PEMBANGKANG PERTIKAI GAJI MINIMUM RM2,000, KERAJAAN MAHU PEKERJA NIKMATI PENDAPATAN LEBIH BAIK









Ketika kerajaan berusaha menaikkan gaji minimum kepada RM2,000 mulai Jun 2027, pembangkang pula membangkitkan isu perbezaan kadar gaji antara pekerja syarikat besar dan PMKS.


Hakikatnya, kenaikan gaji minimum bertujuan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup. Pengecualian sementara kepada PMKS pula memberi ruang kepada perniagaan kecil menyesuaikan kos operasi.


Daripada sekadar mengkritik, pembangkang sepatutnya turut mengemukakan penyelesaian realistik supaya kebajikan pekerja terbela tanpa membebankan peniaga kecil.


Persoalannya, adakah pembangkang mahu membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian atau sekadar mencari ruang untuk mengkritik setiap usaha meningkatkan pendapatan rakyat?





No comments: