Oleh MUHAMMAD FAIRUL AL QASAS
Geleng kepala saya bila baca yang Timbalan Presiden Pas tanya LPT3 tak ada dalam belanjawan untuk Negeri Kelantan.
Baik, biar saya ulas.
- PMX Anwar Ibrahim telah memberikan apa yang sepatutnya dan yang penting untuk Kelantan dalam Belanjawan 2027.
Pertama, Kelantan dapat Empangan Lebir. Bantu jamin bekalan air dan elakkan dari banjir besar.
Kedua, loji rawatan air di Machang. Ini juga bantu atasi masalah air Kelantan yang kronik.
Ketiga, penggantian paip uzur. Paip usang lah menyebabkan kebocoran air dan kerugian kepada air Kelantan dan menjadikan air tersebut kotor seperti kopi atau teh.
Keempat, stesen bas baru di Stesyen ECRL Kota Bharu.
Kelima, penambahbaikan bas henti-henti.
Keenam, menyambung projek ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang dimana ia membuka laluan untuk sambung laluan sehingga ke Thailand.
Ketujuh, USM di Kubang Kerian mendapat teknologi robotik.

- ECRL “game changer” Pantai Timur
Pertama, Insyaallah hujung tahun ini, rakyat Kelantan dah boleh naik keretapi dari Kota Bharu ke Gombak dengan hanya empat jam.
Kedua, PMX Anwar Ibrahim jayakan lagi dengan pembinaan stesen bas baru dan program bas henti-henti dengan meliputi 15 stesen di seluruh Kelantan.
Ketiga, PMX Anwar Ibrahim tambah lagi laluan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang. Jelas PMX Anwar Ibrahim lebih tahu bagaimana melonjakkan sumber yang ada.
- LPT bukan pilihan utama rakyat Kelantan
Pertama, laluan LPT ialah melalui Terengganu dan jaraknya lebih jauh untuk ke KL.
Kedua, laluan paling dekat ke KL dari Kelantan ialah melalui lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang sedang dibina dari Kota Bharu ke Bentong.
Ketiga, LPT2 sendiri masih kurang penggunaannya dimana penggunaan harian sekitar 15 ribu kenderaan, berbanding kapasiti 80 ribu kenderaan sehari.

- Tuan Ibrahim dan Pas tamak
Pertama, Pas mahukan projek walaupun sedar projek tersebut sebenarnya bukan kepentingan utama untuk Kelantan.
Kedua, Pas bandingkan dengan Pulau Pinang walhal dari segi populasi kepadatan Pulau Pinang, LRT adalah yang paling sesuai untuk keperluan mereka.
Ketiga, Pas hanya tahu meminta, tetapi tidak tahu melaksanakannya. Buktinya ketika Pas 33 bulan dalam Kerajaan PN, Pas langsung tidak memulai projek LPT3.
- Anwar Ibrahim lebih faham fiqh keutamaan
Pertama, pembentangan belanjawan oleh PMX Anwar jelas menunjukkan beliau faham keutamaan sebenar setiap negeri.
Kedua, projek yang diluluskan oleh Kerajaan Madani adalah yang paling penting untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.
Ketiga, Anwar bantu Kelantan untuk selesaikan perkara asas seperti air dan selamatkan harta rakyat Kelantan melalui projek empangan dan tebatan banjir.
Keempat, Anwar melihat masa depan pengangkutan awam Kelantan dengan memperkasakan sistem pengangkutan bas dan ECRL di Kelantan.
Apapun akhir sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada MB Kelantan Datuk Panglima Perang Ustaz Nassuruddin kerana matang dan mengucapkan terima kasih kepada PMX Anwar Ibrahim atas semua projek tersebut.

No comments:
Post a Comment