N9 PERLUKAN KESTABILAN.




 Negeri Sembilan perlukan sebuah kerajaan yang stabil, bekerja untuk rakyat dan menjaga perpaduan. Sebab itu Bang Mat mengajak semua rakyat memberi sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan.











Malam ini kita berkumpul dalam Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.


Sebentar tadi, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan 36 calon Pakatan Harapan yang akan membawa amanah rakyat dalam pilihan raya kali ini.


Memang kali ini kita akan bertembung dengan parti yang menjadi rakan di peringkat Persekutuan. Itulah hakikat politik semasa. Namun apabila rakyat membuat pilihan di Negeri Sembilan, Bang Mat berharap sokongan diberikan kepada calon-calon Pakatan Harapan yang membawa agenda kestabilan, pembangunan dan kebajikan rakyat.


AMANAH akan terus istiqamah membawa pendekatan Islam Rahmatan Lil Alamin. Kita menolak politik kebencian, fitnah serta permainan isu perkauman dan agama yang hanya memecah-belahkan rakyat. Negeri Sembilan mesti terus menjadi negeri yang aman, harmoni dan saling menghormati antara semua kaum.


Di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, negara semakin mendapat keyakinan dunia. Pelaburan terus meningkat, ekonomi semakin kukuh dan nilai ringgit menunjukkan perkembangan yang positif. Semua ini adalah hasil usaha berterusan untuk memulihkan negara dan membina masa depan yang lebih baik.


1 Ogos nanti, keluarlah mengundi. Berikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan demi Negeri Sembilan yang lebih maju, stabil dan sejahtera. 


#AMANAH

#PakatanHarapan




Serangan Peluru Berpandu Storm Shadow Arab Saudi Keatas Yaman ?

 





Serangan Peluru Berpandu Storm Shadow Arab Saudi Keatas Yaman ? 


Perkembangan peperangan di Timur Tengah semakin melarat, atas permintaan sahabat-sahabat, tentang serangan peluru berpandu Arab Saudi keatas Yaman, admin sertakan analisis dan video. Jangan lupa support admin, like, follow, comments & share 👍 


Serangan peluru berpandu Arab Saudi ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a dilaporkan gagal mencapai matlamat utamanya, dengan Riyadh menggunakan proksi untuk melindungi diri daripada tindakan balas.


Arab Saudi dilaporkan melancarkan kira-kira 10 peluru berpandu krus Storm Shadow (bernilai sekitar $2 juta setiap satu) untuk memusnahkan landasan lapangan terbang tersebut. Serangan ini dilakukan dari jarak selamat kerana Riyadh bimbang dengan keupayaan pertahanan udara Yaman.


Walaupun menggunakan senjata yang mahal dan berkuasa tinggi, Arab Saudi enggan mengaku secara terbuka bahawa mereka bertanggungjawab atas serangan tersebut. Sebaliknya, mereka membiarkan kumpulan proksi mereka di Aden yang mengaku bertanggungjawab, walaupun kumpulan tersebut tidak mempunyai jet pejuang atau peluru berpandu canggih seumpama itu.


Kumpulan H0ut1 yang menguasai wilayah utara Yaman mengecam serangan ini sebagai "pencerobohan terang-terangan" dan mengisytiharkan tamatnya tempoh bertenang (de-escalation).


Mereka telah MEMBALAS dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke lapangan terbang di Arab Saudi (seperti Abha), sekaligus meningkatkan semula ketegangan di rantau tersebut 💥


Rujukan pelbagai,

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG





KAPAL TENTERA LAUT CHINA BANTU IRAN ?

 

Mazlan Ahmad


Inilah dua kapal laut China dikerah bantu Iran sejak dari awal perang dan bolehkan bantu Iran lancarkan serangan dengan lebih tepat.


Da Yang Yihao dikategorikan sebagai kapal penyelidikan awam berfungsi untuk rekodkan sebarang isyarat akustik dan elektronik dari tentera US.


Data yang dikumpul akan diguna untuk kenal pasti kapal (melalui akustik), di mana kedudukannya, apakah sistem pertahanan yang sedang aktif, bagaimana cara terbaik untuk pintas, kacau isyarat atau lancarkan serangan terhadapnya.  




Liaowang-1 (gambar) pula kapal perisikan isyarat canggih yang pantau jet pejuang, peluru berpandu balistik dan radar US.


Kapal ini digelar 'superkomputer terapung' kerana sistem sensor dan antena penjejak angkasanya ada ruang pengawasan menjangkau 6,000 km.


Dan dalam satu masa ia boleh kesan 1,200 sasaran udara dan peluru berpandu serentak.


Kedua kapal ini belum teruji sepenuhnya dalam peperangan. 


Maka perang US-Iran ini adalah peluang China untuk uji habis-habis ketepatan dan keberkesannya dalam suasana perang sebenar.





NI NAK BUAT JADI WAKIL RAKYAT ?


 Mujahid Nazri


Hebat Bersatu Sekali 2 Calon lotak kek Dun Koto 


lawan arus ke






JANGAN HERET INSTITUSI RAJA.


 

36 Calon. Satu Pasukan. Satu Harapan untuk Negeri Sembilan.









































Hari ini kita tidak memilih seorang calon semata-mata. Kita memilih sebuah pasukan yang bersedia bekerja untuk rakyat, membawa kestabilan, membangunkan ekonomi negeri dan memastikan kebajikan semua lapisan masyarakat terus terbela.


Inilah barisan calon Pakatan Harapan yang akan turun ke setiap DUN dengan tekad, pengalaman dan semangat untuk meneruskan agenda Negeri Maju, Rakyat Sejahtera.


🗳️ Setiap undi anda amat bermakna. ✅ Undilah calon-calon Pakatan Harapan. 

✅ Kekalkan kerajaan yang stabil. 

✅ Teruskan pembangunan demi masa depan Negeri Sembilan.


Ayuh bersama kita kekalkan HARAPAN demi Negeri Sembilan yang lebih maju, inklusif dan sejahtera.


#KekalHarapan #PakatanHarapan #PRNNegeriSembilan #UndiHarapan #DemiMasaDepan 

#MalaysiaMADANI





LAIN MACAM PUNYA SAKAW.

 

Ahmad Hussein.



Baju hijau itu si Topan Jago, dia ahli PAS Dun Lunas, dia keep dedah kes sakau duit, dia dakwa si Lebai yang baju hitam bersongkok itu sakau duit derma. 



Topan Jago orang kampung biasa, dia tak tahu teknik pencak silat dalam gelanggang mahkamah sivil, dia dedah secara Rambo gitu, sudahnya member tu heret dia ke mahkamah.


Hidup dalam realiti akhir zaman, jika mahu cegah kemungkaran juga memerlukan ilmu dan strategi, tak boleh Rambo gitu jer andai diri berada di tempat yang benar sekalipun.


Bahkan, akhir zaman ini liciknya segelintir agamawan yang jah5t bukan biasa-biasa.


Selama ini Lebai PAS terpekik melolong mahu martabatkan RUU 355; gesa ummat kembali kepada Syari'ah Compliant kononnya;


Tapi dalam masa yang sama Lebai PAS jugalah yang guna Undang² Lord William Reid dijadikan sebagai perisai demi kepentingan peribadi.


That's why saya cakap, 

Jah5t Lelebai PAS itu bukan biasa-biasa.