Ahmad Hussein
Hamzah Zainuddin adalah politician yang tak pernah merasa erti mujahadah berjuang menegakkan Haq, tiada pernah beliau berjuang dengan susah payah demi tanah air.
Saya adalah penyokong Madani yang waras, tidak terperangkap minda saya dalam kepompong kepartian sempit, saya masih reti menilai mana² sosok politician secara rasional, tidak secara emosional.
Hamzah Zainuddin,
Dia buat apa saat kes jenayah 1MDB meletup?
Jawabnya, dia jadi kayu kekal dibawah naungan suspek Penjenayah Kolar Putih.
Saat itu, Muhyiddin dipecat kerana lantang bersuara demi tanah air, bahkan Muhyiddin cuba gagahkan diri berjuang bersama Kak Wan Azizah walau dirinya mengidap kanser.
Namun Hamzah buat apa demi negara?
Maka saya fikir Muhyiddin layak dihormati rakan dan disegani lawan.
Hamzah dulu lompat parti pasca PRU14, dia lompat keluar setelah UMNO hilang kuasa.
Maka, wawasan negara seperti apa yang hendak dibawa oleh manusia sedemikian?
Usahkan meyakini wawasannya – bahkan secebis penghormatan pun tak layak diberi terhadap politician seperti Hamzah.
Rasa hormat saya hanya terhadap para pemimpin seperti PM Anwar, Mohamad Sabu, dan lain-lain sosok pemimpin yang kenal erti berkorban dalam menabur bakti buat tanah air

No comments:
Post a Comment