REFORMASI SELAGI ANWAR BELUM PM

 

REFORMASI SELAGI ANWAR BELUM PM

**Rencana disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.
MUKADIMAH

TIDAK bermegah dengan diri sendiri, bekas penuntut di Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) ini tidak lokek untuk mengamalkan sikap kebersamaan bagi mendukung agenda PKR.
Malah, calon Naib Presiden PKR yang juga calon Ketua Cabang Gombak ini, FARHASH WAFA SALVADOR sering mengutamakan keputusan jemaah agar keharmonian dalam kalangan pemimpin dan ahli parti terjamin.
Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN dan jurugambar, AFIQ RAZALI, beliau yang merupakan ahli PKR sejak 17 tahun lalu bercakap tentang perkembangan terkini pemilihan parti dan hala tuju dalam berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ikuti temu bual tersebut yang berlangsung di Plaza Damas, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
UTUSAN: Perkembangan terbaharu saudara?
FARHASH WAFA: Saya masih masuk bertempur untuk pemilihan kali ini dan adat pertandingan kita ada kumpulan A dan kumpulan B. Jadi, sudah tentulah kumpulan saya adalah kumpulan yang tidak senada dengan kumpulan Mohd. Rafizi Ramli (calon Timbalan Presiden PKR) dalam pemilihan.
Pertandingan ini bukan pada peringkat pusat sahaja tetapi ia melibatkan cabang, sayap wanita dan sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Kenapa bukan Timbalan Presiden?
Pada mulanya, saya tidak pernah umumkan yang saya akan bertanding sebagai timbalan presiden dan itu hanyalah ura-ura daripada media. Saya tidak pernah langsung umumkan tetapi memang ada permintaan daripada akar umbi.
Namun, saya ini adalah orang yang mengikut jemaah dan tidak membuat keputusan secara bersendirian. Jadi, sudah tentu apabila dalam kalangan jemaah pimpinan memutuskan bahawa lebih elok saya bertanding untuk naib presiden, saya akur.
Bagaimana gerak kerja menuju PRU15?
Gerak kerja saya sama sahaja seperti dahulu iaitu dengan meningkatkan keahlian serta menyantuni cabang-cabang. Misi saya senada dengan parti, iaitu agenda reformasi.
Itu yang kita ketengahkan dan sebab itu juga pada pemilihan kali ini, kita menamakan kumpulan kita sebagai Legasi Reformasi.
Saya nak bawa legasi reformasi ini kerana kita belum berjaya lagi kerana Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) belum lagi diangkat menjadi Perdana Menteri.
Kita perlu kuatkan tapak kita dan bersedia sepenuhnya untuk PRU15. Ada naratif yang dibuat mengatakan kononnya kita akan kalah di Selangor dan pusat seolah-olah sebelum kita masuk pertarungan, kita dah mengaku kalah. Saya mengingatkan kepada ahli dan penyokong saya untuk bekerja lebih keras lagi.
Rafizi seorang ‘diva’?
Mohd. Rafizi adalah seorang diva kerana dia hanya akan cakap apa yang dia mahu dan bukannya daripada suara jemaah. Memang dalam setiap parti ada warlords malah dia sendiri adalah seorang warlord. Jangan terlalu berkeras dalam pemilihan ini.
Dia ada kelebihan sendiri kerana dia seorang ketua komuniti yang pandai untuk mobilasi masyarakat. Kita perlu raikan semua kekuatan kerana ada juga pimpinan lain yang mempunyai nilai tambah kepada parti dan mampu memberikan apa yang parti perlukan.
Setiap perbezaan yang membuatkan parti ini kuat. Yang merosakkan parti adalah individu yang tidak mengikut jemaah tapi kemudian merasakan suara dia sahaja yang betul.
Siapa pengganti Anwar?
Saya boleh katakan di sini, Nurul Izzah sangat layak untuk menggantikan Anwar kerana dari segi prestasi, dia yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden sebelum ini dan telah menjadi ahli Parlimen.
Kualiti Nurul Izzah sangat tinggi dan kita boleh kata mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kerana dia merupakan anak Anwar sendiri. Dia mengamalkan sikap berorganisasi yang baik yang melayakkannya untuk menjadi presiden, suatu hari nanti.
Bagi pemimpin lain dalam PKR juga, semua ada kelebihan dan ini semua sebenarnya terserah pada akar umbi sama ada mereka mahu mengangkat siapa sebagai presiden.
Itulah kelebihan PKR yang mengangkat kepimpinan wanita malah pernah ada presiden wanita sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Adam Adli mampu rapatkan saf AMK?
Terus terang saya kata, calon Ketua AMK, Fahmi Zainol itu saya tidak pernah jumpa pun tetapi calon bagi jawatan yang sama iaitu Adam Adli Abd. Halim, saya sudah dengar nama dia sejak dahulu. Dia bukannya baru berdamping dengan kita, cuma dia baru dalam parti secara rasmi. Dia ada hubungan yang baik dengan presiden parti serta pimpinan-pimpinan parti yang lain.
Pada saya, kalau ingin bercakap mengenai teruji, kedua-duanya belum cukup teruji tetapi pandangan saya mengenai Fahmi, harus kita perhalusi pemerhatian kita dalam kepimpinan dia di Pulau Pinang sebagai Ketua AMK Pulau Pinang.
Kalau di Pulau Pinang pun dia tidak mampu untuk rapatkan saf, apa pula jika satu negara di bawah pimpinan dia? Jadi, secara jelas saya boleh katakan, Adam Adli yang pernah menjadi ketua mahasiswa dan wajar diberikan sokongan. Ketokohan sedemikian yang diperlukan dalam PKR.
Khemah besar akan menangkan PH?
Saya ada perasaan bercampur baur mengenai hal ini. Secara peribadi, saya tahu Pakatan Harapan (PH) cukup kuat dengan parti-parti yang ada ketika ini. Kita dah cukup kuat tetapi mengenai perlu khemah besar atau tidak, saya tidak dengar lagi ada perbincangan ke arah itu.
Kongres parti akan berlangsung pada Jun nanti dan selalunya perjuangan PKR ini diambil daripada keputusan jemaah. Kalau akar umbi mengatakan perlu khemah besar, maka kita tengok nanti perlu atau tidak. Buat masa ini, tiada perbincangan di peringkat pusat mahupun cabang. – UTUSAN
May be an image of 5 people, people standing, people sitting and text that says "15 RABU-T1MEI2022 Rencana Reformasi selagi Anwar belum PM MUKADIMAH sendiri. penuntut diUniversi Û Lumpur, Hartamas, Parti Keadilan kepada berdamping mparti Yang merosakkan parti adalah individu ngtdak mengikut merasakans suara sahaja yang betul." MISI Ituyang"

