Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) membuat laporan polis terhadap satu hantaran dimuat naik di aplikasi Threads yang didakwa mengandungi kenyataan menghina Institusi Raja Melayu.
Setiausaha Agungnya, Razali Zakaria berkata, pihaknya melihat satu hantaran daripada akaun AizleyShahar @aizley pada 18 Julai kira-kira jam 9 malam yang memaparkan tangkapan skrin berkaitan institusi Raja.
Razali mendakwa paparan tangkap layar berkenaan turut disertakan kapsyen yang bersifat provokatif sehingga menghina dan memperlekehkan institusi Raja Melayu.
“Pada 18/7/2026 jam lebih kurang 9.00 malam saya mendapati satu hantaran di media sosial bernama Threads AizleyShahar @aizley memaparkan tangkapan skrin (screenshot) berkaitan institusi Raja.
“Terdapat kenyataan provakatif yang menyertai imej tersebut yang secara jelas menghina dan memperlekehkan institusi Diraja Melayu,” katanya dalam laporan polis tersebut.
Menurut beliauz kandungan berkenaan berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan ancaman kepada keharmonian serta ketenteraman awam.
“Sebagai seorang rakyat yang prihatin dan bekas anggota keselamatan, saya memandang serius tindakan ini kerana ia menyentuh sensitiviti 3R (Raja, Agama, Kaum),” kata Razali.
Sehubungan itu, Razali memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera terhadap dakwaan berkenaan.
Beliau memohon pihak polis untuk menjalankan siasatan segera di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Mengenal pasti individu atau pengendali akaun yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan penghinaan tersebut.
“Mengambil tindakan undang-undang yang tegas bagi membendung penyebaran bahan tersebut daripada terus berleluasa,” kata Razali lagi.
No comments:
Post a Comment