Nazri Hamdan
1. Dalam tiga bulan lepas, prestasi Ringgit sangat memeranjatkan. Ia telah kalahkan prestasi emas.
2. Sementara emas naik 14.2 peratus, Ringgit telah naik sebanyak 14.35 peratus dalam masa tiga bulan. Ini sekaligus jadikan Ringgit tempat pertama dan emas tempat kedua.
3. Emas membawa real value tapi matawang tidak. Oleh itu, emas sangat sensitif kepada ketakpastian.
4. Ketakpastian membawa kepada resiko. Resiko membawa kepada pegangan aset yang selamat seperti emas.
5. Permintaan terhadap emas sangat mudah melonjak apabila ekonomi dalam ketakpastian, seperti mana sekarang.
6. Walau Fed dah turunkan kadar faedah, langkah seterusnya ialah orang nak lihat betapa besarnya pengurangan kadar faedah seterusnya.
7. Selagi dunia dalam ketakpastian, harga emas akan terus naik. Ia akan pecah rekod lagi. Keadaan ini dijangka hingga pertengahan tahun depan.
8. Kalau anda ada wang lebih, pastikan ada simpan emas. Kalau tak banyak pun, kena cuba dengan sedikit.
9. Bila anda nampak nilainya bertambah, akan ada semangat untuk simpan lagi.
10. Ramai orang cakap Ringgit hanya naik sebab Fed turunkan kadar faedah bukannya sebab ekonomi Malaysia bagus. Cuma, ramai yang kritik macam ni tak dapat jawab kenapa Ringgit boleh jadi yang terbaik di antara terbaik?
11. Kadar faedah saja takkan jadikan prestasi Ringgit matawang terbaik di dunia.