Usaha kerajaan mengekang amalan orang tengah atau ‘ali baba’ dalam pemberian tapak bazar adalah antara inisiatif yang paling melegakan peniaga kecil kerana langkah itu lebih adil dan meringankan beban mereka.
Seperti perkongsian seorang peniaga ini, dia meluahkan rasa syukur kerana berpeluang mendapatkan tapak pada harga berpatutan tanpa perlu membayar harga jauh lebih mahal kepada pihak ketiga
Menerusi luahan itu yang dimuat naik di sosial media, peniaga tersebut berkata, sebelum ini dia pernah gagal mendapatkan tapak bazar melalui cabutan undi.
Namun kemudian dia ditawarkan tapak yang asalnya berharga RM800, dijual kepadanya pada harga RM3,000 oleh individu lain yang memperoleh beberapa lot tapak niaga.
Bagaimanapun, menurutnya, selepas pengurusan tapak diperketatkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan konsep satu lesen untuk satu individu serta syarat kelayakan yang lebih ketat, peluang untuk mendapatkan tapak menjadi lebih adil.
“(Sebelum ini) dapat telefon dari kawan, (dia kata) ‘wei kau nak tapak bazar tak? Kalau nak ada ni RM3,000’. Inilah yang kita panggil sistem ali baba. Beli RM800 jual RM3,000 satu tapak. Sorry kalau ada duit pun aku tak akan beli!
“Lepas tu PH ambil alih, DBKL buat kerja. Buat satu nama satu lesen boleh undi. Syarat warganegara sahaja. Alhamdulillah dapat undi tapak cantik,” katanya.
Di akhir perkongsiannya, individu itu menyifatkan pembaharuan ini lebih adil kepada peniaga kecil yang benar-benar mahu mencari rezeki.
“Leps PH ambil alih (pentadbiran), sistem ali baba ni dah tak ada dah. Tapak semua hak milik DBKL dan majlis. Tak ada dah beli-beli cuma lesen kena perbaharui.
“Ada juga syarat, lebih beberapa kali tak berniaga tanpa alasan kukuh, DBKL akan buang nama kita dan bagi dekat orang lain. Untuk aku suka macam ni adil,” kongsinya.
No comments:
Post a Comment