Ada kawan saya kata PMX Anwar Ibrahim ni bab urus negara dan ekonomi A pleh (A+). Tapi bab politik pandir..
Kebetulan hari ni laporan berita menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang ke 5.8% pada suku ke dua berbanding 5.4% pada suku pertama.
Jadi bab ekonomi itu kita akui dan iya kan saja.
Tapi betul ke bab politik tu Anwar ni pandir?
Pandirkah Anwar kalau beliau berjaya panjat tangga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada usia 46 tahun?
Pandirkah Anwar berjaya ubah kebanyakkan peraturan pilihanraya yang tidak sama rata melalui Bersih? Sehingga kita rasa selesa dan ada peluang menang dalam pilihanraya.
Pandirkah Anwar berjaya buat pakatan sehingga berjaya rampas 5 negeri pada 2008 dan nafikan majoriti 2/3. Pada 2013 PR berjaya menang undi popular.
2018 pula berjaya bersama Tun M jatuhkan Najib dan UMNO yang dah berkuasa 60 tahun.
Pandirkah Anwar berjaya ajak Ismail Sabri pinda perlembagaan untuk buat akta anti lompat parti? Walhal Anwar hanya Ketua pembangkang masa tu.
Di mana akta ini kemudiannya menjadi penyebab rakyat kembali berminat untuk mengundi dalam pilihanraya.
Akta ini juga menyebabkan PN gagal untuk merampas kemenangan PH pada tahun 2022. Tiada lagi bentuk kerajaan melalui SD.
Pandirkah Anwar bila beliau berjaya jadi Perdana Menteri ke-10?
Saya yakin sifu teragung politik Malaysia masa kini adalah Anwar Ibrahim apabila beliau berjaya menjadi PMX.
Mahathir hilang pengaruhnya tanpa jawatan ahli parlimen dan PM.
Walaupun Anwar tidaklah seberkuasa Tun M yang ada cukup kerusi 112.
Kita tahu kerusi Anwar agak goyang dan terancam.
Tetapi sebagai PM, Anwar masih banyak buah kilas yang boleh beliau gunakan.
Cabaran pertama Anwar ialah untuk kekal sebagai PM untuk penggal pertama. Sekarang pun dah 3 tahun 7 bulan. Mengatasi usia pentadbiran 3 PM sebelum beliau.
Saya yakin Anwar akan kekal. UMNO pun bukan berani sangat untuk tarik kerusi Anwar.
Takut tarik tak jatuh. GPS dan GRS masih pegang.
Abang Jo dah jelaskan mereka mahu Kerajaan Persekutuan yang stabil.
Bayangkan kalau tarik tak jatuh. Terpaksa lepaskan semua jawatan. Kes RM170 juta masih belum didakwa. Kes 47 pulak Majlis Peguam masih cabar.
Bukan nak ugut. Walaupun mahkamah dah bagi DNAA, tapi, badan profesional pula, bantah.
Cabaran kedua Anwar ialah untuk pastikan beliau pergi ke penggal kedua.
Yang ini betul besar cabarannya. Sebab mandat kembali diserahkan kepada rakyat.
Tapi Insya-Allah peluang itu terbuka dan positif.
Tindakan PN tolong BN bukanlah satu ketakutan buat PH. Malah rakyat pula lihat ia satu pengkhianatan.
Sebelum ni pun PH tahu, dalam PRN dan PRK penyokong UMNO tak undi PH pun walaupun penyokong PH undi BN.
Dalam keadaan begitu pun PH N9 masih mampu dapat 17 kerusi. Itu pun 1 kerusi PH bagi kat UMNO.
Di Johor juga hampir sama, BN+PN+bumbung hijau+marina, tapi BN hanya mampu rampas 4 kerusi sahaja dari PH. Itu pun ada pertembungan undi dengan Bersama dan Muda.
Bukan nak sombong. Nak kawan kita kawan, nak lawan kita lawan.
Puluh tahun dah kita lawan BN. Dan sekarang kita lawan lagi.
Apadehal..
Terima kasih
Fairul al Qasas
No comments:
Post a Comment