Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan Desak Ismail Buktikan Dapat Sokongan

 


IMG_1706

Ketua Pembangkang, Arul Kumar Jambunathan berkata, 11 ADUN Pakatan Harapan (PH) negeri itu menyokong proses ditetapkan istana bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan dan pentadbiran.

SEREMBAN, 21 Nov – Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim perlu membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seperti ditetapkan Istana Negeri Sembilan bagi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran negeri.

Ketua Pembangkang, Arul Kumar Jambunathan berkata, 11 ADUN Pakatan Harapan (PH) negeri itu menyokong proses ditetapkan istana bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan dan pentadbiran.

Katanya, berdasarkan kenyataan istana semalam, jelas bahawa seseorang yang dilantik sebagai Menteri Besar perlu membuktikan sokongan majoriti ADUN.

“Ini bukan bermaksud kita (PH) menyokong Datuk Ismail Lasim tetapi pendirian kita adalah jelas berpandukan ketetapan istana bahawa seseorang Menteri Besar perlu membuktikan majoriti yang ada padanya.

“Negeri ini perlu ditadbir dan diuruskan dengan baik. Jika tiada kerajaan yang sempurna mentadbir, kita telah melihat ia memberikan impak kepada ekonomi dan rakyat di mana banyak masalah berlaku serta tidak dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kini terpulang kepada ADUN Juasseh itu bagaimana mahu mendapatkan sokongan majoriti ADUN untuk kekal memegang jawatan berkenaan di saat BN dan PN dilihat tidak bersamanya apabila mereka bermesyuarat di Wisma Umno negeri malam tadi.





No comments: