Nazri Hamdan
Tengku Ismail Tengku Ibrahim yang dilaporkan sebagai ahli perniagaan berusia 65 tahun dan kerabat diraja Terengganu telah memfailkan saman terhadap dua bank.
Ini selepas mendakwa RM1.985 juta daripada akaun simpanannya dikeluarkan tanpa kebenaran.
Menurut tuntutan itu, transaksi mencurigakan berlaku antara September hingga Disember tahun lalu.
Beliau berkata hanya menyedari kehilangan itu pada Januari apabila baki satu akaun tinggal RM73, manakala satu lagi tinggal RM99.
Beliau juga mendakwa tidak pernah menggunakan perbankan dalam talian atau memberi kebenaran kepada pihak lain untuk mengaktifkannya dan memindahkan wang.
Melalui saman itu, beliau menuntut pemulangan RM1.985 juta, selain ganti rugi, kos guaman dan faedah.
Isu utama ialah bagaimana pengeluaran itu boleh berlaku, sama ada proses pengesahan transaksi dipatuhi, dan apakah tindakan bank selepas aduan dibuat.

No comments:
Post a Comment