LAWATAN KE PAKISTAN.


 Dalam Lawatan Negara ke Pakistan, saya dan delegasi diberi sambutan rasmi oleh rakan sejawat saya Shehbaz Sharif di Kediaman Perdana Menteri Pakistan pagi ini sebelum mengalih tumpuan ke mesyuarat dua hala dan majlis menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) untuk kepentingan bersama.






Usai, kami menyaksikan pelancaran karya terjemahan oleh penyair terkemuka Pakistan Allama Muhammad Iqbal, yang diterjemahkan daripada bahasa Parsi, Urdu dan Inggeris ke bahasa Melayu sebelum ke sidang media.


Saya maklumkan hadirin bahawa pertemuan penuh bermakna hari ini membincangkan pelbagai topik dan isu demi kepentingan bersama termasuk terkait komuniti Islam.


Kami juga senada untuk terus komited mempertingkatkan kerjasama dalam beberapa bidang dengan mengambil kira sejarah persahabatan sejak 67 tahun dahulu.


Antara yang disentuh, dibincangkan dan dipersetujui secara bersama adalah kesepakatan untuk meneruskan hubungan baik dengan Amerika Syarikat, menekankan kepentingan hubungan dengan negara jiran di ASEAN dan memperkukuhkan hubungan dengan China. 


Pertemuan ini juga kami gunakan untuk mengecam tindakan genosid Israel di Gaza dan Lubnan sambil menyatakan bahawa pencerobohan tersebut mengabaikan serta melanggar peraturan antarabangsa dan hak asasi rakyat Palestin.


-


During the State Visit to Pakistan, my delegation and I received a warm official welcome from my counterpart Shehbaz Sharif at the Prime Minister's Residence in Pakistan this morning. 


Our discussions primarily centered around enhancing cooperation in various areas, culminating in the signing of three memorandums of understanding (MoU) aimed at fostering mutual benefit.


Throughout our meetings, we reiterated our unwavering commitment to further strengthening cooperation across multiple sectors, building upon the longstanding friendship that has endured for over 67 years.


#MalaysiaMADANI