NAIK TOCANG MASA ADA KUASA....MASA KALAH DULU CARI PARA LEBAIYUN..


SHAHBUDIN HUSIN


Bila dah dapat kuasa, mulalah nak sombong dan mahu orang ikut telunjuk dia.Dulu masa hilang kuasa, kenapa cari Pas?



May be an image of 1 person and text that says "mk malaysiakini Malaysiakini BM 1h Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Umno telah meminda perlembagaan parti dan meletakkan agenda Islam sebagai tujuan utama. I Dapatkan berita terkini di Telegram: t.me/ mkinibm i malaysiakini.com 'Bubarlah PAS, biar Umno bawa agenda Islam'"

Zuraidah perlu letak jawatan,tindakan tegas dan pantas perlu diambil MPT.

Zuraidah perlu letak jawatan,tindakan tegas dan pantas perlu diambil MPT.
Umum mengetahui bahawa, YB ZURAIDAH yang merupakan menteri yang dilantik atas kapasiti MPT Bersatu pada ketika itu.
Hari ini dilihat lebih mesra kepada Parti Bangsa Malaysia,PBM justeru itu tindakan ini dilihat tidak memberi manfaat kepada ahli parti BERSATU yang makin hari makin merasakan parti ini lebih menjaga dan memelihara ahli parti yang tiada jiwa Bersatu.
Selain itu banyak gambar-gambar yang tular melihatkan YB ZURAIDAH menjadi poster di bekas-bekas sumbangan hari raya dan kelihatan logo Parti Bangsa Malaysia.
Saya mohon Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin ,Timbalan Presiden DS Faizal Azumu,
Naib-Naib Presiden serta Setiausaha Agung DS Hamzah Zainudin serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengambil tindakan tegas berhubung isu ini..
Selaku ahli parti yang lebih lama menganggotai parti ini berbanding YB ZURAIDAH kami amat dukacita dengan perkara ini.
Kami faham mungkin kami masih mentah dalam dunia politik tetapi perkara ini lebih dilihat hanya mahu menjaga kepentingan diri serta pasukan sahaja.
Saya desak YB Zuraidah beri pencerahan berkenaan status beliau dan janganlah buat muka tebal masih duduk di kerusi menteri di atas kapasiti dan kuota parti Bersatu.
Jika YB Zuraidah ada maruah dan harga diri letak jawatan dan cubalah gerakkan parti PBM tanpa menunggang kerusi menteri ihsan Bersatu.
Pimpinan Bersatu juga janganlah berdiam diri dan berpeluk tubuh apabila maruah parti dihenyak dan dihina seolah-olah Bersatu ini tiada maruah walaupun kita bangga dengan slogan perjuangan kita ‘bermaruah’.
Salam ikhlas
Megat Muhammad Faris
Ahli seumur hidup bersatu
May be an image of 2 people and text that says "Zuraidah perlu undur MPT Bersatu perlu tegas dalam membuat keputusan Megat Muhammad Faris Ahli Seumur Hidup BERSATU"

