Anthony Loke Bantu Mangsa Terjejas Kebakaran Dekat UTC Ampangan

 


IMG_1724

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di belakang UTC Ampangan pada 21 November 2026. Foto Anthony Loke Siew Fook

SEREMBAN, 22 Nov – Kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan mana-mana wakil rakyat dan turut tidak terkecuali buat Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Justeru, Setiausaha Agung DAP itu menyalurkan sumbangan kepada beberapa mangsa kejadian kebakaran di kawasan belakang UTC Ampangan, di sini pada 25 Oktober lalu.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di belakang UTC Ampangan pada 21 November 2026. Foto Anthony Loke Siew Fook

“Beberapa hari yang lalu mereka ini ditempatkan di balai raya, Sementara untuk mereka mencari tempat tinggal yang baharu, mereka perlu menyewa rumah baharu.

“Hari ini, bantuan kewangan turut disampaikan kepada pemilik rumah yang mengalami kerugian harta benda akibat kejadian tersebut.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di belakang UTC Ampangan pada 21 November 2026. Foto Anthony Loke Siew Fook

“Semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dan segala urusan dipermudahkan,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.

Kebakaran pada malam 25 Oktober itu membabitkan empat rumah separuh kekal yang musnah hampir 80 peratus.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di belakang UTC Ampangan pada 21 November 2026. Foto Anthony Loke Siew Fook

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kesemua 17 penghuni daripada empat rumah berkenaan dilaporkan selamat.

Biarpun kini tidak menjadi Menteri Pengangkutan, Loke terus menumpukan perhatian terhadap isu-isu setempat sekitar bandaraya ini bagi meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.



No comments: