Aman Muhamad
Saya terbaca laporan NST yang melaporkan rizab BNM turun USD500juta kepada US$132.1 bilion
Dalam komen tu penuh la manusia manusia yang tak reti nak semak fakta dan data mengomen menyalahkan DS Anwar Ibrahim atas penurunan ini.
Apa yang NST laporkan itu penurunan dari bulan lepas dan BNM telah mengeluarkan kenyataan ianya adalah kerana bayaran balik berjadual bagi pinjaman luar negeri kerajaan dan Penilaian Semula Aset & Pergerakan Tukaran Mata Wang
Rizab BNM dipegang dalam pelbagai mata wang asing (seperti US Dollar, Euro, Yen) serta emas.
Sebarang perubahan kadar pertukaran mata wang global atau naik turun harga emas dunia dalam tempoh berkenaan akan memberi kesan kepada nilai perumpamaan mata wang Dolar AS (USD) bagi rizab tersebut.
Kenyataan BNM juga mengatakan Paras rizab kekal kukuh dan mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan mampu Menampung 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek negara.
Kebanyakan hutang jangka pendek diuruskan oleh bank tempatan dan syarikat multinasional berasaskan pegangan aset luar mereka sendiri, tanpa menjejaskan rizab antarabangsa BNM.
Manusia manusia yang malas mencari fakta ni juga tak tahu yang sejak 2015 angka rizab BNM yang Malaysia berjaya capai ini adalah yang tertinggi dalam sejarah.
Pada 2015, rizab BNM hanyalah sebanyak RM95.3 billion dan dalam pemerintah PMX ini Rizab BNM telah melonjak dari USD113.5 billion kepada USD132.1 billion ( setakat July2026).
Saya tak faham kenapa mereka mereka ini sentiasa mencari salah PMX sedangkan fakta dan data menunjukkan sebaliknya. Apabila ada berita yang separuh masak macam ni mereka laju untuk beri perhatian tapi kalau berita kejayaan negara dibawah PMX mereka abaikan.
Tertanya juga.. mereka mereka ini ada DNA lalat ke? Sebab tu suka mencari keburukan dari kebaikkan.


No comments:
Post a Comment