Netizen bengang Sharifah Sakinah samakan tandas rumah Shiera macam di syurga

 

Netizen bengang Sharifah Sakinah samakan tandas rumah Shiera macam di syurga


TINDAKAN pelakon Sharifah Sakinah memuat naik video dalam tandas dan menulis kapsyen menyamakan tahap kesejukan seperti syurga mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.

Mengulas mengenai hantaran Instagram adiknya itu, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah berkata video tarian tersebut dirakam di dalam tandas rumahnya, baru-baru ini.

Mengakui terkejut bilik air berkenaan menjadi viral kerana kelihatan mewah, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia mengubahsuai ruangan peribadi itu kira-kira setahun lalu.

“Bila aku post tandas tu tak viral pula, bila Kinah (Sakinah) post viral pula! Dia pernah pergi syurga ke? Marah netizen… Tak apalah, itu anggapan dia, dalam lagu pun banyak tulis lirik syurga.

“Kenapa viral ya? Saya design dan buat ubah suai tandas itu sendiri tau. Nak suruh orang buat harga mahal. Ini tak sampai RM10,000!

“Jamban emas, macam dekat Dubai sikit! Barang-barang itu saya beli di kedai-kedai DIY. Nak suruh orang buat tapi kos mahal, terkejut la tengok harga puluhan ribu… jadi lebih baik buat sendiri,” katanya kepada mStar.


UMNO NAK PINDA PERLEMBAGAAN PULAK ? SEBELUM NI DAH BUAT KA BELUM PEMILIHAN ?

 

Umno pinda perlembagaan hari ini



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan berkata, pindaan
 perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Umno yang bakal
 dihadiri lebih 2,000 perwakilan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Satu lagi sejarah bakal tercatat dalam tempoh 76 tahun penubuhan Umno apabila parti itu akan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pindaan perlembagaan itu akan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Umno di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang bakal dihadiri lebih 2,000 perwakilan.

Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan berkata, perhimpunan pada 2 petang itu akan dimulakan dengan ucapan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ia kemudian disusuli pembentangan usul pindaan perlembagaan parti oleh Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin sebelum diserahkan kepada para perwakilan untuk diputuskan namun tiada sebarang perbahasan akan diadakan.

“Selepas itu, presiden parti akan menaikkan bendera Umno dan memotong pulut kuning bersama-sama kepimpinan yang lain sempena sambutan Hari Ulang Tahun Umno ke-76 sebelum kemudian menghadiri sambutan Hari Raya Umno di Dewan Tun Razak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati Dewan Merdeka yang akan menjadi saksi pindaan perlembagaan Umno telah disiapkan sepenuhnya selain pusat media juga disediakan di Bilik Mawar WTC KL.

Umno sebelum ini menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lalu.

Jika dihitung, tempoh 18 bulan tersebut akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan Umno penggal 2021/2023 perlu diadakan sebelum 30 Dis 2022.

Bagaimanapun, Perhimpunan Agung Umno 2021 pada Mac lalu bersetuju agar pemilihan parti ditangguhkan sehingga enam bulan selepas PRU15 bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada pilihan raya itu.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan semasa ucapan penggulungan pada perhimpunan itu berkata, pihaknya bimbang akan berlaku perpecahan sekiranya pemilihan parti diadakan sebelum PRU15.

Selasa lepas, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata, parti itu akan mengemukakan cadangan tarikh mengadakan pemilihan parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), 17 Mei ini.


Sukan SEA: Skuad bola sepak Malaysia sah layak ke separuh akhir.Singapura boleh angkat kaki balik

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan sebelum ini melakar kemenangan
 2-1 ke atas Thailand sebelum mengatasi Laos 3-1 dalam dua aksi
 pertama Kumpulan B. (Gambar Bernama)

HANOI: Malaysia layak ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31 sekali gus menghampiri pencapaian gemilang merangkul pingat emas pada edisi 2011 di Indonesia.

