Zuraidah perlu letak jawatan,tindakan tegas dan pantas perlu diambil MPT.

Zuraidah perlu letak jawatan,tindakan tegas dan pantas perlu diambil MPT.
Umum mengetahui bahawa, YB ZURAIDAH yang merupakan menteri yang dilantik atas kapasiti MPT Bersatu pada ketika itu.
Hari ini dilihat lebih mesra kepada Parti Bangsa Malaysia,PBM justeru itu tindakan ini dilihat tidak memberi manfaat kepada ahli parti BERSATU yang makin hari makin merasakan parti ini lebih menjaga dan memelihara ahli parti yang tiada jiwa Bersatu.
Selain itu banyak gambar-gambar yang tular melihatkan YB ZURAIDAH menjadi poster di bekas-bekas sumbangan hari raya dan kelihatan logo Parti Bangsa Malaysia.
Saya mohon Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin ,Timbalan Presiden DS Faizal Azumu,
Naib-Naib Presiden serta Setiausaha Agung DS Hamzah Zainudin serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengambil tindakan tegas berhubung isu ini..
Selaku ahli parti yang lebih lama menganggotai parti ini berbanding YB ZURAIDAH kami amat dukacita dengan perkara ini.
Kami faham mungkin kami masih mentah dalam dunia politik tetapi perkara ini lebih dilihat hanya mahu menjaga kepentingan diri serta pasukan sahaja.
Saya desak YB Zuraidah beri pencerahan berkenaan status beliau dan janganlah buat muka tebal masih duduk di kerusi menteri di atas kapasiti dan kuota parti Bersatu.
Jika YB Zuraidah ada maruah dan harga diri letak jawatan dan cubalah gerakkan parti PBM tanpa menunggang kerusi menteri ihsan Bersatu.
Pimpinan Bersatu juga janganlah berdiam diri dan berpeluk tubuh apabila maruah parti dihenyak dan dihina seolah-olah Bersatu ini tiada maruah walaupun kita bangga dengan slogan perjuangan kita ‘bermaruah’.
Salam ikhlas
Megat Muhammad Faris
Ahli seumur hidup bersatu
May be an image of 2 people and text that says "Zuraidah perlu undur MPT Bersatu perlu tegas dalam membuat keputusan Megat Muhammad Faris Ahli Seumur Hidup BERSATU"

No comments: