MASAK ASAM PEDAS DEMI PARLIMEN AMPANG

 


Gara-gara peruntukan ke kawasannya disekat, MP Ampang, Rodziah Ismail memulakan kempen menanak gulai asam pedas yang setiap satu bekas dijual pada harga RM10. Hasil jualan hidangan itu akan disalurkan semula kepada penduduk setempat yang diwakilinya.


Menurut ahli PKR yang dikaitkan dengan Rafizi Ramli itu, menu asam pedas ikan yang dimasak hari ini dipelajari daripada ibunya.


Rodziah berkata sebahagian daripada bahan yang diperlukan dalam masakan itu dibelinya sendiri, manakala sebahagian yang lain diperoleh melalui sumbangan orang ramai.


“Bila kos tak tinggi, maka dapatlah nanti lebihan yang ada saya agihkan kepada rakyat.


“Bagi mereka yang nak menyumbang untuk menu asam pedas, saya alu-alukan kerana saya perlukan beras, saya perlukan sayur,” katanya.


 Menurut Rodziah, apa yang menemani asam pedas pada minggu akan datang bergantung kepada hasil sumbangan yang diterima pihaknya.


Baca laporan lanjut di Malaysiakini.





No comments: