Che Ibrahim
Samada salaf atau khalaf, kedua duanya adalah dianggap Ahli Al Sunnah Wal Jemaah kecuali beberapa firaq/puak yang terkeluar darinya seperti Jahmiah, Muktazilah dan beberapa firaq lagi.
Yang membezakan di antara salaf dan khalaf ialah masa atau zaman. Salaf dinisbahkan kepada mereka yang hidup di zaman Rasulullah saw, zaman sahabat dan zaman tabi'in, iaitu kira kira 300-400 tahun selepas nubuwwah. Adapun khalaf adalah merujuk kepada zaman selepas salaf iaitu 400-500 tahun selepas nubuwwah, iaitu zaman perkembangan mazhab mazhab feqah dan berbagai aliran pemikiran seperti Asya'irah, Maturidiah, Al Ghazali, Jamaluddin Al Afghani dll.
Adapun Salafiah ialah satu gerakan yang dilakukan oleh ulama di zaman khalaf yang merujuk terus kepada ulama di zaman salaf dengan meninggalkan ulama mujtahid di zaman khalaf termasuk imam imam mazhab. Dengan kata lain gerakan salafiah tidak terikat dengan 4 mazhab sunni yang dianggap mewakili ahli Al Sunnah wal Jemaah di zaman khalaf.
Oleh itu imam imam mazhab serta ulama lain yang muncul selepas zaman tabi'in atau selepas 300-400 tahun selepas wafatnya Rasulullah saw dianggap ulama khalaf.
Adapun gerakan Ibn Taimiah (Abad ke 8 hijriah) dan gerakan Muhammad Abd Wahab (abad ke 12 hijriah) dipanggil Gerakan Salafiah walaupun muncul di zaman khalaf kerana dakwahnya yang mengajak ummah kembali ke zaman salaf dengan tidak mengikat diri dengan mana mana mazhab.