Kejayaan secara automatik itu hadir selepas Thailand membelasah Kemboja 5-0 pada aksi ketiga Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Vietnam, malam ini.

Bagaimanapun, kemenangan ke atas Kemboja pada aksi terakhir kumpulan pada Isnin depan menjamin kemaraan skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kendalian ketua jurulatih, Brad Maloney ke pusingan kalah mati selaku pendahulu Kumpulan B.

Terdahulu, pasukan negara terikat 2-2 dengan Singapura pada pertembungan di Stadium Thien Truong, petang ini menyaksikan keputusan itu merencatkan hasrat anak buah Maloney mara ke peringkat separuh akhir lebih awal.

Berdasarkan kedudukan terkini, Malaysia mengungguli Kumpulan B dengan mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan sementara Thailand yang berada di tempat kedua mengutip enam mata, hanya memerlukan keputusan seri untuk mengiringi pasukan negara ke peringkat separuh akhir.

Skuad B-23 kebangsaan sebelum ini melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand sebelum mengatasi Laos 3-1 dalam dua aksi pertama kumpulan.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA pada edisi 2011 sewaktu dibimbing, Ong Kim Swee.

Pencapaian terbaik Malaysia selepas itu adalah muncul naib juara seterusnya membawa pulang pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur juga di bawah kendalian Kim Swee, sebelum tersingkir seawal peringkat kumpulan di Filipina pada edisi 2019.

CASH BUKAN LAGI KING, INIKAH BAHANA KERANA HILANG KUASA?

 

Yang difahami sebelum ini mengenai “cash is king” yang dibudayakan oleh Najib Razak, ia bererti dengan adanya banyak wang, seseorang itu akan hidup atau boleh berlagak seumpama raja.

Raja, di mana-mana dunia sekali pun, baik dulu atau sekarang, memang diketahui tidak ada yang tidak kaya.

Kalau raja, kecuali Rajagogal atau Raja Lingam, semua mereka mesti kaya dan tinggal di istana.

Ertinya bagi orang biasa, kalau mahu jadi macam raja, maka ia mesti memiliki banyak wang.

Dalam erti yang lain, lagi banyak wang, lagi besar gaya serta lagak raja seseorang itu.

Dalam konteks pemimpin, mereka yang ada banyak wang dan sedia memberi kepada penyokongnya, maka ia akan sentiasa dianggap seperti raja.

Untuk seseorang pemimpin itu terus disokong, kadang-kadang bukan khidmat, kerja atau idea yang diutama, tetapi sebanyak mana wang yang sanggup diagih-agihkan.

Selagi ia sedia menabur banyak wang, selagi itulah sokongan diperolehinya.

Kerana itu, ungkapan “cash is king” dalam kaitannya antara pemimpin dengan rakyat tidaklah sukar difahami, bahkan mudah diterima maksudnya.

Hanya dengan memberi tunai, maka akan kekallah pemimpin itu atau setidak-tidaknya sentiasa disanjung oleh penyokongnya.

Tetapi, setelah bertahun-tahun membawa budaya “cash is king” atau wang tunai itu raja, Najib tiba-tiba memberi tafsiran baru mengenai makna sebenar “king”.

Kata Najib, dalam debat dengan Anwar Ibrahim Khamis lalu, “king” itu sebenarnya bermaksud rakyat.

Makna kata, kalau dulu wang tunai itu adalah raja, sekarang ia sudah bertukar menjadi wang tunai itu rakyat.

Menerusi tafsiran baru itu, ada banyak wang bermakna tidak lagi menjadikan seseorang itu raja, sebaliknya jadi rakyat saja.

Apa istimewanya ada banyak wang jika tidak boleh berlagak seperti raja?

Habis, apa yang boleh menjadikan seseorang itu raja?

Perlukah juga sekarang makna “king”di dalam kamus ditukar daripada raja kepada rakyat?

Kenapa tiba-tiba Najib menukar makna “king”?

Inikah bahana paling besar kesan hilang kuasa yang memerlukan forensik dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri itu?

Adakah setelah hilang kuasa, meskipun banyak menabur wang, maklumlah hanya beliau satu-satu pemimpin di negara ini yang diketahui ada berbilion ringgit dalam akaun bank peribadi, maka baru Najib sedar bahawa wang tunai bukan lagi raja?

Kalau “king” juga bukan lagi bererti raja, tapi sudah bertukar erti kepada rakyat, maka raja yang sebenar yang bertakhta di istana kita nak panggil apa? – ShahbudinHusin 14/05/2022.