Ulama Terkenal Turkiye Sampaikan Syarahan Tafsir Surah Yusuf Dihadiri PM Anwar

 

IMG_8020

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Ilmu MADANI dengan topik penghayatan Tafsir Surah Yusuf bersama ulama tersohor dari Turkiye di Putrajaya pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Majlis Ilmu MADANI yang menampilkan ulama terkenal dari Turkiye, Syeikh Prof Dr Muhammad Fadhil al-Jilani al-Hasani dengan menyampaikan syarahan mengenai tafsir Surah Yusuf oleh Imam al-Ghazali, diteruskan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri

Menerusi perkongsian di media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, majlis yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan serta disertai lebih 100 hadirin meneliti kupasan yang disampaikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Ilmu MADANI dengan topik penghayatan Tafsir Surah Yusuf bersama ulama tersohor dari Turkiye di Putrajaya pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Anwar dalam ucapan alu-aluannya merakamkan penghargaan kepada Syeikh Muhammad Fadhil atas kesudian beliau menyampaikan syarahan, selain mengenang jasa ulama itu yang pernah memberikan bimbingan dan semangat kepadanya ketika melalui tempoh sukar.

“(Syeikh Muhammad Fadhil) beri didikan, asuhan dan semangat yang kuat (kepada saya ketika) keadaan yang sukar dulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Ilmu MADANI dengan topik penghayatan Tafsir Surah Yusuf bersama ulama tersohor dari Turkiye di Putrajaya pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

“Sebab itu bila beliau sampai semalam, saya jumpa dan beliau bercerita tentang tafsir Surah Yusuf daripada Imam Ghazali. Jadi saya kira kita manfaatkan dalam masa singkat (majlis ini),” kata Anwar.

Syarahan selama sejam itu mengupas tafsir Surah Yusuf oleh Imam al-Ghazali, dengan penekanan terhadap pemahaman kandungan dan pengajaran daripada surah berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Ilmu MADANI dengan topik penghayatan Tafsir Surah Yusuf bersama ulama tersohor dari Turkiye di Putrajaya pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Sementara itu, Zulkifli berkata syarahan itu sekali gus membantu memperluas pemahaman masyarakat terhadap kandungan dan pengajaran Surah Yusuf.

“Ini merupakan antara tafsir ataupun kupasan yang sangat mendalam oleh Al-Imam Al-Ghazali yang disyarah dan ditahqiqkan oleh Syeikh Muhammad Fadhil,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Ilmu MADANI dengan topik penghayatan Tafsir Surah Yusuf bersama ulama tersohor dari Turkiye di Putrajaya pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Penganjuran majlis ilmu MADANI di kediaman rasmi Perdana Menteri itu merupakan antara usaha memupuk masyarakat yang mencintai ilmu serta memahami kepentingan adab dan akhlak.

Majlis berkenaan diilhamkan Anwar selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada 24 November 2022 dan kini turut dianjurkan di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Ilmu MADANI dengan topik penghayatan Tafsir Surah Yusuf bersama ulama tersohor dari Turkiye di Putrajaya pada 12 Oktober 2026. Foto PMO




No comments: