Ahmad Faizuddin
—
PRN Johor - selesai.
PRN Negeri Sembilan - akan selesai.
PRN Melaka - bakal selesai.
PRU-16 - medan sebenar.
—
MADANI bakal dihukum. Bukan kerana prestasi, tapi komunikasi.
Dapat belajar 2 hari dengan Ilham Centre, bagaimana mereka membaca lapangan. Dan apply skala kecil mengikut kemampuan saya.
Bercakap dengan masyarakat secara random; nyatakan 3 perkataan yang terlintas dalam kepala bila word PH disebut:
1. DAP.
2. Anti Melayu.
3. Anti Islam.
Jawapan ini agak konsisten. 8 daripada 10 koresponden akan jawab benda sama. Fokus saya lebih kepada Melayu Islam dahulu. Nak tengok pola pemikiran.
Bila diajukan dengan lebih lanjut dengan membuktikan MCA jauh lebih rasis, anti-Melayu anti-Islam, (saya print semua statement dan medsos status MCA Johor yang kritik MADANI bantu Palestin, cetak al-quran dan sebar sebagai “ROTTEN GOVERNMENT”) mereka mula untuk mengelak.
“Oh, saya tak sokong MCA”.
“MCA tak banyak kerusi seperti DAP”.
“Saya hanya benci DAP, tak benci PMX”.
—
PH kene getah DAP.
Getah DAP ni disusun secara bijak dan sangat berkesan.
Ingat tak dulu-dulu, nasihat mak ayah kita untuk gen millenial, jangan sebut bodoh, nanti jadi bodoh betul-betul. Jangan sebut 40x, nanti jadi betul.
Ingat?.
Untuk matikan PH, sebut DAP DAP DAP 40x. Maka jadilah DAP getah kepada PH.
Orang Melayu membenci dalam konteks subconcious mind. Tanpa sedar. Membentuk mind block.
—
Saya nak buktikan teori ni. Saya buat social eksperimen. Saya serang MCA. Saya buktikan MCA jauh lebih rasis, anti-Melayu dan anti-Islam.
Saya ingat orang Melayu akan sedar dan marah MCA. Meleset!.
Orang Melayu Islam la barisan hadapan paling lantang pertahankan MCA!. Segala bukti dibakul sampahkan.
Sebab sumpahan DAP 40x tu dah berjaya melekat dalam subconsious mind orang Melayu!.
Kita berhadapan dengan masyarakat yang bukan lagi rasional, tapi beremosi dan tertanam kebencian melampau.
—
Maka strategi orang baik dengan menghidangkan data fakta, hanya boleh menarik sokongan sekitar 10% sahaja. Maximum 15-20% sahaja. Bergantung kepada lokaliti.
80%, bakul sampahkan sahaja segala bukti kejayaan MADANI. Global iktiraf, lokal menyampah. Ini situasi Malaysia ketika ini.
Sebab tu saya rest seketika gerak kerja penerangan berfakta. Saya nak memahami situasi, mencari punca dan rangka gerak kerja terbaik.
—
Di Johor, saya terlibat langsung selama sebulan.
Yang orang nampak video viral saya cabar debat. Yang orang tak nampak gerak kerja di belakang. Melatih dan menghidupkan media sosial di 10 dun sasaran.
3 perkara saya buat:
i. Setiap DUN perlu ada page sendiri.
ii. Page masyarakat, bukan page calon. Interaksi dengan masyarakat tanpa bias.
iii. Interview mereka dalam 3 fasa; fasa 1-hidupkan mood mengundi, fasa-2 angkat cerita hero tempatan, fasa-3 calon respon segala harapan, cadangan, keluhan daripada masyarakat yang di temu ramah.
Ada media DUN yang sangat cepat matured. Boleh upload dengan banyak dan berkesan. Ada media DUN yang agak lambat, bertatih tatih.
2 minggu. Sangat singkat.
Tapi, hampir jutaan views in total. Paling saya suka, bile kami temuramah makcik ni, anak-anak makcik tu komen, “Itu ibu sayaa!”, ada lagi yang komen, “Terbaik wak, keluar TikTok!”.
Maksudnya, gerak kerja ni membina platform tempatan. Media lokal. Dan kami punya strategi, itu bukan page politik. Mesti organik kalau nak bina sokongan sekalipun. Itu hanya medium.
Terpulang kepada karisma calon, kebijakn jentera lokal untuk mempengaruhi mereka. Bia rakyat memilih kerana rasa didekati, bukan kerana dipaksa.
—
Halangan.
Ada. Dalam banyak-banyak video temuramah, ada yang pure luahan hati.
Yang sangat ikhlas menyokong PMX, seorang pakcik ni, viral video nya. Ratusan ribu viewers. Saya rasa yang baca status pernah tengok video tu. Pakcik di stesen minyak.
Tapi akhirnya team kami menerima mesej untuk padam. Sebab tekanan di luar yang pakcik tu hadapi. Tekanan masyarakat. Yang membenci PMX.
Ada jugak hero tempatan, yang kami angkat kisah beliau, sangat viral ratusan ribu tontonan, akhirnya terpadam kerana tekanan masyarakat. Kesian hero yang diangkat tu.
Hanya kerana ini gerak kerja yang mesra PH. Bukan mesra BN.
Saya namakan gerak kerja dan brand kan sebagai “Permata Ekonomi Johor”, “Permata Bukit Naning, Permata Pemanis”, etc banyk lagi.
Mission utama; bina hubungan dengan masyarakat jauh lebih besar daripada kerangka PRN Johor itu sendiri. Carry forward untuk jangka masa panjang terus. At least, ada produk di situ dan boleh terus berkembang.
—
Halangan yang kami terima, adalah bukti kenapa saya semakin aggresif dengan UMNO BN. Sebab mereka sedang menikam PH dengan terbuka. Tanpa segan silu. Sambil senyum lagi.
Saya bentangkan dalam post-mortem, situasi ketika ini kalau nak mudah faham bayangkan macam ni:
UMNO: Sakit?.
PH: Sakit…sakit…
UMNO: Tikam lagi dalam, lepas tu tanya, sakit tak?.
PH: Aduhh…sakit…sakit…
UMNO: Tikam lagi dalam, kali ni nak sampai jantung dah…tanpa malu tanya lagi, sakit?.
PH: Aduhh….aduh…sakit…sakit…
Sekarang, hanya tinggal last push ke jantung je. Untuk matikan PH….
Kita PH sedar, tapi kita hopeless….
—-
Bila kalah di PRN Johor, saya rumuskan begini.
BN mempunyai command centre berkelas dunia, level-level CIA MI6 Mossad. Tiptop. Berkualiti tinggi. Effektif dan high precision.
Saya buktikan.
Bila kalah, pihak sebelah memainkan naratif, punca kekalahan PH di PRN Johor kerana:
1. Ucapan sakau oleh PMX.
2. Ceplos.
3. Caprice dan Faiz Ahmad.
Disambut dengan berapi oleh penyokong PH sendiri. Ditulis dengan penuh marah oleh penyokong PH, pimpinan PH, aktivis PH, dan ramai lagi.
Tanpa sedar, medium komunikasi PH dilumpuhkan serta merta.
Tiada lagi ayat sakau ditujukan kepada BN.
Tentang Ceplos, saya nak kata begini je. Akmal Salleh jauh lebih Ceplos daripada Ceplos tu sendiri!. Apa kebaikan kepada masyarakat mesej yang dibawa oleh Akmal Salleh selain daripada mengapi-apikan hubungan kaum dan agama?.
Dia bawak perbahasan polisi?. Dia bawak perbahasan ekonomi?. TAKDE!. Dia hanya ratib DAP 50x, sebab nak lebih mujarab daripada 40x.
Melekat!. Getah!.
Caprice, ini yang paling ditakuti oleh BN. Sebab berani expose cara berfikir dan pola pemikiran totok BN. Saya?. Cabaran debat.
Saya nampak pemuda UMNO bergambar dengan pembenci no.1 saya, dah sah aku akan jadi target kaw-kaw lepas ni.
Sehingga mempengaruhi family saya. Rasanya aku dah tak beraya dengan family puluhan tahun dah lepas ni. Dibenci dihasut.🥲🥲🥲
—
PRN Negeri Sembilan.
Nak saya jujur?.
Saya doakan PH menang.
Tapi hakikat dan realiti, bungkus ikat mati.
Ini bacaan semasa ye, doakan jentera PH N9 boleh buktikan yang saya salah. Saya pun harap benda yang sama.🤲🤲🤲
—
Apa option yang PH ada?.
Semua bekerja. Dari top 1 to no last. Daripada orang besar sehingga ke orang paling kecil.
Bekerja macam mana?. Sesuai dengan kapasiti masing-masing. Kemampuan masing-masing.
Saya?.
Saya perlukan evidence based. Saya perlu memahami cara fikir masyarakat, penyokong BN PAS, dan pembenci PH.
Sebab tu saya banyak buat eksperimen sosial di media sosial.
Sedang mencari titik terkuat mereka, titik terlemah mereka. Expose sisi extreme mereka supaya masyarakat nampak.
Titik terkuat mereka apa?. Bila kita bentangkan data fakta. Sebab mereka tahu masyarakat umum tak peduli pun sume tu. Cukup mereka tekan emoji gelak je.🤣🤣🤣
Titik terlemah mereka?. Sentuh persoalan sensitif yang mereka tak mampu jawab, dan membuatkan otak mereka “menggelegak”!.
Contoh?.
MCA anti islam dan melayu.
- Confirm melayu islam BN menggelegak otak!.
UMNO patut jadi MB kelantan demi ekonomi.
- Confirm melayu islam PAS menggelagak otak!.
Saya bagi dua je. Sebab yang lain rahsia strategi hehe.
—
PH masih ada peluang?.
PRN gone.
PRU masih ada, tapi sangat tipis. Last resort kita hanya bergantung kepada kekuatan tubuh PMX dan gerak kerja ekonomi beliau sahaja. Last bullet dah tu.
Cuma, yang ni penting.
PH hadapi sabotage di level maksimum daripada segala penjuru. Dalam kerajaan sendiri deepstate, kalau menteri masih tak nampak, saya tak tahu nak kata apa dah.
Dan tycoon mula menjarakkan diri dan memilih pihak bakal menang. Sebab tu akhbar media swasta mula bersama yang bakal menang. Pattern tu sangat jelas ketara sekarang ni.
PH akan masuk gelanggang PRU-16 keseorangan.
—
Saya dihubungi orang penting, bertanya bacaan saya tentang politik semasa. Saya kata PH is gone case.
Dan respon saya terima, “If you cannot beat them, join them”. Haha saya gelak sebab saya tahu beliau bergurau.
Tapi saya respon, no I will fight!.
—
Apa option yang kita ada?. Yang PH ada?. Semangat dan kesedaran.
Apa yang saya akan buat, saya nak fokus kepada strategi, “The Game of Consequences”. Saya nak bahaskan perkara ni.
The consequences of our choices.
Mungkin tak memenangkan PH, tapi membuat masyarakat berfikir. Itu objektif utama saya.
BN PAS nak memerintah?. Silakan dengan secar- terhormat. Dipersilakan. Saya nak makan pop-corn.
—
Ada 3 layer jika BN PAS merintah.
Kartel penyamun penyangak level atas - memenuhi ketamakan mereka.
Masyarakat yang dihasut kebencian - memenuhi kebencian dan haus dengan tawaran duit mudah.
Kerajaan gabungan 2 kumpulan yang sejarah mereka suka tikam menikam - perebutan kuasa, jawatan, laba politik.
Kita tengok macam mana mereka nak mengimbangi 3 elemen ini.
Untuk membina ekonomi yang mampan, dalam keadaan 3 lapis ni sangat tamak dan tidak rasional.
Semoga Allah lindungi Malaysia dari kehancuran akibat sikap dan tindakan kita semua pada hari ini.
—
Panjang lagi, nanti saya sambung episod ke-2. Insyallah.

No comments:
Post a Comment