Pentas Dunia: PMX Dipuji Di APEC, Zahid Terkial-Kial Dimalukan Turkiye

 


IMG_1754

Di saat Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pujian di APEC, Ahmad Zahid sebaliknya terkial-kial menerima kecaman Turkiye. Foto Ahmad Mursi

KATA ANDA, 22 Nov – Ironi sungguh politik Malaysia. Ketika PMX Anwar Ibrahim sibuk membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa, Zahid Hamidi pula mencetuskan kontroversi dengan pengumuman mengenai 10,000 pelarian Rohingya yang dikatakan bakal dihantar ke Türkiye.

Di satu pihak, Anwar dilihat aktif berurusan dengan pemimpin dunia, termasuk Presiden China Xi Jinping dan pemimpin kuasa besar lain. Diplomasi bukan sekadar bersalam dan bergambar, tetapi bagaimana Malaysia membina hubungan serta keyakinan antarabangsa.

Di satu pihak lagi, Zahid mengumumkan rancangan besar melibatkan pelarian Rohingya, latihan TVET dan Türkiye. Pengumuman itu kemudian menjadi pertikaian apabila timbul persoalan tentang persetujuan pihak Türkiye.

Yang peliknya, bagaimana perkara sebesar ini boleh diumumkan kepada rakyat sebelum status persetujuan negara penerima diperjelaskan?

Isu Rohingya bukan perkara kecil. Ia melibatkan hubungan diplomatik, dasar imigresen, keselamatan dan masa depan ribuan manusia. Bukan sesuatu yang boleh diumumkan secara tergesa-gesa.

Kalau benar semuanya sudah dipersetujui, tunjukkanlah butiran perjanjian. Kalau masih di peringkat cadangan, kenapa pengumumannya kedengaran seolah-olah keputusan sudah dimuktamadkan?

Baru sahaja umum kononnya ada penyelesaian untuk menghantar 10,000 pelarian Rohingya ke Turkiye, sekali Turkiye sendiri tampil menafikan dakwaan Zahid yang malu besar kerana tidak cermat dan gelojoh.

Inilah pentingnya kecermatan dalam komunikasi seorang pemimpin. Di pentas antarabangsa, satu kenyataan yang tidak tepat boleh mencetuskan kekeliruan dan menjejaskan keyakinan terhadap kerajaan.

Rakyat tentu mahu melihat semua pemimpin negara membawa imej Malaysia yang diyakini dunia, bukannya terpaksa menjelaskan semula pengumuman yang menimbulkan tanda tanya.

Persoalannya, adakah Zahid terlalu cepat mahu mengumumkan penyelesaian besar, sedangkan rundingan sebenar belum selesai?

Oleh Ahmad Mursi



No comments: