Pertemuan saya dengan YB Afnan ni tidak sengaja. Saya mintak izin untuk bergambar. Dan saya mintak izin untuk post, dan saya berjanji untuk posting tanpa menghina mengejek memaki.
Saya nyatakan hasrat untuk adakan sesi dialog bersama beliau bahas isu “Pengurusan Ekonomi Negara”.
—
Kita bawa akhlak. Kita bawa suara dakwah, konteks dakwah pengurusan ekonomi yang teratur dan baik.
Saya bersedia bila-bila masa sahaja, lagi-lagi tentang pengurusan hutang negara. Kita bentangkan secara detail, saya akan buat comparison.
Belanjawan PN 2023 vs Revised Belanjawan Madani 2023. Dekat situ akan terkantoi besar la siapa yang lebih gelojoh menambah hutang!.
*PN bentang belanjawan 2023, lepas tu bubar parlimen. Madani take over, dan revised. Dekat situ kita boleh buat comparison.
Dan kita boleh go deeper, apa pathway pengurusan hutang dari perspektif PAS?. Apa yang nak dicapai?. Apa method strategi dan langkah?. Apa kesan kepada ekonomi negara dan ekonomi rakyat?.
Topik yang sangat komprehensif dan menyeluruh. Mesti di baca secara makro dan mikro.
Insyllah, saya bersedia!.

No comments:
Post a Comment