SIAPA YANG MAHU ANWAR DAN PH TUMBANG?


Amir Zuhair







Saya menghormati pilihan politik sahabat-sahabat saya walau tidak saya sama dengan saya. Begitu juga saya harapkan mereka juga menghormati pilihan politik saya walau tidak sama dengan mereka.


Ianya bukan perbezaan akidah. Ianya bukan perbezaan agama. Saya tetap Islam. Saya tetap solat. Saya tetap bayar zakat. Saya tetap meluruskan hati saya kepada Islam. 


Cuma pandangan politik saya semakin kental menyokong Pakatan Harapan hari ini dan batang tubuh Anwar Ibrahim, bukan kerana saya dapat apa-apa dari mereka. 


Demi Allah dan rasul, saya tidak mendapat apa-apa bayaran dari kerajaan. Saya tetap bekerja swasta dan punyai hutang menanggung keluarga. 


Jadi kenapa saya terus menyokong Pakatan Harapan. Kerana saya tahu hasrat Anwar Ibrahim dalam ingin membina negara bagaimana. Saya pernah duduk makan bersama beliau. Naik kapal terbang bersama beliau dan secara peribadi, daripada beliau keluar penjara tahun 2004, selepas saya habis UPSR, saya sudah berada di rumah beliau ingin melihat batang tubuh itu pimpin negara.


Selepas beliau jadi Perdana Menteri, apa beliau pertama sekali buat? Beliau turunkan cabutan khas judi. Apa saudara fikir tokey-tokey judi ini tidak terkesan? Saudara tahu tidak, cabutan khas ini adalah pendapatan durian runtuh mereka. Sebab itu ia beri kesan besar kepada tokey-tokey ini apabila jumlah cabutan itu diturunkan. 


Bila masa jumlah cabutan ini dinaikkan? Ketika zaman Perikatan Nasional perintah negara. Walau berbuih mulut mereka menyebut kejayaan Sanusi menutup premis judi, namun sejarah tidak pernah padam zaman mereka perintah negara, cabutan khas judi dinaikkan.


Apa lagi yang saya tahu? Saya ada dalam beberapa pertemuan sulit dengan beberapa pihak. Yang ingin berjumpa saya untuk melobi itu ini. Dan mereka menunjukkan beberapa dokumen. Apa yang boleh saya katakan, isu-isu agama dan rasisme bangsa yang dimainkan hari ini atas konon perjuangan ummah ialah hanya retorika belaka.


Berapa ramai tokey-tokey dan chukong-chukong membiyai projek ini. Mereka memang tunggu dan berada dalam ekosistem untuk jatuhkan Pakatan Harapan untuk mengawal semula ekonomi negara. Saya tahu dan saya ada maklumat mereka bayar siapa untuk jadi jambatan antara mereka dan kerajaan. 


Bila sampai ke tangan Perdana Menteri dan beliau menolak, mula tokey-tokey besar ini tidak selesa. Ada satu masa, mereka tepuk meja punya marah dan berjanji untuk jatuhkan Anwar Ibrahim dan kerajaan. Mulalah mereka bantu projek-projek ‘smoke screen’. Isu kuil lah, isu Rohingya la, isu Melayu Islam la isu DAP la. Mereka membayar crowd di media sosial untuk amplify. Mereka bayar media. 


Hingga naratif ini masuk dalam pemikiran orang-orang Melayu dan mereka berjaya bangkitkan api amarah besar dari fitnah yang sedang tidur. 


Akhirnya yang terpedaya terus buat serangan tanpa usul periksa. Gelombang ini berjaya. Berjaya kerana tokey-tokey dan chukong-chukong ini BERSATU dan BERSAMA dalam satu BARISAN menjalinkan PERIKATAN demi menumbangkan HARAPAN.


Taikun-taikun besar sekarang sedang senyum gembira kerana agenda mereka sedang bergerak.  Jika Anwar tumbang, sistem monopoli dan kartel yang Anwar sekat selama ni akan buka semula. Yang kayanya mereka, yang merana tetap orang Melayu bawahan. PH mungkin tak sempurna, tapi ia satu-satunya benteng yang menghalang penyamun berskala besar kembali ke tabung negara.


Sebab itu, agenda menyokong “Penyatuan Melayu Islam” ini sebenarnya adalah agenda menaikkan kembali tokey-tokey besar. Agenda menaikkan monopoli pasaran. Agenda merebut bayaran ‘khas’ kontraktor. Usahlah terpedaya. Apakah mereka tidak pernah bersatu dan bersama? Mereka pernah tetapi akhirnya bergaduh sesama mereka apabila bayaran diterima tidak sama. Masing-masing berebut ‘kek’ yang sama. Orang Melayu di pedalaman yang termakan hasutan ini, terus miskin tidak terbela pun. Nak beli kek sambutan hari lahir pun tidak mampu. Konon yang terpaling nak bela Melayu tu akan semakin kaya dan terlupa agenda Melayu Islam. 


Semoga Allah jaga negara ini dari diperintah oleh chukong-chukong dan tokey-tokey yang menunggu masa untuk Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim dijatuhkan.





No comments: