KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA HARAPAN
AMH GESA MENTERI & TIMBALAN MENTERI BN LETAK JAWATAN
19 Julai 2026
1. Angkatan Muda Harapan (AMH) menggesa semua Menteri & Timbalan Menteri Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan jawatan daripada kabinet, susulan
perkembangan politik terkini yang menyaksikan BN secara terbuka mengadakan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di Johor dan Negeri Sembilan.
2. AMH berpendirian bahawa tindakan BN yang sanggup bekerjasama dengan PN secara terbuka merupakan bukti jelas bahawa BN tidak menghargai kepercayaan serta kedudukan yang diberikan oleh PMX kepada mereka dalam Kerajaan Perpaduan, malahan mereka lebih cenderung kepada percaturan politik sempit demi kepentingan jangka pendek.
3. AMH menempelak kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan secara terbuka bahawa sokongan pengundi kepada calon BN dan PN di peringkat negeri merupakan medan uji formula dan berpotensi diterjemahkankepada skala nasional menjelang PRU16.
4. Pengakuan Pengerusi BN menunjukkan bahawa kerjasama BN-PN tersebut bukan lagi bersifat sementara atau taktikal, sebaliknya merupakan persediaan ke arah pembentukan jajaran politik baharu yang menimbulkan persoalan serius terhadap
komitmen BN dalam Kerajaan Perpaduan.
5. Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan. Kenyataan sebegini secara jelas menunjukkan bahawa BN ternyata tidak lagi menghargai semangat kerjasama dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan, meskipun memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beberapa jawatan menteri, dan jawatan-jawatan penting lain dalam Kerajaan Perpaduan.
6. Hakikatnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor telah sekian lama diterajui oleh gabungan PH. Namun, PH tetap memperuntukkan jawatan EXCO
kepada BN selepas PRN 2023 demi menghormati semangat Kerajaan Perpaduan.
7. Tindakan BN yang berulang kali menguji kesabaran rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan menimbulkan persoalan serius terhadap komitmen sebenar BN.
8. Sehubungan dengan itu, AMH menggesa semua Menteri dan Timbalan Menteri daripada BN meletakkan jawatan dengan kadar segera, agar BN dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha mengukuhkan kerjasama politik dengan PN dan
tidak menjejaskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
9. AMH percaya bahawa peletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri oleh BN merupakan langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kekeliruan rakyat terhadap modus operandi BN, agar BN boleh menghentikan sikap “talam dua muka”
dan memastikan bahawa “formula baharu BN-PN” yang diidam-idamkan boleh direalisasikan sepenuhnya.
10. Peletakan jawatan para Menteri & Timbalan Menteri BN turut dapat mengurangkan risiko sebarang percubaan menebuk atap yang boleh menjejaskan
kestabilan Kerajaan Perpaduan, dan memberikan ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuhnya kepada usaha memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
11. AMH percaya bahawa rakyat menginginkan sebuah kerajaan yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi, memperkukuh perpaduan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, bukannya parti yang sentiasa berpolitik atas nama kaum & agama demi kepentingan sempit.
Kenyataan bersama oleh:
Ammar Atan
Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional
YB Ho Chi Yang
Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan
Danish Hairudin
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan
Syazana Nasir
Pengarah Biro Komunikasi WARDA
No comments:
Post a Comment