SEBAK DAN TERHARU

 SEBAK DAN TERHARU


Mungkin jiwa saya lemah dan senang tersentuh, sebak melanda dada apabila melihat klik video macam mana perdana menteri kita Anwar Ibrahim disambut dengan hamparan permaidani merah dan diberi tabik hormat oleh tentera Paskistan semasa PM buat lawatan singkat ke negara itu.


PM juga diberi penghormatan memeriksa barisan kehormatan pasukan tentera Pakistan setibanya di lapangan terbang negara itu.


Kenapa saya sedih dan terharu kerana apabila mengenangkan ketergamakan segelintir orang dalam megara sendiri menyindir, mempersenda dan memperolok olokkannya dengan pelbagai cara, sebaliknya negara rakyat ratusan juta seperti Pakistan itu sebaliknya memberi penghormatan dan menyanjung tinggi PM kita.


Semoga realiti dan hakikat ini boleh dipelajari dan menginsafkan mereka yang seperti tidak tahu berterima kasih dan memahami akan ketabahan Anwar Ibrahim yang tekad dan berazam untuk mempersatukan bangsa demi negara. Trims.