SIAPA SEBENARNYA WAHABI??


Syeikh Muhammad Abdul Wahab hanya seorang pendakwah, bukan pengasas kepada mana mana mazhab, firqah atau puak dalam Islam. Beliau juga tidak di kenali sebagai mujtahid walaupun ada yang mendakwanya sebagai mujaddid. 


Beliau juga tidak banyak meninggalkan kitab kitab tulisannya atau membawa satu ajaran baru dalam Islam. Apa yang beliau lakukan hanyalah satu pembaharuan kepada ajaran agama yang telah lama diabaikan, satu penentangan atau penghapusan kepada amalan amalan yang tidak ada asalnya dalam Islam kecuali suatu yang ditokok tambah atas nama Islam atau apa yang dipanggil sebagai "bid'ah".


Jadi mengapa namanya dipalitkan dalam kebencian dan permusuhan sehingga sesiapa saja yang tidak sealiran pemikirannya dengan puak tertentu (bawa aswaja) dianggap WAHABI, bahkan kadangkala tersasul dengan istilah yang lebih dahsyat spt wababi, wahudi dsbnya???.... 


Ajaran Islam mari mana lagu ni???... Maaf ambo seorang sunni beraliran al syafie  yang menerima apa saja amalan Islam walaupun atas nama syiah selama mana ianya tidak bercanggah dengan Islam. Ukuran ambo ialah Islam, bukan mazhab atau kepuakan.


Perbalahan sebenar hari ini sebenarnya bukan antara wahabi dan ahli Sunnah wal jemaah, tetapi lebih kepada perbalahan individu kerana aliran pengajian yang berbeza.