhyiddin berakhir Ahad ini?

GEMPAR : Audio Muhyiddin Pula Tersebar & Pendedahan Siapa Muhyiddin

SEHARI DUA NI, SAYA BERASA TERAMAT SEDIH…


Dulu mereka kecam Dato' Lee Chong Wei kerana menderma laptop kepada anak-anak orang susah melalui program anjuran pejabat saya, sekarang ada yang nak heret isu kaum dan agama dalam soal kebajikan. Mengapa mereka bersungguh-sungguh nak pecah-belahkan rakyat Malaysia? Mengapa perlu api-apikan sentimen kaum dan agama? Rakyat sudah cukup susah, cukup merana kerana Covid. Ramai yang hilang kerja, gaji kena potong, bisnes gulung tikar. Orang politik yang sudah ada kuasa, mengapa masih mahu membakar negara dengan isu kaum dan agama?

Saya seorang wakil rakyat, tugas saya untuk membantu rakyat susah di kawasan saya tanpa mengira kaum dan agama. Kadang kala, orang susah luar kawasan datang, saya tak sampai hati nak tolak, saya bantu juga sedaya upaya setakat yang mampu. Saya bantu bukan kerana saya

hebat

atau kaya - ramai lagi yang jauh lebih

hebat

dan pandai daripada saya. Jauh sekali keluarga saya boleh dianggap sebagai kaya. Tapi semua ini saya buat demi menunaikan amanah berat yang telah diberi.

Ada yang kata saya hanya bantu Cina, ada pula yang kata saya hanya bantu Melayu. Sungguh sedih mengapa masih ada pandangan begini. Orang yang saya bantu, ada Cina, Melayu, India, bahkan kawan-kawan di Sabah Sarawak sana. Saya tak dapat post semua aktiviti bantuan di sini, tapi saya tak pernah tanya orang yang dibantu itu kaum apa, agama apa, parti politik apa.

Ada yang kata saya ada agenda agama. Mengapa perlu libatkan agama saya? Bagiku agamaku, bagimu, agamamu. Harapan saya ialah, yang Islam jadi Muslim yang lebih baik, yang Kristian jadi Kristian yang lebih baik, yang Buddha jadi Buddha yang lebih baik, yang Hindu jadi Hindu yang lebih baik, kita semua jadi manusia yang lebih baik, nescaya Malaysiaku aman sentosa.

Walaupun saya amat terkesan dengan fitnah dan cemuhan yang dilontarkan, saya tidak akan berhenti berkhidmat. Saya tetap akan bantu semua tak kira kaum dan agama. Ini ikrar saya dulu semasa dipilih sebagai wakil rakyat. Kalau saya gagal, saya tidak berani berdepan rakyat nanti. Lagi menggerunkan, kalau saya gagal, saya akan terkelu di depan Tuhan yang akan menyoal segala perilaku atas amanah yang dipertanggungjawabkan.

Memanah bintang di malam gelita,

Sebutir terjatuh menjadi batu,

Amanah ku tatang dengan air mata,

Khuatir membela diri di Hari Itu.

Steven Sim Chee Keong,

MP DAP Bukit Mertajam

#pHterbaik

 

COVID JUGA YANG MENUNDUKKAN MANUSIA AKHIRNYA..




SITI SYARIFAH ISMAIL

 

Maka kita sedar bahayanya fitnah.. suatu masa bergegar mereka fitnahkan sebuah negeri tentang masjid dan surau dan ke atas seluruh umat islam negeri itu katanya azan sudah tak dilaungkan lagi, Islam terancam dan orang islam dipergunakan...

 

Fitnah diam tanpa bicara seperti gambar juga begitu.. sayangnya dalam keadaan pandemik dan polimik ini, sepatutnya kena banyakkan ibadah sebagai kebergantungan kita pada Allah setelah segala usaha wajib dilakukan ..namun yang kita putuskan akhirnya adalah untuk tunduk dengan makhlukNya juga.

 

Apa lagi dibulan ramadhan yang mulia... Kenapa perlu ada dalam sebuah negeri setengah -- setengah saja boleh buka untuk ibadah , seolah yakin masjid yang dibuka tiada virus dan yang di tutup pasti diserang virus..

 

Wallahualam....wa Nauzubillahi min zalik

 

ADA LAGI YANG PERCAYA PADA OT95

 



KOHD MUKHLIS


Benda ini mudah paham, kalau ada conflict of interest antara rakyat dan cukong, biasanya OT akan memihak pada cukong. Jenis narsisitik ini hanya fikir diri dia sahaja; dunia ini berputar tentang dia. Orang macam ini, menjadi tidak relevent adalah satu igauan ngeri. Nak pecat TT, nak pecat Yeo Bin, dan pecat Dr Mazlee itu sebab tak nak kowtow dengan arahan dia. Dia paling suka orang yes men sahaja.

Sebab itu kejap nak bertanding PRU15 kalau "penyokong desak", kejap tak mahu bertanding, tapi kita semua tahu yang kelemahan dia adalah bila tak ada orang peduli pasal dia.

Semalam dok terhegeh-hegeh pergi Istana, padahal masa letak jawatan tu pun dia main resign macam itu sahaja mana ada nak jumpa YDPA. Sebab over confident yang dia akan di lantik semula. Jadi awak ingat, ada ke orang nak jumpa dia balik lepas letak jawatan tak beradab?

Sudah tentunya dia sama sekali tak akan minta maaf, bagi dia apa yang dia buat tak pernah silap. Kan saya kata dia dengan Pawang Buaya ini 2 kali 5.

Politik dia hanyalah politik kebencian dan bukan politik harapan. Itu apa yang Zaid Ibrahim tulis dan saya 110% bersetuju. Sebab politik kebencian dan dendam peribadi habis satu negara huru hara, tapi dia peduli apa. 22 tahun lepas , huru hara negara pasal isu liwat demi dendam peribadi, tahun lepas huru hara juga negara sebab dia berkhianat pada janji.

Dia marah sangat dengan Najib dan Anwar sebab mereka berdua tak kowtow pada dia. Dia marah sangat kat Najib sebab kacau pet project dia. Kalau Najib ikut cakap dia, 1MDB itu pun di boleh tutup mata. Macam Jemin walaupun khianat dia suka sebab Jemin pandai bodek dia dan jadi anak angkat dia. Sebab itu bila Jemin bawa MP UMNO di rumah Jemin dia tak marah siap backup sebab Jemin kata UMNO itu nak sokong di jadi PM sampai mati.

Sebab itu PH kena distant kan diri dari Parti Pejuang dan Warisan. Pejuang itu sebab mereka copy paste Bersatu. Tengok siapa yang jadi pimpinan mereka, tak mustahil nanti akan ada calon yang tipu degree macam mana mereka berada dalam bersatu. Dan Warisan pun jenis yang tak sedar diri bermain sentimen kenegerian, di label parti PTI dan di tolak oleh rakyat Sabah, lagi tak sedar diri mahu bertanding di Semenanjung.

PH tak menang PRU15 ini pun tak apa, janji Parti pengkhianat dan serpihannya dapat di lenyapkan dari politik Malaysia barulah Negara boleh move on dari politik Perkauman Sempit.